Surat Jualan Yang Tarik Prospek Untuk Membeli?

Jawapannya mudah.

Cuba letakkan diri anda di dalam kasut pelanggan anda.

Apa perkara pertama yang ingin anda lihat?

Adakah anda ingin melihatkan surat jualan tersebut in the first place?

Tidak.

Apa yang anda nak lihat sebenarnya?

Fikir.

Eh, jangan fikir.

Rasa.

Rasa apa yang pelanggan anda ingin rasa…

Supaya dia membaca surat jualan yang anda tulis.

Jadi apa sebenarnya yang pembaca mahukan dalam setiap surat jualan yang dibaca? Adakah ia sesuatu yang komplikated dan susah difahami?

Tak.

Ia sesuatu yang anda tahu secara tidak sedar kerana anda tahu anda sendiri mahukan setiap kali anda membaca surat jualan.

Salah satu tugas berat anda semasa menulis iklan ialah untuk memastikan setiap iklan yang dibuat betul-betul kena dengan prospek. Adakah manfaat yang diutarakan di dalam surat jualan anda sama seperti apa yang prospek mahukan?

Kadang kala manfaat yang anda katakan itu mungkin menarik perhatian anda tetapi tidak menarik perhatian prospek anda. Pay close attention to that. Saya tidak perasan jika ada sesiapa yang menyatakan perkara ini. Tetapi jika anda fikir kembali dalam kebanyakan surat jualan, ia bukan senarai panjang manfaat yang menarik anda untuk membeli… tetapi ia adalah satu atau dua poin yang betul-betul menarik anda.

Dan ada juga keadaan apabila anda berasa poin tersebut too good to be true. Itu memerlukan anda untuk menerangkan dengan baik mengenai manfaat tersebut.

Manfaat yang anda ceritakan itu perlulah mudah difahami. Apabila ia mudah difahami, orang akan mudah mempercayai anda. (Itulah rahsia perniagaan Internet: membina kepercayaan orang ramai untuk membeli dari anda)

Cuba anda lihat kembali surat jualan anda. Adakah ia mempunyai semua rempah ratus yang diperlukan dalam surat jualan? Adakah anda perlu mengubahnya? Adakah anda merasakan surat jualan anda lemah. Cuba betulkan supaya anda mendapat conversion rate yang lebih tinggi.

Manfaat yang diceritakan dengan baik akan membolehkan jalan highway untuk perniagaan anda dibina. Orang datang dan beli sesenang membeli botol air yang berharga seringgit itu. Ya, mereka akan mempercayai anda lebih daripada pesaing anda.

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *