Secawan Koko Kehidupan

Di Sebalik Panduan Peperiksaan: Tim InfoKerjaya

5

Hampir 5 tahun. Hampir 5 tahun InfoKerjaya berkecimpung di dalam pasaran kerjaya.

Tapi ia bermula dengan satu harapan mudah.. dengan memberikan apa calon peperiksaan mahukan: panduan peperiksaan yang berkesan.

Tapi namanya bukan bermula dengan InfoKerjaya. Namanya bermula dengan Tips PTD, sebuah blog yang membantu calon-calon untuk menjawab peperiksaan pegawai tadbir dan diplomatik.

Pada waktu itu, siapa pun tidak menyangka ramai orang sebenarnya mencari-cari panduan sebegini di Internet.

Seorang demi seorang menghantar komen. Mereka mengatakan betapa gembiranya mereka kerana mendapat panduan daripada tim Tips PTD ini.

kisah-tips-ptd testimoni-tips-ptd

Ini permulaan mereka.

Tapi mereka tidak berhenti setakat itu sahaja.

Kalau calon PTD boleh dapat manfaat, macam mana kalau mereka tawarkan kepada calon-calon lain?

Bukan ke lagi bagus? Itu yang membawa mereka untuk membuat pelbagai panduan peperiksaan untuk calon-calon pelbagai jawatan.

Jururawat, akauntan, pegawai arkib, pegawai teknologi maklumat dan pelbagai lagi.

Kemudian, mereka telah mengambil nama Infokerjaya Resources, iaitu pengeluar rujukan kerja untuk graduan.

Sejak daripada itu, mereka telah membantu lebih daripada 63 ribu graduan untuk menghadapi peperiksaan yang akan mencorakkan masa hadapan mereka.

Apa resipi panduan mereka mendapat jualan hangat?

Mereka mendengar apa yang pelanggan mereka mahukan: nota. contoh soalan. dan huraian setiap seksyen yang padat.

Mereka tidak menjual soalan-soalan bocor SPA. Mereka menganggap itu sesuatu yang keji dan adalah rahsia kerajaan. Untuk berjaya perkara sebegini tak memerlukan calon untuk menipu.

Calon hanya perlu berusaha. Dapat panduan mereka, baca, dan usaha sehabis baik.

Itu sebenarnya resipi kejayaan.

Team Tips PTD pun bukannya bermula dengan ofis atau modal yang besar. Bilik kecil, kereta kecil, dan pada awal penubuhan ada di antara yang terlibat masih lagi belajar… tapi itu tak menghalang mereka untuk kejar impian mereka.

Bagi calon apa yang mereka perlukan.

Mudah sahaja.

Tapi tanpa kerja keras, mereka takkan mampu untuk melakukannya.

Mereka mahu melihat lebih ramai orang berjaya dengan panduan peperiksaan yang mereka cipta.

Kadang-kala, calon akan menghantar kata-kata terima kasih. Ada yang berjaya dan ada yang gagal. Tapi setiap ucapan itu menjadi pendorong supaya dapat membawa mereka ke tahap yang lebih tinggi pada masa akan datang.

Siapa tahu kan? Berapa jauh Tim Infokerjaya akan pergi.

Selepas ini, mereka akan menerbitkan panduan peperiksaan penguasa kastam pada 31.08.2014. Mungkin ramai yang akan membeli.

Saya tak tahu. Yang saya tahu ialah, mereka telah membuat sehabis baik untuk semua calon yang akan menghadapi peperiksaan itu.

God bless them all. Dan good luck.

testimoni-tim-infokerjaya

5 Comments
  1. isma says

    Camne nk beli ni bnyk sgt iklan bgtahu je cara nk beli kn senang kerja

    1. Abdul Rahman says

      Sabar sabar… Tim InfoKerjaya tengah revise dan revise dan revise panduan ni… Kena bagi customer bahan mantap baru testimoni customer sayang berlambak-lambak 😉

  2. Lotter says

    Hai,

    Awak tahu tak macamana nak daftar sebagai ejen affiliate info kerjaya?

    Terima kasih.

    1. Abdul Rahman says

      Sekarang saya tak tahu pula… sebab pendaftaran semula ejen affiliate melalui webinar haritu. Siapa tertinggal webinar memang tak bolehlah daftar. Cuba tanya big bos InfoKerjaya — tuan Muaz Hadi.

  3. ikhwan says

    semoga berjaya menghadapi sesi peperiksaan dan temuduga.

Leave A Reply

Your email address will not be published.