Strategi Mudah Untuk Melancarkan Produk

Pelancaran produk boleh memberi perniagaan anda kesan dramatik kepada akaun bank anda. Anda boleh mereka bentuk keseronokan untuk produk anda dan keseronokan itu akan berjangkit daripada seorang kepada seorang lagi sehinggalah anda boleh mencipta produk sehingga ribuan ringgit.

Dalam pelancaran produk terdapat beberapa perkara yang anda perlu ingat.

Pertama, prospek anda. Pelancaran produk anda akan berjaya jika cukup ramai orang yang mahu menyelesaikan masalah tersebut. Kedua, affiliate anda. Pelancaran produk selalunya memerlukan affiliate kecualilah list anda amat besar. Affiliate memerlukan sesi “hand holding” dan di sinilah kesilapan yang pernah saya lakukan. Kurangnya komunikasi saya dengan affiliate saya telah menyebabkan kegagalan produk Tulis Iklan Cepat versi pertama. Elakkan kesalahan saya dan anda dapat buat duit dengan lebih banyak.

Affiliate tidak wajib jika anda mempunyai list yang amat-amat besar (100 ribu ke atas) dan mempunyai blog yang dilawati puluhan ribu orang setiap hari.

Ketiga, sistem anda. Adakah segala skrip yang anda gunakan untuk promosi anda semuanya berjalan lancar seperti yang anda mahukan?

Cuba gunakan countdown skrip. Ia akan meningkatkan jualan dan laman web akan tertutup secara automatik selepas waktu jualan tamat.

Pastikan affiliates atau JV partner anda tahu tentang pelan pemasaran anda. Ini untuk memastikan mereka boleh mengikut pelan tersebut dan menjayakan product launch anda.

Jika anda menggunakan Google Website Optimizer (GWO), kemungkinan besar anda akan berhadapan dengan masalah “double click” jika anda menggunakan skrip affiliate lite yang selalu digunakan internet marketer tempatan. Anda patut beritahu perkara ini untuk mengelakkan affiliate anda ingat bahawa bahan promosi anda tidak berkesan sedangkan ianya adalah masalah GWO.

Saya suka emel list saya setiap hari untuk membina hubungan antara saya dengan mereka dan selalunya apabila saya emel, mereka akan memberi respon mereka yang tersendiri. Interaksi tersebutlah yang membina hubungan dan apabila hubungan kita dengan list kita seperti kita dengan kawan-kawan kita, nak jual menjadi mudah. Tak semestinya anda perlu emel setiap hari, tapi kalau boleh selalu supaya dia ingat siapa anda.

Ingat – senarai nama anda terlalu sibuk untuk mengenali anda. Jadi anda perlu cari peluang untuk memastikan dia mengenali anda. Ini akan memudahkan anda membesarkan bisnes internet anda.

Berbanding Team Flarebiz yang sudah mempunyai media coverage, anda hanya ada diri anda menolong perniagaan anda dan satu-satunya cara paling efisien dalam membuatkan ramai orang mengenali diri anda ialah perkataan yang anda tulis kepadanya.

Mungkin nasihat yang saya beri ini anda selalu dengar yakni duit ada di dalam emel tapi memang betul – kalau lagi ramai nama dan alamat emel anda ada, lagi senang anda nak jual. Sebenarnya apa yang penting ialah jumlah orang yang baca iklan anda itu. Lagi ramai orang yang berminat dengan produk itu baca, lagi banyak orang akan beli.

Asalkan anda ada cara untuk tarik orang ramai datang baca iklan anda, itu dah cukup. Anda akan merasai nikmat pendapatan dari internet apabila pelancaran produk anda berjaya.

Apabila anda ada foundation atau asas yang telah saya cakapkan dalam bab ketiga, perkara ini menjadi mudah. Darren Rowse, seorang problogger melancarkan e-book tentang menangkap gambar potrait pada harga $17-$19.95 dan menjana $72,000 dalam masa beberapa minggu sahaja. Dan itu bukan dalam niche IM. Ianya tentang menangkap gambar.

Ini menunjukkan bahawa anda boleh buat duit asalkan ada orang yang cukup ramai untuk membeli produk anda.

Ramai orang yang nak tangkap gambar potret seseorang dengan cantik dan itulah yang menyebabkan produknya disambut orang ramai. Harganya murah dan blognya dilawati oleh ramai orang serata dunia.

Asalkan ada cukup ramai orang berminat dengan produk anda dan anda tahu macam mana nak menarik mereka ke laman jualan anda, itu sudah cukup memadai.

Sentiasa ingat pada asas. Jika asas anda kukuh semua perkara boleh terjadi dan tidak mustahil anda mungkin menjadi orang pertama menjana RM1 juta dalam masa seminggu jika anda ada asas yang amat-amat kukuh menyokong perniagaan anda.

Apabila anda ingin melancarkan produk anda, setelah anda mengingati 3 perkara yang saya cakapkan dalam muka surat sebelum ini, anda perlulah bina excitement dalam produk anda.

Jika anda mendapat produk ini, kemungkinan besar bukan kerana excitement kerana saya sebenarnya gagal dalam department ini! Atas sebab tertentu, saya tidak berjaya menyiapkan produk ini sepenuhnya pada 1hb Jun 2010. Tapi tak mengapa, asalkan saya dapat membantu cukup ramai orang untuk berjaya, itu sudah cukup.

Anda pernah tak tengok filem detektif? Sherlock Holmes, Detective Conan, semuanya memberi hint kepada usahawan untuk pemasaran yang efektif. Filem Batman (The Dark Knight dan Batman Begins) pun boleh dijadikan sumber inspirasi.

Anda dapat lihat bahawa mereka tidak terus memberitahu anda siapa penjahatnya atau bagaimana jenayah dilakukan tetapi dia sedikit demi sedikit cerita tersebut mendedahkan apa yang sedang berlaku. Kadang kala kita tahu dari awal siapa penjahatnya tapi kita tak tahu macam mana jenayah itu dilaksanakan.

Itulah yang menyebabkan cerita tersebut amat menarik. Kalau anda tengok Detective Conan movie ke-9, ianya menceritakan tentang bagaimana seseorang yang biasanya tak dapat selesaikan kes iaitu Kogoro Mouri menyelesaikan kes dengan bergayanya dan dapat mengalahkan deduksi yang dibuat oleh hero cerita tersebut iaitu Shinichi Kudo.

Sama juga dengan Batman, kita didedahkan perjalanan seorang zero kepada hero dan pada klimaks cerita tersebut, orang yang telah mati, Ra’s Al-Ghaul, dikatakan mendalangi serangan ke atas Gotham City dan rupa-rupanya… anda kena tengok sendiri kalau nak tahu.

Anda boleh emel kepada list anda atau pembaca blog anda tentang produk tersebut sedikit demi sedikit dan mulakan dengan bercakap tentang masalah mereka kemudian sedikit demi sedikit anda beritahu tentang projek anda. Jangan gopoh kalau anda ingin menaikkan semangat orang untuk membeli. Anda perlu menjadi orang yang pandai menarik hati orang dan kalau anda tergopoh-gapah, anda akan dilihat sebagai seorang yang hanya mahukan duitnya dan tidak mementingkan kepentingan pembaca.

Mungkin tidak keterlaluan kalau saya cakap anda perlu jadi ninja seperti Batman kalau nak berjaya. Anda tidak boleh cakap di hadapan orang, “hei saya ada benda yang boleh saya selesaikan masalah kamu!”

Mereka dah penat. Ramai orang cuba menjual kepada mereka sesuatu. Saya sendiri walaupun seorang penulis iklan, penat menghalau salesman daripada mengacau saya. Ironi? Tidak sama sekali. Itulah sebabnya anda kena pandai menarik perhatian orang. Daripada anda mengejar orang ke sana ke mari, lebih baik anda menyediakan bahan yang cukup hebat sehingga mereka mahu datang kepada anda.

Ingat perkara ini: semua benda yang anda buat ialah pemasaran. Jadi setiap post yang anda buat di forum… setiap emel yang anda hantar kepada list anda… ialah pemasaran. Mungkin satu post itu, atau satu emel itu yang menyebabkan dia mahu membeli daripada anda dan akhirnya menjadi pelanggan setia anda selepas membeli.

Ingat, apabila anda berjaya, anda boleh mengulangi semula kejayaan tersebut berkali-kali sehingga anda boleh mencipta kejayaan yang jauh lebih besar. Kejayaan yang kecil itu akan menjadi motivasi untuk berjaya lebih besar untuk diri anda.

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *