Tips Berpuasa Untuk Ibu Hamil

Apa yang bakal ibu boleh buat kalau perlu berpuasa semasa hamil?

Sebagai seorang lelaki, akan ada masa nanti yang saya perlu tahu macam mana nak kuatkan (bakal) isteri saya semasa hamil.

Jadi saya buat sedikit kajian. Dan hasilnya ialah seperti berikut… tip-tip untuk berpuasa untuk ibu yang hamil.

Sahur

1. Minum air kosong semasa bersahur

2. Minum segelas susu untuk mengurangkan risiko anemia

3. Tidak disarankan untuk memakan makanan pedas-pedas

4. Buah-buahan (pastikan bukan buah-buah yang buatkan anda haus selepas makan seperti durian). Boleh cuba makan tembikai

5. Makan makanan yang mengandungi protein dan lemak (ingat: bukan semua lemak jahat, ok?) kerana kedua-dua ini  lambat dicernakan jadi anda akan lambat berasa lapar.

Semasa Berpuasa

1. Rehat secukupnya. Walaupun sibuk, cuba cari masa untuk berehat terutama sekali bakal ibu yang bekerja.

2. Kurangkan aktiviti yang memerlukan tenaga fizikal.

3. Jangan terlalu stres! Gunakan teknik-teknik pengurangan stres untuk memastikan diri anda tidak terlalu stres semasa berpuasa. Teknik pernafasan yang betul biasanya boleh membantu.

Sila batalkan puasa jika ibu yang hamil mengalami:

a. Muntah-muntah lebih daripada 3 kali dikhuatiri mengalami dehidrasi.

b. Mengalami cirit-birit diikuti dengan rasa memulas

c. Rasa pening berpusing-pusing dan rasa seperti lemas

d. Peluh sejuk secara tiba-tiba. Mungkin ibu mengandung itu sudah tidak berupaya untuk berpuasa lagi.

Sumber Rujukan:

http://bidanku.com/tips-berpuasa-selama-hamil

http://blog.lazada.co.id/tips-puasa-untuk-ibu-hamil-di-bulan-ramadhan/

http://www.tabloid-nakita.com/read/1642/tip-sahur-dan-buka-puasa-ibu-hamil

 

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *