Secawan Koko Kehidupan

Takpe! Takpe!

0

Satu penyakit yang dihidapi oleh ramai rakyat Malaysia.

“Alah, biar je lah… Cukup dah tu…”

Kita biasa mendengar frasa-frasa ini semasa kita melakukan sesuatu. Terutama sekali semasa kita bekerja. Budaya TIDAK APA sering ada bersama kita. Kita seperti sudah biasa meletakkan satu paras yang sangat rendah di dalam kerja harian kita.

Kenapa semuanya tidak apa?

Kenapa kita tak buat kerja kita sebaik-baiknya. Kenapa kurang sangat budaya cuba buat lebih baik? Bukan cuba menjadi seorang yang sempurna tetapi tidak melepaskan batuk di tangga.

Kenapa tak cuba lebih daripada “cukuplah”?

Ini persoalan yang ada di dalam fikiran saya.

Kenapa kita tak buat jauh lebih baik?

Malaysia ini akan lebih baik bila kita semua buat kerja lebih. Buat dengan teratur. Buat dengan baik.

Lebih baik kita buat kerja kita, lebih maju kita semua.

Apabil kita buat kerja kita sehabis baik, kita akan membuatkan orang mempunyai tanggapan baik mengenai kita. Jika ramai orang di jabatan anda membuat kerja dengan baik, orang akan menganggap jabatan itu menjalankan tugas dengan baik. Ini akan mewujudkan satu kitaran mood yang positif. Anda akan membuatkan orang tersenyum dengan profesionalisme yang anda tunjukkan di dalam kerja anda.

Itu merupakan satu permulaan.

Bayangkan kalau lebih ramai orang mula mengepikan sikap “tidak apa” dan sebaliknya mengambil sikap “saya cuba”.

  • Apabila seorang cikgu nampak anak muridnya tidak faham, dia cuba bantu anak muridnya.
  • Apabila seorang akauntan nampak kliennya melakukan sesuatu kesilapan yang merugikan, dia membantu kliennya (walaupun tidak tertakluk dalam perjanjian.
  • Apabila seorang pemuda nampak orang tua kesusahan, dia cuba menolongnya.
  • Apabila ada seseorang memerlukan pertolongan, kita cuba lihat bagaimana kita boleh menolongnya

Dan banyak lagi.

Sikap tidak apa ini tidak sepatutnya menjadi barah masyarakat kita. Kita negara yang mempunyai pelbagai bangsa, agama dan keunikan kita. Negara unik ini tidak sepatutnya dikerdilkan dengan sikap ala kadar.

Cuba bayangkan keadaan semua orang mencuba sebaiknya.

Mencari inisiatif.

Menari buah fikiran.

Mencari cara bagaimana untuk berjaya.

Tidak sambil lewa di dalam kerja.

Apa akan jadi pada negara ini?

Saya pasti kita akan dapat melihat satu keadaan yang jauh lebih baik daripada sekarang.

Share dan sebarkan idea mudah ini kepada kenalan-kenalan anda.

Carpe diem. Seize the day.

kata-kata-semangat

Leave A Reply

Your email address will not be published.