Secawan Koko Kehidupan

Video Cara Buat Resume Yang Anda Wajib Tengok!

3.5% rakyat Malaysia tidak mempunyai kerja. Ramai orang mencari kerja. Ini cara untuk anda membuat resume yang majikan suka tengok dan teringin temuduga anda.

0

Agaknya berapa ramai orang yang bersaing untuk mendapatkan kerja di JobStreet? Untuk satu kerja pun, mesti ramai habis orang yang apply kerja, kan?

Kalau satu syarikat ada dua-tiga posting kerja, berapa banyak resume yang mereka terima?

Cuba tengok kerja-kerja ni…

Banyak kan?

Itu baru 1-2, kalau yang nak mengisi 9 atau 10 kekosongan kerja?

Berapa ribu orang agaknya yang meminta kerja.

Susah kan?

Kalau ada 200 orang apply kerja, anda ada peluang sebanyak 1/200 sahaja untuk menarik HR syarikat itu untuk tengok resume anda. 0.5% sahaja peluang untuk dapat kerja.

Dan macam saya katakan tadi, kalau lebih daripada satu? Lagi kecil peluang anda untuk berjaya.

MACAM MANA NAK BUAT RESUME YANG

BAKAL MAJIKAN SUKA TENGOK?

Sekali tengok je, dia macam berminat nak kenal dengan lebih lanjut.

Macam mana tu?

Baru-baru ni saya baru sahaja dihubungi oleh tuan SyedShaff.

Dia merupakan blogger di belakang Saya Share. Kalau pergi tengok dekat blog tu, boleh tengok macam-macam tips cara buat resume yang handsome dan ohsem.

Dia beritahu yang dia ada produk yang boleh bantu kita semua untuk dapatkan kerja.

“Interesting.”

Macam mana tu?

Apa yang dia maksudkan?

Dia pun bagi saya akses beberapa video yang dia buat yang dia rasa boleh tolong orang untuk dapatkan kerja… dan video-video ini dibahagikan kepada beberapa hari.

Dia bagi saya tengok Hari Pertama dan Hari Kedua punya video.

Dan dia kata kepada saya macam ni:

Bro, ni semua FREE. Tak jual pun walaupun dah macam sepuluh orang kata patut jual cara buat resume ni.”

Macam power je ni?

Jadi pun saya tengok apa yang ada dalam tu… betul ke tak video cara buat resume ni betul-betul bagus macam dikatakannya.

Saya akan ceritakan satu demi satu video yang ada. Dalam dua blog post, ada 7 video mengenai cara buat resume. Dalam salah satu blog post tu, ada dua video yang sama, jadi dalam post ni saya akan ceritakan tentang lima video sahaja.

Jom kita mulakan.

intro video cara buat resume
Ni pengalaman SyedShaff dalam mencari kerja…

1. Video pertama ialah pengenalan. Introduction.

Dia tak letakkannya sebagai video pertama. Tapi bagi saya ni lah video pertama yang Syed bagi dalam tu.

Dia cerita pengalaman dia, berapa kerja yang dia perlu lalu sebelum dapat kerja.

Selalu kita asyik baca pasal tips cari kerja je kan? Ni Syed cerita liku-liku perjalanan kerjanya dulu.

Dia cerita dia dulu gaji tak banyak (nak tahu? kena tengoklah video dulu hehe), berapa tahun jugalah dia mencari-cari sebelum dia dapat “breakthrough” dalam kerjaya dia.

Dalam video ini lah dia ceritakan tentang benda-benda penting yang perlu ada dalam resume. Mindset yang kita ada (kalau tak, memang tak tahu). Susunan yang perlu ada. Dan macam-macam lagi.

Tak ramai orang tahu yang sebenarnya ini cara buat resume yang betul. Kena ada semua tu.

Panjang video ini ialah sepanjang 14 minit 29 saat.

Nampak tak? Dia go through resume dia sendiri dan beritahu apa yang kurang dan apa yang patut ditukar. Boleh anda bandingkan apa yang dia buat dengan resume yang anda ada.

2. Video kedua ni pula dia cerita pasal apa faktor yang buatkan resume tu power ataupun “lopek”.

Banyak juga faktor yang dia kongsikan dalam ni. Kena tengok semua faktor yang dia bagi ni. Menarik juga.

Itu hanya sebahagian daripada hari pertama. Belum lagi hari kedua. Kalau hari kedua lain pula video yang Syed bagi.

(Ni saya menulis sambil tengok video yang Syed bagi ni.)

Video ini pula panjangnya 20 minit 46 saat.

OK, jom tengok apa yang ‘Hari Kedua’ ada…

Ini SEBELUM beli resume premium…

3. Cara Beli Resume Premium

Dalam video ni pula, Syed menghuraikan tentang resume premium.

Pernah dengar mengenai resume premium ni?

Tak banyak orang yang tahu mengenai resume berbayar ni.

Sebenarnya anda BOLEH membeli resume yang dibuat dengan profesional (dan cantik). Anda perlu membayar beberapa puluh ringgit sahaja untuk mendapatkannya.

(Tapi jangan terkejut kalau ada premium resume yang lagi mahal. Memang ada yang mahal-mahal…)

Antara perkara yang dia ceritakan dalam ni ialah mana anda boleh beli resume yang berkualiti ni. Not everything is equal bak kata orang putih. Ada je yang nampak cantik tapi tak terangkan apa yang pihak HR nak.

Ada pula yang ada yang HR nak, tapi susunan tak menarik pula dalam resume.

So dalam video ni korang tahu apa yang perlu dicari dalam resume premium.

Ingat: not everything is equal. Jadi kena pandai pilih terutama sekali kalau dah beli resume orang.

Panjang video ni pula 18 minit 43 saat.

Sebahagian daripada benda yang kena install sebelum pakai resume premium…

4. Video Reviu Premium Resume

OK, ni video tentang resume premium di mana anda boleh tengok macam mana dia anlisa resume  yang dia dah beli dan bagaimana dia install keperluan untuk menggunakan premium resume.

(Ingat font Times New Roman, Arial dan Courier je ke yang digunakan? Ada je font lain yang digunakan…)

Yang ni pendek je. Panjang video ini ialah 6 minit dan 2 saat je.

Resume yang sudah siap diedit

5. Video Resume Yang Sudah Siap Diedit

Dalam video yang berdurasi 23 minit 14 saat ini, dia akan tunjukkan kepada anda resume yang sudah diedit dengan cantik.

Anda boleh tengok pengalaman dia, apa yang dia buat, cara dia susun resume dia, serta cara dia fikir untuk menyiapkannya.

Kena cara edit resume baru ramai orang suka nak temuduga anda. Tak sabar-sabar nak berkenalan dengan anda.

Fuh. Macam-macam kan saya ulas mengenai video-video ni? Positif je kan…

Ada tak point negatif?

TAK PERLU RIGHT OR WRONG KOT? 

Ada dalam banyak-banyak video yang dia berikan ni, ada dua video yang sama dan dia nak anda pilih mana satu yang ada delivery yang lagi bagus penyampaiannya.

Sebenarnya saya rasa kalau dalam fasa market research OK lah, tapi tak perlu kot bila orang dah mula bayar untuk produk ni… bagi je yang terbaik untuk pelanggan 😉

But then, video-video yang diberikan ni sangat informatif! Selalunya orang tulis artikel je pasal resume ni, tapi Syed ambil one step further dengan membuat video yang menerangkan tentang resume-resume ni. (Saya pun bersalah daham hal ni – malas sangat nak buat video haha)

Bagus usaha Syed ni. Lagi jelas untuk orang tengok pasal resume.

Tapi kan, nak tahu berita baik tak?

Kebanyakan resume yang ramai orang buat memang sangat-sangatlah tak best!

Serius.

Saya dulu pernah baiki resume kawan saya dan macam-macam juga benda kena betulkan dalam tu.

Kadang-kadang benda mudah macam noktah bertindih pun tak selari. (Ketara pula tu bila sekali pandang)

Tapi ini maknanya satu: KALAU ANDA BAIKI RESUME ANDA (DENGAN BETUL), ANDA 99.5% DARIPADA ORANG LAIN!

(Nombor tu saya main buat je, tapi faham kan maksud saya? Bila anda baiki resume anda, anda satu langkah ke hadapan berbanding dengan orang lain tapi kena pastikan yang anda baiki itu ialah langkah ke hadapan lah, bukan ke belakang hehe.)

Ini yang saya belajar daripada video-video yang Syed keluarkan.

Banyak kan benda?

Tapi ini hanya reviu saya je.

Why not korang tengok je video yang Syed keluarkan ni? Video yang terangkan cara buat resume dengan terperinci.

Free pula tu.

Kot-kot lagi untung.

Senang sedikit hidup korang. Boleh dapat kerja dan korang boleh cari kerja yang menguntungkan.

OK dah. Penat reviu ni.

Cuba tengok. Kalau takde kerja sampai sekarang, ni mungkin video yang boleh tolong anda. Asyik tengok movie je kan? Nah tengok “movie” yang boleh ubah hidup anda macam video yang Syed keluarkan ni.

Dah tak nak cakap lagi:

Klik Sini Kalau Nak Tengok Contoh Resume Terbaik Yang Blogger
Bernama SyedShaff Keluarkan

Mesti pelik kan? Mana video cara buat resume tu? Ha, anda kena pergi ke blog SyedShaff untuk maklumat lanjut…

Kat sana ada instruction macam mana nak dapatkan semua video yang saya ceritakan ini dalam percuma.

Dah jangan baca sini. Klik link dekat atas tu.

😉

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.