Nak Berjaya? Ingat Senang Ke?

Satu benda yang ramai orang ingat senang nak buat ialah berjaya.

“Siapa yang ingat nak berjaya tu senang?”

Ramai.

“Untung la dia anak orang kaya”

“Untung la dia buat bisnes pada waktu yang betul”

“Dia kenal orang yang betul”

Dan macam-macam lagi.

Ingat senang ke?

Kalau senang macam tu, kita dua dah kaya dah.

Taklah termenung ke luar jendela memikirkan apa makanan paling murah yang boleh kita dapat hari ni.

Nak berjaya tu macam-macam cara.

Tapi tak senang.

Mungkin mudah kot?

Sebab kalau orang tu konsisten dalam usahanya, kejayaan akan datang kepadanya… menjemputnya untuk ke tahap yang lebih tinggi.

Usaha itu bukanlah mudah.

Kena ada semangat.

Dan bila kata semangat… tak ramai orang ada semangat yang jitu.

Asyik rasa nak putus asa.

Tak ramai yang tahu yang semangat tu boleh dipupuk.

Dipupuk dengan melakukan satu atau dua perkara luar daripada kebiasaan setiap hari.

Kemudian lama kelamaan akan menjadi rutin.

Rutin itulah yang akan membantu kita untuk bergerak ke hadapan. Yang akan bawa kita ke arah lebih baik.

Macam satu benih. Benda baharu itu akan menjadi benih dan bila dibaja hari-hari, ia akan menjadi buah yang kita mahukan.

Susah?

Mestilah.

Gila apa?

Kalau senang… ramai orang dah berjaya dalam dunia ni.

Tapi tak.

Kita masih lagi di sini dengan membaca artikel seperti ini.

Sebab kita semua masih lagi dalam perjalanan.

Perjalanan ke arah diri yang lebih berjaya.

Tapi tak mengapa. Itu sesuatu yang boleh dilakukan.

Orang-orang berjaya sebelum kita semuanya ada perjalanan mereka sendiri, kan?

Kita pun.

Jadi jangan risau.

Teruskan perjalanan.

Dan moga kita semua akan sampai ke destinasi yang ingin kita tuju.

InsyaAllah…

97 Cara untuk Bakar Lemak Anda Dengan Cepat

Dalam ni bukan ada 1, atau 2 ataupun 7, tetapi 97 cara untuk bakar lemak anda dengan cepat.

Banyak? Cuba sebanyak mana tips yang boleh dan lihat perbezaannya kurang daripada sebulan!

1) MAKAN ENAM hidangan kecil sehari. Menyemarakkan badan anda dengan makanan setiap tiga hingga empat jam boleh meningkatkan metabolisme anda sehingga maksimum. Bukan semua perkara perlu menjadi urusan secara duduk.

2) Lari 10 kali 100 meter dan bakar sehingga 500 kalori.

3) Tunggu dan rehat selama 20 minit sebelum anda cuba lari sekali lagi. Biar metabolisma bekerja untuk anda.

4) Gunakan pinggan yang lagi kecil – itu akan kurangkan berapa banyak makanan yang anda boleh letak di atas meja. Teknik psikologi yang senang nak pakai.

5) Gunakan pinggan warna biru. Kajian menunjukkan yang warna ini boleh memberi kesan seperti mengurangkan selera anda.

6) Daripada makan mayo atau krim masam (sour cream), anda boleh makan Greek yogurt yang tak berlemak – anda boleh menjimatkan 700 kalori dan 100 kalori setiap separuh cawan.

7) Makan kacang dengan membuang kulitnya. Anda akan makan 50% kurang sebab menyampah nak mengupas kulit kacang sebelum makan.

8) Kunyah gula-gula getah tanpa gula berperisa pudina selepas makan. Perisa pudina akan menghantar isyarat ke otak anda bahawa sudah tiba masanya untuk berhenti makan.

9) Makan pistachio bukannya pretzel (ingat Auntie Anne?). Ini sebenarnya cara bakar lemak yang ramai orang sihat guna: gantikan makanan yang kurang sihat dengan yang lebih sihat.

10) Buat power yoga. Boleh bakar 344 kalori dalam satu kelas.

11) Tak payah makan sebelum bersenam (train fasting). Boleh naikkan adrenalin dan kurangkan gula dalam darah.

12) Lari dan joging bergantian. Tukar badan anda menjadi relau pembakar lemak dengan berganti-ganti antara pecut dan berjoging.

13) Gantikan sarapan pagi anda dengan semangkuk oat dan telur yang penuh protein.

14) Bersenam dengan kekasih anda. Pasangan yang berlatih bersama adalah 34% lebih cenderung untuk meneruskan senaman mereka pada jangka masa lebih lama.

15) Makan di meja makan – bukannya di sofa.

16) Minum lebih banyak air. Bila anda dihidrasi, badan anda akan berasa lapar lebih banyak kali.

17) Jangan goreng telur, ayam, itik dan ikan. (Memang ekstrim sedikit kan tip ni? Kurang sikit masuk minyak dalam sistem badan anda)

18) Berenang. Berenanglah beberapa lap ataupun lari di dalam air, kalau anda boleh sentuh lantai kolam renang tu.

19) Ambil gambar “sebelum” anda yang betul-betul. Tak perlu apa-apa filter. Anda akan lebih bermotivasi mengetahui bagaimana rupa anda dan ke arah mana yang ingin anda tuju.

20) Untuk segarkan diri di pagi hari: guna susu skim dan bukannya krim dan gula untuk mengurangkan 105 kalori.

21) Naik basikal ke tempat kerja: bakar 500 kalori sejam.

22) Muat turun aplikasi hebat – seperti app untuk mengira kalori ataupun log bersenam digital – ke dalam telefon pintar anda.

23) Taburkan panko di atas makanan berprotein. Benda ini akan melekat dekat dada ayam yang tak berkulit tanpa perlukan roti berkalori tinggi dan tepung. (Ini untuk sesiapa yang suka makan chicken floss lah).

24) Kalau anda minum protein shake, tambah bayam di dalamnya. ia akan memperbanyakkan lagi fiber di dalamnya – boleh membantu anda rasa lebih kenyang.

25) Makan lebih banyak avokado. Ia dimuatkan dengan lemak berkhasiat yang anda perlukan untuk membenarkan badan anda terus membakar lemak.

26) Kena kawal bahagian kentang dan pasta anda. Makanan kanji yang anda makan sepatutnya tidak melebihi sebuah bola lisut.

27) Cari kata kunci ini di dalam mana-mana menu restoran: grilled, baked, sautéed, steamed, oven-friend, roasted, marinara, dan primavera.

28) Minum teh. Ia dipenuhi dengan antioksida yang bakar lemak.

29) Bagi badan anda tertanya-tanya. Tukar program senaman anda untuk program yang baharu setiap 2-3 bulan.

30) Tengok berapa banyak anda makan protein tu. 85 gram – 140 gram protein pun dah cukup biasanya.

31) Letak towel di konsol treadmill tu. Paksa diri untuk bergerak lebih banyak. Jangan bergantung pada nombor di konsol tersebut.

32) Lakukan squat dengan lebih rajin lagi. Lagi banyak otot yang anda pakai dengan bentuk yang betul, lagi kuat akan anda jadi, dan lagi banyak lemak yang akan anda bakar.

33) Kena banyakkan latih abdomen. Daripada sit up biasa tu, cuba cari senaman yang lebih mencabar yang boleh mendorong otot abdomen anda.

34) Kurangkan makan gula. Hadkan diri anda untuk makan kurang daripada 72 gram setiap hari.

35) Kalau nak makan makanan ringan tu kena pandai-pandai. Popcorn lagi kurang bagi kalori berbanding corn chip.

36) Pergi naik bukit. Anda boleh bakar 700 kalori sejam.

37) Ingat balik waktu anda paling down. Gunakannya sebagai pencetus motivasi yang anda perlu melakukan perubahan.

38) Makan kacang. Kacang mempunyai fiber yang tinggi dan ada protein yang boleh membantu badan untuk bakar lemak.

39) Gabungkan kardio dan angkat berat. Cuba gunakan jumping rope antara set, atau cuba gabungkan beberapa senaman ke dalam satu set.

40) Bangun dari sofa tu. Buat push up, sit up, atau lompat bintang semasa iklan tengah dimainkan di televisyen.

41) Bersihkan dapur anda. Buang apa-apa godaan yang ada di rumah dan anda akan bermungkinan boleh mengikut pelan anda dengan lebih lama.

42) Buat pelan tentang cheat meals anda. Kalau anda betul-betul ikut pelan anda, sekali anda makan, badan anda dah bersedia untuk kurangkan berat badan.

43) Lompat tali untuk 10 minit. Anda akan bakar kalori sama banyak dengan bila anda berjoging selama 15 minit.

44) Jangan berhenti terus makanan kegemaran anda. Senang je anda akan kembali ke tabiat asal anda tu.

45) Tulis gol jangka pendek di dalam kad indeks. Bila dah capai, letakkannya dalam satu kotak kecil. Tengok berapa banyak anda susun kad tu. Mempunyai timbunan pencapaian boleh meningkatkan keyakinan anda.

46) Guna belakang sudu bila cuba makanan bila tengah nak siapkan makanan tu. Lagi sedikit anda dapat kalori berbanding bila anda buat cara biasa.

47) Banyakkan makan fiber. Lentil, kacang, edamame, dan buah pear semuanya sumber yang bagus dengan fiber.

48) Makan coklat gelap (daripada coklat susu). Ada gula yang kurang berbanding  dan mempunyai antioksida yang menambahkan tenaga anda.

49) Jangan hilangkan latihan anda tu. Makan satu keping roti wholemeal dengan peanut butter boleh menghalang anda daripada makan banyak-banyak lepas bersenam.

50) Buat burpee. Ianya senaman kompoun dan akan mengerjakan hampir semua otot di badan anda.

51) Buat pemeriksaan kesihatan. Ramai orang tersedar dan melakukan perubahan apabila diberitahu doktor semasa pemeriksaan kesihatan.

52) Elakkan lif. Naik tnagga dan bakar 100 kalori setiap 10 minit anda naik.

53) Buat push ups setiap pagi. Ia akan memulakan hari anda, dan anda akan mendapat senaman pada bahagian atas badan anda.

54) Jangan basahkan salad anda dengan lemak. Cuka balsamic (Balsamic vinegar) boleh jimatkan 300 kalori berbanding dressing yang lebih berkrim.

55) Tak payah makan fries dan cheese dalam burger tu. Jimat 300 kalori.

56) Tulis semua yang anda makan. Kalau boleh kurangkan 250 kalori setiap hari, anda boleh hilangkan 1 kilogram sebulan.

57) Lari dengan kekangan. Mungkin letakkan sekali ban senaman elastik untuk membuatkan larian itu lebih sukar dan membakar lebih banyak lemak.

58) Jangan elakkan sarapan. Sarapan dengan nutrien yang banyak boleh memulakan pembakaran kalori pada pagi hari. Cuba makan lebih kurang 400-600 kalori dalam sejam anda bangun tu.

59) Pandai-pandai bila makan di luar. Minta pelayan memberikan anda separuh sahaja nasi.

60) Pergi keluar makan dua kali sebulan  daripada dua kali seminggu.

61) Letak manisan di tempat yang sukar dicapai, seperti di rak paling tinggi ataupun dalam bahagian perabot paling dalam.

62) Baru lepas kenduri atau parti? Bawa semua lebihan makanan ke pejabat daripada membiarkan semua tu ada di rumah anda. Biar rakan sekerja anda yang habiskan.

63) Keluar lepak dengan “bersihnya”. Makan buah-buahan sebelum keluar untuk mengelakkan anda melahap macam-macam jenis cip nanti.

64) Lawan kawan dalam main bola keranjang. Anda boleh bakar lemak dan kalori sebanyak 500 tanpa sedar betapa kuatnya anda main.

65) Teringin sesuatu yang manis? Gantikan dengan buah-buahan dan anda boleh jimat lebih kurang 200 kalori.

66) Tak payah makan luar. Makan makanan anda masak sendiri, dan anda akan tahu betul-betul apa yang anda makan.

67) Beli kasut baharu. Setelah 500 kilometer pakai, ini masanya anda mencari satu pasang kasut yang baharu. Kasut baharu = lebih banyak motivasi.

68) Beli penjejak kecergasan (fitness tracker)Cuba dapatkan sekurang-kurangnya 10,000 langkah setiap hari.

69) Dapatkan sekurang-kurangnya tujuh jam tidur. Kalau tak susah nak bakar lemak. Kurang tidur boleh memporak-porandakan metabolisma anda.

70) Sapukan kuali anda dengan cooking spray (link ke Lazada) daripada mentega. Sesaat semburan hanya mengandungi 10 kalori dan satu gram lemak (berbanding 102 kalori dan 12 gram lemak).

71) Lakukan senaman pull up. Banyak otot yang akan “dikerjakan”. Memang betul-betul bakar lemak.

72) Beli sedikit je bahagian snek kegemaran anda.

73) Gunakan masa anda dengan lebih baik. Kajian menunjukkan tekanan akan mencetuskan hormon bernama kortisol untuk membangkitkan selera anda.

74) Jadilah kurang konvensional sedikit. Cuba guna peralatan yang mempunyai bentuk yang lain sedikit seperti tayar lori untuk membantu badan anda membentuk lebih banyak otot.

75) Makan tu bagi “panas” sedikit. Sebenarnya rempah ratus dan lada yang pedas boleh mempercepatkan metabolisma dan membantu anda makan dengan lebih perlahan.

76) Berlatih dengan kawan, terutama sekali yang lebih kuat – dia akan menolak anda untuk bekerja lebih keras.

77) Buatkan peanut butter rasa lagi sedap. Satu sudu je dah ada 100 kalori. Boleh potong sedikit kalori tu dengan mencampurkan peanut butter dengan lobak merah atau keledek di dalam pengisar sampai licin. Masukkan dalam peti ais sehingga diperlukan.

78) Berlatih macam pahlawan.  Pelbagai latihan yang dibuat oleh artis bela diri adalah sesuatu yang sangat bagus untuk bakar lemak. Masukkan sekali plyometric dan anda boleh buat senaman dengan set yang besar, membolehkan waktu rehat anda rendah.

79) Elakkan makanan diproses yang mengandungi lemak trans, iaitu lemak yang dibuat di kilang yang sukar untuk badan anda hadam.

80) Bawa anak anda ke taman. Anda boleh buat pull ups dan kerjakan abdomen anda dengan pelbagai peralatan yang boleh anda jumpa di taman permainan.

81) Kunyah perlahan-lahan. Betul. Kajian menunjukkan yang anda akan semakin kurang makan.

82) Tahu setiap nombor. Pantau segalanya daripada kalori ke berat ke peratusan lemak dalam badan.

83) Mula lari. Nampak macam terang lagi bersuluh, tapi cuba lari sejauh yang mungkin. Pada hari keesokannya, cuba dan lari seminint lebih lama. Dalam masa beberapa minggu, anda akan sedaar betapa jauhnya anda boleh pergi berbanding hari pertama anda mula berlari.

84) Buat kerja rumah. Bakar kalori bila potong rumput (346 kalori setiap jam), sapu semua daun dan rumput potong tu (230), atau basuh kereta tu (269).

85) Jangan tunggu dalam barisan untuk treadmill. Buat lompatan bintang ataupun mountain climbers untuk memanaskan badan.

86) Cuba makan burung unta. Susah sedikit nak dapat di Malaysia ni tapi ia lagi kurang berlemak berbanding daging lain.

87) Cuba tukar nasi dengan sayur-sayuran rendah kalori seperti brokoli. Anda akan menjimatkan 250 kalori setiap pinggan.

89) Cuba eksperimen: potong waktu rehat sampai separuh bila angkat berat. Otot dan sistem kardiovaskular anda akan bekerja lebih keras, membakar lebih banyak lemak.

90) Bila makan di luar, minta sos di tepi. Anda akan kurang makan – dan banyak kalori boleh dielakkan.

91) Hati-hti dengan makanan “tanpa kalori”: kalau sesuatu produk tu ada kalori kurang daripada lima sepinggan, ia boleh dilabelkan tanpa kalori.

92) Gosok gigi anda sebelum tidur – tanpa pakai baju. Anda akan nampak kemajuan anda di dalam cermin dan boleh bagi semangat dekat diri anda sendiri untuk bersenam pada esok pagi.

93) Letakkan beberapa gol mudah setiap pagi – contohnya seperti berlatih selama 30 minit ke; elak daripada makan makanan ringan bila waktu petang ke. Sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit. Itu sebenarnya rahsia untuk bakar lemak cepat.

94) Makan banyak-banyak cottage cheeseSumber kalsium yang hebat dan hanya ada 163 kalori je satu cawan.

95) Main apa-apa game semasa tengok TV. Anda akan lebih jarang makan bila tangan anda sibuk.

96) Jangan bertatih atau pegang mesin kardio tu semasa bersenam. Orang yang bertatih pada rangka mesin tu selalunya tidak cergas. Itu bukannya kebetulan.

97) Berlatih dengan band elastik pada hari anda tidak boleh pergi ke gim (bila anda terlalu sakit ke).

Banyak tak cara bakar lemak yang saya senaraikan di dalam ni? Cuba guna sebanyak mana tips yang boleh dan tengok kesannya terhadap diri anda! 🙂

Apa itu Bitcoin dan Bagaimana Untuk Untung Dengannya?

Bitcoin merupakan cryptocurrency (matawang kripto) yang dicipta untuk menyelesaikan masalah orang tengah.

Dengannnya, anda akan menggunakan konsep yang dipanggil sebagai distributed ledger yang bukannya melalui bank pusat seperti wang konvensional tetapi satu hash yang diketahui oleh semua orang.

Ada 2 cara biasa untuk mendapatkannya. Pertama ialah dengan membelinya melalui beberapa tempat pertukaran wang konvensional kepada wang kripto ini.

Kedua ialah dengan menggalinya (mining) dengan komputer.

Hah? Boleh “gali” benda dalam komputer ke?

Yep. Boleh.

Cuba tengok infografik mudah di bawah ni.

Di dalam artikel ini, saya akan menjawab soalan-soalan umum yang orang ramai ada iaitu… Apa itu Bitcoin?

Anda akan tahu bagaimana untuk menggunakannya.

Artikel ini ditulis dalam bentuk Questions and Answers (Q&A). Soalan dan jawapan. Kita mulakan sekarang.

Q: Apa yang menyebabkan orang tertarik dengan cyrptocurrency ini?

Nilai. Nilainya melebihi daripada wang-wang konvensional di luar sana.

Mungkin lebih tepat pada waktu ini ialah persepsi nilai yang orang berikan kepada Bitcoin itu.

Contohnya 1 dolar Amerika bersamaan dengan RM4.55 semasa saya menulis artikel ini.

Tapi pada ketika ini, 1 BTC (Bitcoin) adalah berharga USD1,200. Cuba darabkan berapa banyak harganya di dalam ringgit Malaysia.

Q: Kenapa ramai orang rugi bila melabur di dalamnya?

Ramai orang rugi kerana terdapat ramai “usasawan” yang cuba mengaut keuntungan cepat dengan menjanjikan bahawa nak untung dengan Bitcoin ni mudah. Cuma perlu sertai program yang mereka buat dan orang yang sertai akan mendapat keuntungan.

Kenapa ada skim yang kata nak dapat 1 BTC itu senang nak dapat? Hanya masuk je program dia confirm boleh dapat 1 BTC dengan cepat?

Saya mempunyai rakan yang mempunyai beberapa komputer khusus untuk menggali Bitcoin, tapi nak dapat 1 BTC pun susah. Dah berhari-hari jalankan komputer khas dia tu, baru dapat 0.0000xx je.

Itu pun disebabkan dia early adopter. Orang awal dalam menyedari potensinya.

Seperti yang kita tahu, penyataan tersebut sangatlah tidak benar.

Q: Bagaimana untuk mengelakkan diri daripada rugi dalam pelaburan Bitcoin?

Salah satu cara yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan diri daripada rugi dalam Bitcoin ialah:

1. Dengan mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa mengenai.

Bila anda tahu perkembangannya, takde lah anda pelik bila nilainya naik. Ataupun turun.

Mungkin ada teknologi baharu untuk membantunya?

Mungkin ada perkembangan standard industri perbankan yang membolehkannya digunakan di kedai biasa.

Anda kena ikut perkembangannya kalau tak nak kena tipu.

2. Aktif mendedahkan diri anda dengan artikel seperti ini yang akan menceritakan kepada anda secara komprehensif apakah itu Bitcoin

Biasa kan dengar pepatah yang cakap, ilmu itu kuasa. Kuasa kepada siapa yang ada ilmu tersebut.

Kalau anda mendalami apa itu blockchainBitcoin, dan cryptocurrency, susah untuk orang tipu anda.

3. … dan bagaimana anda boleh melibatkan diri anda dengannya.

Siapa awal, dia la yang paling untung. Dia boleh kaut sebanyak yang mungkin sebelum orang lain tahu.

Q: Adakah pelaburan ini selamat?

Bagi saya adalah sistem wang yang agnostik. Ia tidak kisah siapa anda, dan bagaimana anda mendapatkannya asalkan anda mempunyai hash yang betul untuk dimasukkan ke dalam lejar tersebut.

Adakah matawang kripto ini hanya datang dan pergi seperti satu hype ataupun ia akan wujud selama-lamanya?

Menarik kan pertanyaan ini? Nampak gayanya macam lama. Tapi ada yang kata ini hanyalah gembar-gembur yang akan tamat nanti.

Jika anda ada apa-apa soalan mengenai apa itu Bitcoin dan cara ia berfungsi, anda boleh tanya di bahagian komen di bawah. (Jika anda masuk ke laman web ini menggunakan Google, anda mungkin akan membaca artikel ini dalam bentuk ringkas. Klik di sini untuk pergi ke blog penuh Kokotiam untuk menulis komen di dalamnya.

Artikel ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

25 Tips Buat Resume Yang Baik

Salah satu sebab kenapa anda tidak mendapat panggilan SELEPAS menghantar resume ialah resume anda tidak menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh pihak sumber manusia syarikat berkenaan.

Di dalam post ini, saya akan berkongsikan 19 25 tips buat resume yang saya harap boleh membantu anda membuat resume yang lebih baik dan mendapat berita gembira daripada syarikat-syarikat yang menerima resume anda.

Jom mula sekarang.

1. Tahu tujuan resume anda

Sesetengah orang menulis resume dengan tujuan untuk mendapatkan kerja. Kesannya ialah mereka mempunyai resume yang membosankan dan nampak seperti seorang yang sangat terdesak untuk dapatkan kerja.

Tips buat resume ni ramai tak tahu.

Sebenarnya, objektif resume anda ialah HANYA untuk mendapatkan temuduga, dan temuduga itu yang akan mendapatkan anda kerja yang anda mahukan (harap-harap!)

2. Buktikan kualiti dan kekuatan anda

Daripada membuat senarai panjang dan membosankan dengan semua kualiti anda (seperti berdisiplin, kreatif dan penyelesai masalah) cuba anda kaitkan kualiti anda dengan hidup dan pengalaman kerja.

Dalam erti kata lain, anda perlu membuktikan kualiti dan kekuatan anda, kalau tak nampak seperti anda cuba melebih-lebih sahaja.

3. Pastikan anda menggunakan kata kunci yang betul

Kebanyakan syarikat walaupun syarikat kecil sudah mempunyai database digital untuk mencari calon. Ini bermakna jabatan HR akan mencari berdasarkan kata kunci tertentu.

Kalau resume anda tidak mempunyai kata kunci yang berkait dengan pekerjaan tu, anda akan kalah SEBELUM permainan bermula.

Biasanya kata kunci ini ialah kata nama. Cuba tengok penerangan kerja dan iklan kerja berkaitan untuk mendapatkan klu apa yang majikan nak cari.

Ni tips buat resume yang baik supaya anda dapat bermain dalam enjin carian pekerjaan seperti JobStreet tu.

4. Gunakan tajuk yang menarik mata majikan

Suka atau tak, majikan akan membuat keputusan tentang resume anda dalam masa 5 saat. Dalam masa yang singkat ini, aspek paling penting ialah tajuk yang anda gunakan di dalam resume jadi pastikan tajuk tu menarik perhatian mereka.

Cuba buat tajuk resume paling deskriptif dan berikan bakal majikan idea yang bagus untuk pekerjaan lampau anda. Sebagai contoh:

Tajuk teruk: Perakaunan
Tajuk bagus: Pengurusan A/R dan A/P dan Penjagaan Rekod (tajuk kedua ini lebih deskriptif kan?)

5. Proofread resume adna

Susah untuk tekankan betapa pentingnya menyemak kembali resume yang telah dibuat. Satu ejaan salah dan peluang untuk anda akan hilang. Proofread sekali sahaja tak cukup.

Buatlah beberapa kali atau sebanyak mana yang mungkin sampai nampak sempurna. Kalau anda tak tahu macam mana nak proof, anda boleh cari dan baca tips untuk proofread resume anda.

Nampak saya “tersalah” eja atas tu? Ketara kan?

Tips buat resume ni selalu sangat ramai orang ignore sedangkan ini boleh make atau break resume anda.

6. Gunakan “peluru”

Tidak ada majikan yang ada masa untuk membaca perenggan panjang. Pastikan anda gunakan bullet poin ayat yang pendek untuk menerangkan pengalaman anda, latar belakang pendidikan anda dan objektif profesional anda.

  • Berjaya membentuk…
  • Terlibat dalam…

Itu dua bullet point atau peluru yang boleh anda gunakan sebagai pemula deskripsi pencapaian anda.

7. Mana anda nak pergi?

Dengan meletakkan gol profesional, anda boleh membantu majikan untuk tahu ke mana anda tuju dan bagaimana anda nak pergi ke sana.

Anda tak perlukan satu seksyen khas di dalam resume anda untuk objektif profesional tetapi secara umumnya resume anda mestilah mempunyai aura gol itu. Soalan sama ada anda mahu menyerlahkan kerjaya anda adalah satu polemik antara pengurus HR, jadi paling baik ialah ikut hati anda.

Kalau anda nak senaraikan di situ, pastikan ianya tidak begitu umum.

8. Letakkan maklumat paling penting di atas

Poin ini penting untuk susuan resume dan juga dalam setiap seksyen itu sendiri. Kebanyakannya pengalaman kerja anda yang lalu adalah paling penting, jadi letakkan di atas. Apabila menerangkan tentang pengalaman atau skil, senaraikan yang paling penting dahulu.

Susunan ni penting. Tips buat resume ni tak ramai yang buat. Selalunya penting tak penting diletakkan macam tu je. Ikut turutan… penting atas. Yang kurang penting, letakkan kat bawah.

9. Pentingkan tipografi

Pertama sekali pastikan font anda cukup besar. Kalau kecil ialah 11 poin, tapi 12 tu biasa lah. Jangan gunakan huruf besar di merata-rata tempat, dan ingat yang gol anda ialah untuk menyampaikan mesej secepat dan sejelas yang mungkin. Arial dan Times adalah dua pilihan yang baik.

10. Jangan masukkan maklumat yang “buat lawak”

Ramai yang meletakkan ayat seperti “Available for Interview” ataupun “References available upon request.” Bila anda menghantar resume kepada sesuatu syarikat, itu sendiri bermakna anda bersedia untuk sesi temuduga dan anda akan memberikan reference jika diminta.

Kalau boleh elakkan perkara yang boleh menyebabkan orang yang membaca resume anda itu seperti tidak tahu.

11. Terangkan manfaat skil anda

Dengan hanya menyatakan sesuatu tidak akan menarik perhatian seorang majikan.

Jika anda boleh menerangkan manfaat kepada syarikatnya dan boleh kaitkan dengan satu kesan yang boleh nampak, anda boleh meningkatkan lagi peluang anda untuk mendapat temuduga.

12. Elakkan elemen negatif

Jangan masukkan maklumat yang nampak negatif di hadapan penemuduga. Ini termasuk resume dan temuduga.

Sebagai contoh, tak perlulah masukkan benda yang anda benci semasa di syarikat sebelum ini.

13. Masukkan pencapaian juga

Resume yang mempunyai senarai panjang tanggungjawab adalah membosankan dan tidak efisien dalam menjual diri anda sendiri. Daripada senaraikan tanggungjawab sahaja, cuba terangkan pencapaian profesional di dalam kerja itu.

(Dalam resume saya, saya akan senaraikan sedikit tanggungjawab saya dan terangkan juga pencapaian di dalam skop kerja itu).

Tips buat resume ni agak killer. Pembaca tahu betul-betul apa yang anda buat dalam kerja anda. Jadi dia akan berminat nak tahu apa yang anda dah buat.

Alhamdulillah, banyak juga temuduga yang saya dapat.

14. Guna nombor

Guna nombor. Dengan kata lain, jadi lebih spesifik.

Kalau anda nak terangkan pencapaian profesional dahulu kala, lagi bagus untuk pastikan semuanya mantap.

Nombor adalah kawan anda di sini. Jangan cakap anda tingkatkan pendapatan bahagian anda sahaja, cakap juga anda telah meningkatkannya sebanyak RM100 ribu ataupun 78% ataupun nombor yang spesifik tu.

15. Satu resume untuk setiap satu majikan

Salah satu kesalahan yang orang buat ialah membuat satu resume standard dan menghantarnya kepada semua syarikat yang ada kekosongan. Memang akan jimatkan masa tetapi biasanya akan mengurangkan peluang untuk mendapat temuduga (dan dalam realitinya akan membuang masa). Sesuaikan resume mengikut majikan. Sama juga dengan cover letter anda.

16. Kenal pasti masalah majikan

Satu permulaan yang baik untuk memperincikan resume untuk majikan tertentu ialah mengenalpasti masalah yang ada. Cuba faham pasaran syarikat yang anda apply tu dan kenal pasti apa kesukaran yang akan anda hadapi. Kemudian letakkan dalam resume bagaimana anda dan skil anda boleh selesaikan masalah yang dihadapi oleh majikan tersebut.

17. Elakkan diskriminasi usia

Haram untuk mendiskriminasi orang kerana umurnya tetapi ada majikan yang ambil kisah tentang umur. Kenapa nak ambil risiko? Selagi tak diminta, jangan letakkan umur di dalam resume.

18. Tak perlu senaraikan semua pengalaman kerja

Kalau ada pengalaman kerja yang anda tak bangga, ataupun tak relevan dengan peluang sekarang, anda tak payah letak. Kalau anda cakap anda pernah jual burger masa berumur 18 tahun tak membantu anda untuk mendapatkan posisi seorang eksekutif. (Tapi mungkin boleh untuk jurujual).

19. Guna apa yang ada

Kalau tak pernah ada pengalaman kerja, masukkan je kerja masa cuti semester ataupun kerja amal. Kalau tidak dapat lagi ijazah, beritahu nama ijazah dan bila akan dapat dapat. Selagi poin ini relevan dengan kerja, tak kisah sama ada dah dapat ataupun tak. (Jangan menipu sudah!)

20. Jual diri

Sentiasa ingat yang anda sedang menjual diri anda. Selagi anda tak melampau memasarkan diri anda (dalam konten, reka bentuk, cara penyampaian dan lain-lain), “penjualan diri” anda akan memberikan anda kelebihan berbanding calon-calon lain.

21. Jangan masukkan maklumat tidak berkaitan

Makluamt tidak berkaitan seperti parti politik sokongan, agama dan orientasi seksual tidak akan membantu dan mungkin boleh mengurangkan peluang untuk anda mendapatkan temuduga. Elakkan benda sebegini.

22. Gunakan Encik (Mr) atau Cik (Ms) bila sesuai

Kalau nama tu seakan-akan perempuan ataupun seakan-akan lelaki, pastikan anda memasukkan Encik ataupun Cik di hadapan nama supaya majikan tak hairan dengan jantina anda (terutama sekali yang namanya tiada bin atau binti dan a/l atau a/p).

23. TOLONG, jangan menipu

Macam benda mudah, tapi anda mesti rasa nak gelak je tahu berapa ramai orang menipu dalam resume mereka. Walau penipuan kecil patut dielakkan. Selain daripada salah, kebanyakan jabatan HR buat background check dan bila anda kantoi, habislah kredibiliti anda.

Bila tipu… musnah harapan anda.

Tips buat resume ni jangan anda ketepikan!

24. Fikirkan tentang gaji tu semasa buat resume

Imej yang anda tunjukkan dalam resume mesti sama taraf dengan gaji dan tanggungjawab yang anda pohon itu.

25. Analisa iklan kekosongan kerja

Anda akan dapat pelbagai maklumat di dalam iklan kerja. Analisa bukan sahaja iklan itu, tetapi juga daripada syarikat dalam segmen yang sama dan menawarkan kedudukan yang berkaitan. Anda patut mengenalpasti profil pekerja yang mereka cari dan bagaimana maklumat itu patut ditunjukkan di dalam resume itu.

26. Dapatkan orang lain untuk membaca resume anda

Walaupun anda rasa resume anda nampak pelik, satu idea yang bagus untuk anda mendapat pendapat kedua mengenainya. Biasanya kita akan buta dengan kesilapan kita sendiri, jadi, pandangan orang lain merupakan satu idea yang baik untuk menentukan kualiti keseluruhan resume anda dan memberi cadangan yang membina.

Untuk dapatkan lebih banyak tips buat resume dan kerjaya, anda boleh klik butang di bawah. Saya pasti anda akan suka e-mel yang saya hantar ke dalam inbox anda nanti. 🙂

Dapatkan Tips Kerjaya

 

Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan 2017

Adoi… kenapalah kita kena bayar cukai kan?

Ramai orang mesti fikir sebegitu.

Tapi nak tak nak, walau apa pun pegangan politik anda, cukai adalah sesuatu yang perlu dan tak dapat dielak.

Bak kata Einstein, mati dan cukai je lah dua benda yang takkan berubah dalam dunia ini. Pasti ada.

Jadi, dalam post ni saya nak perincikan senarai pelepasan cukai pendapatan yang boleh anda dapat untuk taksiran tahun 2017 ini.

  
Individu dan saudara tanggunganRM9,000
Individu kelainan upaya (tambahan)RM6,000
Isteri / suami / bayaran alimoni kepada bekas isteriRM3,000
Isteri / suami kelainan upayaRM3,500
Belanja rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapaRM5,000
Belanja membeli alat sokongan asas untuk individu kelainan upaya (diri sendiri, pasangan, anak atau ibu bapa)RM6,000
Belanja perubatan penyakit serius atau kronik (termasuk belanja pemeriksaan penuh perubatan terhad kepada RM500 untuk diri sendiri, pasangan atau anak).

  • Kanser

  • Serangan jantung

  • Pulmonary Hypertension

  • Sakit Buah Pinggang Kronik

  • Sakit Hati (Liver) Kronik

  • Fulminant Viral Hepatitis

  • Tumor dan Kecacatan Pembuluh Darah di Otak

  • Melepuh dan Melecur Kebakaran Yang Keterlaluan

  • Pemindahan Organ Utama

  • Sindrom Parkinson

  • HIV & AIDS

  • Pemotongan Kaki / Tangan

  • Kederaan Kepala Akibat Kemalangan

  • Penyakit Kulit Kronik

  • Penyakit Mental

  • Diabetes Mellitus

  • Talasemia Major

  • Rheumatology

  • Leukemia

RM6,000
Yuran pendidikan (sendiri)

  • Kursus yang layak bagi peringkat Sijil / Diploma / Sarjana Muda - Undang-undang, Perakaunan, Kewangan Islam, Teknikal, Vokasional, Industri, Saintifik atau Teknologi

  • Kursus yang layak bagi Peringkat Sarjana / PhD - sebarang bidang atau kursus kajian

  • TIDAK LAYAK bagi yang menerima biasiswa

RM5,000
Belanja pembelian buku, jurnal, majalah atau penerbitan (dalam bentuk hardcopy atau elektronik tetapi tidak termasuk surat khabar atau bahan bacaan terlarangRM1,000
Pembelian komputer peribadi atau individu (dibenarkan 3 tahun sekali)

  • LAYAK untuk komputer meja, komputer riba, notebook dan ultrabook

  • TIDAK LAYAK untuk tablet, telefon pintar, komputer hybrid

RM3,000
Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) untuk anak
  • Jumlah simpanan dalam tahun 2015 tolak Jumlah pengeluaran dalam tahun 2015
RM6,000
Pembelian peralatan sukan (jenis sukan seperti di Akta Pembangunan Sukan 1997).


TIDAK LAYAK untuk pembelian pakaian sukan dan kasut sukan
RM300
Faedah pinjaman perumahan

  • Layak pelepasan sehingga RM10,000 setiap tahun asas untuk 3 tahun berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula dibayar

  • Syarat kelayakan:


    1. Pemastautin warganegara Malaysia

    2. Pembelian rumah kediaman terhad kepada satu unit sahaja dan tidak disewakan

    3. Perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10.03.2009 - 31.12.2010


RM10,000
Pelepasan anak

  • a) Bawah 18 tahun

  • 18 tahun dan ke atas:


    1. b) Bersekolah

    2. c) Belajar di Institusi Pengajian Tinggi

    3. d) Anak kelainan upaya

    4. e) Anak kelainan upaya yang belajar di Institusi Pengajian Tinggi


a) RM1,000
b) RM1,000
c) RM6,000
d) RM6,000
e) RM12,000
KWSP dan Insurans Nyawa (diri sendiri dan pasangan)RM6,000
Skim persaraan swasta dan anuiti tertunda yang diluluskan oleh Suruhanjaya SekuritiRM3,000
Insurans perubatan dan pendidikan (diri sendiri, pasangan dan anak)RM3,000
Pelepasan khas
  • Layak diberikan jika pendapatan agregat tidak melebihi RM96,000 dan terhad kepada pendapatan bercukai
RM2,000

Ada 18 semuanya. Ini berdasarkan taksiran tahun 2016. Untuk 2017, ada lagi sedikit tambahan.

Dalam Bajet 2017, Perdana Menteri ada cerita pasal pelepasan cukai gaya hidup meliputi pembelian akhbar arus perdana, telefon pintar dan tablet, langgan internet dan bayaran keahlian gimnasium.

Pelepasan ini diberi sehingga RM2,500 dan bermula pada tahun taksiran 2017.

Ada apa-apa lagi pelepasan yang saya tinggal? Boleh kongsikan di sini!