Tip-tip untuk Membeli Rumah Lelong

Serius nak beli rumah lelong?

Rumah lelong ni sebenarnya rumah yang dijual oleh pihak bank atas konsep lelongan.

Lelongan ini dilakukan kebiasaannya  atas faktor pemilik asal tidak mampu membayar lunas hutang pinjaman.

Rumah lelong dianggap berbaloi jika bakal pembeli berjaya mendapatkan nilai hartanah di bawah nilai pasaran (market value). Namun begitu, kebiasaannya rumah lelong yang terjual mempunyai bidaan tertinggi kurang daripada nilai pasaran.

Oleh kerana itu jugalah rumah lelong sering menjadi tumpuan bakal pelabur khususnya.

#1 Ehsan Seorang Pembeli

Adakah anda kenal dengan individu yang bernama Saifulnizam Mokhtar?

Beliau merupakan  seorang pelabur hartanah yang sering berkongsi tentang pembelian rumah lelong di laman Facebook.

Namun begitu, apa yang ingin dikongsikan di sini adalah tentang keprihatinan beliau sebelum membeli rumah lelong. Sebelum tarikh bidaan bermula, Tuan Saifulnizam Mokhtar akan turun padang melihat sendiri keadaan rumah tersebut.

Tapi, kalau beliau terdengar suara kanak-kanak, ataupun terlihat selipar kanak-kanak, tindakannya adalah membatalkan hasrat untuk membida. Mengapa begitu?

Itulah ehsan yang ditunjukkan oleh Saifulnizam Mokhtar kepada anda tentang sikap keprihatinan terhadap masyarakat yang mungkin menghadapi masalah. Mungkin bagi sesetengah orang, itu bukan masalah anda. Bagaimanapun, segalanya terserah kepada bakal pembida dalam membuat keputusan.

#2 Turun Padang

Sama seperti rumah subsale, anda sendiri perlu turun padang untuk melihat keadaan rumah tersebut.

Mohon kebenaran kepada pihak berkenaan untuk membuat tinjauan tentang keadaan rumah. Dalam hal ini, segala kerosakan yang ada adalah di luar bidang kuasa pihak bank.

Oleh yang demikian, anda harus melakukan anggaran kos untuk membaiki kerosakan tersebut. Kebiasaannya kerosakan meliputi pendawaian elektrik, masalah saluran air dan sebagainya.

Apabila anggaran kos membaiki sudah dibuat, sila lakukan penelitian dari sudut bajet dan kesesuaian untuk mendapat lot rumah lelong berkenaan.

Tambahan lagi, pastikan anda membuat semakan tunggakan sama ada dengan pihak JMB, Indah Water, TNB, dan Syarikat Air.

Ini penting bagi mengelakkan kita terpaksa menanggung kos hutang tunggakan yang mencecah ribuan ringgit. Jika kita mahu membeli rumah jenis apartment, sila lakukan semakan terperinci tentang bayaran penyelenggaraan rumah tersebut.

#3 Kelayakan Pinjaman

Apabila anda berminat untuk melakukan bidaan terhadap rumah lelong, perkara pertama yang perlu dilihat adalah kelayakan pinjaman.

Kecualilah kalau anda nak beli secara tunai.

Apa yang perlu anda tahu adalah bakal pembida perlu menyediakan 10% wang deposit berdasarkan simpanan nilai rumah tersebut.

Selain itu anda perlu membuat kira-kira tentang kelayakan pinjaman dari segi pengiraan Debts Service Ratio (DSR).

#4 Keadaan Persekitaran

Apabila melakukan lawatan tapak, anda kena teliti keadaan persekitaran rumah.

Adakah rumah berkenaan mempunyai persekitaran yang baik.

Jika anda berhasrat menjadikan untuk menjadikannya sebagai rumah sewa, banyak faktor yang anda kena ambil kira. Antaranya ialah fasiliti seperti lif, tangga, keselamatan dan lain-lain lagi.

Sebagai bakal penyewa pula, mereka mengharap rumah pemilik berada dalam kondisi yang baik ditambah persekitaran yang menarik.

Photo by mschellhase



Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *