Tarikh Peperiksaan Akauntan Gred W41

Tarikh untuk peperiksaan akauntan W41 adalah pada 4 Ogos 2012 ini. Jika anda terpilih untuk mengikuti peperiksaan akauntan W41 ini, anda boleh mengikuti panduan yang dikeluarkan.

UPDATE TAHUN 2014: Peperiksaan bermula pada 6.05.2014 pada hari Selasa. Anda boleh lihat jadual peperiksaan yang kami sediakan.

Panduan Peperiksaan Akauntan W41 2014

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kerana terpilih. Bukan senang nak terpilih untuk mengikuti peperiksaan ini!

Secara umumnya, peperiksaan ini mempunyai empat seksyen iaitu seksyen A sehingga seksyen D.

Seksyen A – Pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling.
Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah
Seksyen C – Esei Bahasa Melayu
Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris

Peperiksaan ini juga melibatkan empat (4) kertas yang berasingan.

Jika anda terpilih, anda perlu membawa:

1) surat panggilan menduduki peperiksaan.
2) IC anda.
3) pensil 2B, pen dan pemadam lembut.
4) Peralatan yang anda rasakan perlu

Anda juga perlu tahu bahawa kalkulator (mesin kira) adalah sama sekali tidak dibenarkan! Itu mengikut panduan umum oleh SPA. Mungkin ada pendapat berbeza daripada pembaca?

Jadi, good luck untuk anda dan semoga berjaya menduduki peperiksaan ini! 🙂

P.S Anda boleh baca cara jawab peperiksaan akauntan gred W41 di Kokotiam sekarang. Harap-harap apa yang saya tulis tu dapat membantu para pembaca 🙂

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *