Tips Belajar Berkesan Yang Anda Mesti Suka

Ramai orang beranggapan bahawa belajar pada saat-saat akhir merupakan satu cara yang terbaik bagi mereka.

Ini kerana, mereka lebih suka berada di zon yang selesa sebelum menghadapi peperiksaan dan mengambil keputusan untuk membaca semua topik yang mereka belajar hanya dalam masa beberapa hari sebelum exam.

Waahhh!!!! Hebat bukan? Pensyarah atau guru mengambil masa 3 hingga 4 bulan untuk mengajar kita kesemua topik tersebut, tetapi dengan belajar sendiri kita hanya memerlukan 3 atau 4 hari sahaja.

YA, TEPAT SEKALI.

Kita semua mampu berbuat demikian dan masih juga berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam exam.

Tetapi, adakah hati kita akan berasa tenteram sewaktu kita bertungkus lumus untuk menghabiskan kesemua topik itu dalam masa beberapa hari?

Saya yakin bahawa anda semua pasti akan merasa resah dan gelisah ketika itu. Jadi, apa gunanya kita belajar jika hanya untuk menghadapi exam sahaja sedangkan ia hanya sebuah keputusan yg berada dia atas kertas sahaja.

Apa yang lebih penting ialah ilmu dan pengetahuan yg kita dapat untuk digunakan semasa bekerja nanti.

Jadi, saya menyediakan beberapa tips untuk belajar secara berkesan supaya kita dapat memanfaatkan apa yang kita belajar di dalam exam serta kehidupan seharian kita yang masih jauh di depan.

1. Baca Atau Dengar

Ini merupakan satu perkara yang paling asas ketika kita belajar. Untuk mendapatkan ilmu dan pengetahuan, sudah pastinya kita perlu rajin untuk membaca bahan-bahan yang berkaitan dengan subjek yang dipelajari tidak kira samada membaca buku teks ataupun “slideshow”.

Jika kita bukan merupakan seseorang yang suka membaca, setidak-tidaknya berikan perhatian semasa si dalam kelas dan tumpukan perhatian apa yang diajarkan oleh pensyarah. Jadi, pastikan anda membaca atau mendengar  supaya anda tahu apa yang perlu anda tahu.

2. Tahu Apa Yang Dipelajari

Semasa membaca atau mendengar apa yang dipelajari, kita perlu tahu apa yang sedang kita pelajari itu.

Tiada gunanya jika kita menghabiskan masa berjam-jam membaca ataupun memberikan sepenuh perhatian untuk mendengar jika kita tidak tahu apa sebenarnya yang kita sedang pelajari.

Jadi, pastikan yang anda tahu apa yang anda baca atau dengar supaya dapat memahami apa yang dipelajari.

3. Faham Apa Yang Dipelajari

Sudah tentu kita perlu faham apa yang kita pelajari jika kita ingin mendapatkan ilmu dan pengetahuan tersebut. Kita juga perlu memahami istilah-istilah yang digunakan serta apa yang ingin disampaikan.

Apa yang paling penting ialah kita perlu faham pada tahap dimana kita mampu meletakkan diri kita di dalam situasi seperti yang kita pelajari dan ingat apa yang kita pelajari.

4. Bayangkan Kita Berada Di Dalam Situasi Tersebut

More or less, this one is optional, hehe. Jika anda mampu membayangkan diri anda berada di dalam situasi tersebut, maka anda telah mencapai tahap kefahaman yang mengkagumkan.

Jika anda mampu berimaginasi, itu bermakna anda mungkin dapat menerangkan apa yang anda pelajari menggunakan pengetahuan anda sendiri di mana anda mungkin dapat mencipta contoh-contoh anda sendiri.

5. Ingat Perkara Yang Penting

Memang tidak dapat dielakkan lagi di mana kita juga perlu ingat dan menghafal perkara-perkara yang penting.

Percaya atau tidak, ini merupakan perkara yang paling dibenci oleh semua pelajar termasuk saya sendiri kerana ia merupakan penyumbang utama yang membuat kita merasa tertekan.

Tetapi anda tidak perlu risau, jika anda ikut tips-tips yang sebelum ini, secara automatiknya anda akan dapat ingat dan menghafalnya dengan begitu mudah.

Untuk memudahkan lagi cara tersebut, anda hanya perlu ingat “keyword” yang penting sahaja.

6. Buat Nota Ringkas

Nota hanya merupakan satu “tools” di mana ia memberikan kemudahan “fast access” dan juga “flexibility” di mana kita boleh membawa ia kemana-mana jua. Untuk keselamatan kita, nota ringkas adalah salah satu keperluan yang perlu kita ada.

Nasihat saya pada anda semua, buatlah nota ringkas seawal-awal yang mungkin. Kita hanya perlu membaca nota-nota itu sahaja ketika kita hendak menempuhi exam kelak.

P.S: Jangan tukarkan nota ringkas tersebut menjadi “toyol” semasa exam nanti. Jujurlah terhadap diri sendiri semasa exam kerana perbuatan meniru itu merupakan satu perbuatan yang tidak diredhai oleh Allah.

Jika apa yang kita jawab semasa exam tidak diredhai oleh-Nya, maka result exam juga sudah tentu tidak diredhai oleh-Nya.

Result exam tersebut kita gunakan untuk mendapatkan pekerjaan, maka pekerjaan tersebut tidak diredhai oleh-Nya. Kita mendapat pendapatan daripada pekerjaan tersebut, maka pendapatan kita juga tidak diredhai oleh-Nya.

Jadi, adakah kita ingin memakan, memakai pakaian, dan memberikan sesuatu kepada keluarga kita melalui pendapatan yang tidak diredhai oleh-Nya, TEPUK DADA TANYALAH HATI ITU SENDIRI.

Saya pernah mendengar seseorang berkata sesiapa yang tidak meniru di dalam exam itu, dia itu merupakan seorang yang bodoh. Tapi, siapa yang tidak pandai sekarang? Hehe… Renung-renungkanlah.

– Selamat Berjaya Beramal dan Mengamalkan Tips-tips tersebut =)

1 padangan di “Tips Belajar Berkesan Yang Anda Mesti Suka”

  1. Tips yang bagus..ada di antaranya pernah dipraktikkan..terutamanya di no. 4.. 😀

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *