Secawan Koko Kehidupan

Contoh Soalan Temuduga Penguasa Kastam

1

Dah lulus peperiksaan online penguasa kastam?

Tahniah!

Calon-calon yang berjaya melepasi tapisan peperiksaan online tersebut akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Keputusan sudah dikeluarkan dan setiap calon yang lulus sudah mula membuat persediaan untuk menghadapi temuduga.

Kalau nak dapatkan update dalam emel mengenai tips-tip berjaya dalam temuduga, boleh masukkan nama dan emel anda dengan klik link bawah ini:

Dapatkan Tips Kerjaya

 

Di bawah ini saya kongsikan sedikit beberapa soalan yang mungkin akan ditanya dalam soalan temuduga penguasa kastam.

1. Pernahkah cik/encik menghadiri sesi temuduga jawatan kerajaan sebelum ini?

2. Jika YA, apakah faktor yang menyebabkan cik/encik tidak berjaya dalam seisi temuduga tersebut?

3. Apakah pekerjaan cik/encik sekarang?

4. Apakah kelebihan yang cik/encik miliki berbanding calon temuduga lain?

5. Jika diterima menjawat jawatan sebagai Penguasa Kastam Gred W41, apakah sumbangan yang boleh cik/encik berikan kepada jabatan?

6. Apakah tanggungjawab dan skop kerja Pembantu Penguasa Kastam?

7. Cuba ceritakan secara ringkas prosedur untuk mengimport dan mengeksport barangan?

8. Bagi cik/encik, apakah langkah yang perlu diambil untuk mencegah aktiviti penyeludupan?

9. Adakah cik/encik sanggup kika ditawarkan bekerja di Sabah, Sarawak atau Labuan?

10. Apakah bahasa lain yang cik/encik boleh selain dari berbahasa Melayu?

11. Cik/Encik boleh berbahasa Inggeris? Cuba jawab soalan berikut dalam bahasa Inggeris.

What is the function of Royal Malaysian Customs?

12. Jabatan Kastam Diraja Malaysia bernaung di bawah kementerian mana?

13. Siapakah menteri yang menerajui kementerian tersebut?

14. Apa yang cik/encik faham tentang kawasan zon bebas cukai?

15. Apa yang cik/encik faham tentang pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)?

16. Ceritakan tentang diri dan latar belakang cik/encik. Mulakan dengan penceritaan tentang diri, keluarga, pendidikan dari peringkat sekolah hingga ke peringkat yang tertinggi sama ada diploma atau ijazah. Sertakan sekali pencapaian cik/encik dalam bidang akademik, sukan dan unit beruniform.

17. Nyatakan kerjaya cik/encik yang terkini. Kongsikan kerjaya sekarang sama ada sudah bekerja atau masih belajar. Beritahu mengapa cik/encik membuat keputusan untuk memilih kursus atau kerjaya tersebut.

18. Nyatakan nama pengarah kastam yang terkini. Ambil peluang untuk cik/encik ulangkaji siapakah nama pengarah kastam tersebut dan struktur organisasinya sekali.

19. Sebutkan tugas dan tanggungjawab kastam. Boleh tak cik/encik boleh membezakan tugas di antara penguasa kastam dan penolong penguasa kastam.

20. Baca isu semasa di Malaysia. Rujuk pada mana-mana akhbar harian yang memaparkan isu semasa di dalam dan di luar Malaysia. Lebih baik lagi jika cik/encik dapat kaitkan dengan kastam.

21. Rujuk dasar-dasar kerajaan Malaysia. Cari maklumat berkaitan rancangan dan dasar kerajaan yang sedang dan sudah dilaksanakan.

22. Mengapa cik/encik nak kerja kastam. Sebutkan minat dan alasan cik/encik untuk menyokong permohonan cik/encik untuk kerja dalam bidang ini.

23. Mengapa SPA perlukan cik/encik untuk berkhidmat dalam kerajaan. Sebutkan kebolehan diri cik/encik yang berkaitan dengan skop dan tanggungjawab kastam.

24. Jelaskan fungsi jabatan kastam di Malaysia. Setiap jabatan kerajaan di Malaysia ada fungsinya yang khusus.

25. Jenis-jenis cukai kastam. cik/encik perlu tahu dan huraikan secara ringkas. Jika dapat huraikan secara teliti adalah satu kelebihan.

26. Ambil tahu kadar cukai restoran makanan segera seperti Kentucky Fried Chicken (KFC). Berapa kadar cukai dan bagaimana kiraannya.

27. Apa kaitan kursus akademik cik/encik pelajari dengan kastam. Kaitkan dengan bijaksana bagaimana ilmu yang cik/encik miliki dapat digunakan untuk berkhidmat dengan kastam.

28. Beri contoh cukai yang cik/encik tahu. Berikan 3 hingga 5 contoh cukai dan huraiannya sekali. Terangkan secara ringkas

Share dan sebarkan info ini kepada rakan-rakan anda!

1 Comment
  1. Afiq says

    Terbaik! Terima kasih kokotiam atas perkongsian ini. Semoga membantu calon temuduga kastam w27 kali ini 🙂

Leave A Reply

Your email address will not be published.