Secawan Koko Kehidupan

Skim Cepat Kaya: Adakah Anda Dah Tertipu?

0

Macam semua orang yang gunakan emel, saya terima banyak spam setiap hari. Kebanyakannya menawarkan untuk menolong saya keluar daripada hutang ataupun jadi kaya cepat. Memang lawaklah kalau tak menarik. – Bill Gates

Ramai betul orang bertanya mengenai skim cepat kaya di dalam emel saya.

Mereka bertanyakan sama ada program bernama Z tu betul ke?

Atau program tu bagus ke?

Ada yang bertanya sama ada dah tertipu ke?

Program ni masuk dalam senarai BNM ke?

Kalau program C tak masuk dalam senarai Bank Negara Malaysia, bagus ke?

Macam-macam soalan yang orang tanya mengenai program itu ini. Tapi ya lah, program yang mereka tanya tu program yang banyak pakai duit.

Ramai orang tak nak tertipu.

Tu yang orang emel atau komen nak tahu tu.

Jadi, jom kita bercerita tentang skim cepat kaya hari ni.

Apa sebenarnya benda alah ni? Selamat ke tak nak masuk program-program ni?

Atau nanti merana tak bermakna lepas kena tipu?

Maksud skim cepat kaya menurut Wikipedia ialah:

Skim cepat kaya merupakan satu skim di mana sejumlah wang akan didepositkan atau dilaburkan kepada penganjur skim cepat kaya dangan janji dan syarat bahawa wang deposit tersebut akan dipulangkan kembali dengan faedah atau keuntungan yang dijanjikan bagi wang yang didepositkan selalunya lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan berlesen.

Janji yang selalu digunakan oleh program sebegini ialah: faedah yang jauh lagi tinggi daripada institusi kewangan berlesen.

Tapi kadang-kadang, ada program yang faedahnya tak jauh sangat dengan institusi kewangan berlesen tapi dia saja je macam tu supaya anda tak tertipu.

Macam bom masa yang menunggu untuk meletup sahaja.

Semua manfaat itu sebenarnya adalah buah-buah yang ditawarkan oleh skim cepat kaya. Buah yang sedap di makan, tapi tak semestinya tak beracun.

Entah-entah tak sampai setahun, dah mati dimakan oleh program tersebut.

Umpan, kata orang lama.

Supaya anda makan umpan tu dan anda pula yang akan menarik orang lain untuk masuk sekali.

Jadi…

Apa ciri-ciri skim cepat kaya ni?

Jom kita tengok satu demi satu apa yang ada dalam skim ni.

Membayangkan yang anda akan kaya dalam masa berbulan ataupun dalam jangka masa pendek

“Ya, kalau masuk program ini, anda boleh dapat pulangan dalam masa yang sekejap!”

Ini yang orang selalu cakap bila nak anda masuk program tu.

Dapat duit masyuk kata orang.

Akan memberitahu bakal mangsa yang jalan untuk berjaya ialah dengan mengikuti formula yang orang lain tak tahu

Dikatakan program-program ini mempunyai sesuatu teknik atau cara atau algoritma yang mampu menyebabkan mereka mendapat keuntungan yang tinggi dalam masa yang singkat.

Program ini biasanya menggunakan emas, perak, logam-logam berharga, ataupun teknologi yang baharu seperti Bitcoin untuk menjual formula mereka.

Ada yang menggabungkan logam berharga dengan teknologi menunjukkan ia sesuatu yang akan meletup di pasaran nanti.

Ada juga gunakan rumah atau hartanah sebagai “asas”.

Boleh nampak di banyak laman web!

Ya, mereka akan menyatakan bahawa mereka berada di beberapa laman web. Maksudnya macam diorang ni adalah legit. Tengok, produk kami ada di merata-rata tempat!

Bila depan mata, mereka akan cuba tekan

Cepat! Masuk cepat! Ramai orang masuk ni. Kalau tak, tak dapat masuk

Orang yang menjual skim ni akan menggunakan taktik menekan bakal mangsa untuk mendaftar secepat yang mungkin dengan menyatakan hanya beberapa tempat yang tinggal ataupun hanya ada masa tu sahaja.

Akan ada macam-macam testimonial daripada orang sebelumnya.

Ni wajib. Macam-macam nama orang yang sertai program ni dia sebut. Berapa banyak dah dapat.Wow. Hebatnya skim ni.

Kalau tak masuk, memang rugi lah.

Cuba tengok Pak Ali. Dah dapat RM4,000 dah. Baru je masuk. Tengok Pak Abu. Dia dah nak beli kereta baru dah lepas masuk skim ni.

Abang dan kakak kena cepat masuk program ni!

Kenapa jangan masuk skim cepat kaya?

Kan bagus kalau dapat jadi kaya?

Macam-macam manfaat kalau masuk.

Sedangkan, kalau tak masuk, tak dapat apa-apa.

Apadahal, sikit je.

5 ribu je. Nanti dapatlah 25 ribu. Banyak tu. 5 kali ganda.

Tak payah penat-penat, setiap bulan dapat duit. Dalam setahun, pulangan bukannya 10% tapi lebih daripada tu.

Boleh berterusan ke?

Perkara paling penting DALAM APA-APA PERNIAGAAN ialah kemampuan untuk berterusan.

Adakah asas perniagaan itu kukuh? Macam mana dengan penyata untung rugi dia? Bagus ke tak?

Produk yang dijual tu ada permintaan tak? Ataupun dia hanya jual penyertaan ke dalam program tu je?

Boleh berterusan ke benda macam ni? Mula-mula mungkin dapat.

Tapi berapa lama?

5 bulan? 6 bulan? Tengok-tengok sekejap sahaja.

Lepas tu kalau dah tak ramai orang masuk program, duit mula lambat nak masuk?

Lepas tu langsung tak nampak.

“Weh, mana duit?”

Lepas tu anda tanya orang tu.

Mestilah dia cakap macam-macam alasan.

Tapi pendek cerita rupanya satu je:

ANDA TERTIPU.

Jangan biarkan diri anda tertipu. Nak senang tu macam-macam cara, tapi bukan dengan skim cepat kaya.

Skim cepat kaya akan merugikan anda pada akhirnya.

Biasanya skim cepat kaya ini menggunakan skim ponzi. Apa tu? Jom tengok Wikipedia lagi.

Skim Ponzi adalah operasi pelaburan penipuan yang membabitkan pulangan (keuntungan) yang luar biasa besarnya kepada pelabur dari wang yang dibayar oleh pelabur berikutnya, dan bukannya dari pendapatan bersih yang dihasilkan dari sebarang business sebenar, yang dinamakan sempena Charles Ponzi. Sistem penipuan ini merupakan sistem yang dipakai oleh majoriti skim cepat kaya. Sifat semulajadi Sistem Ponzi, ia tidak akan kekal lama dan cuma menunggu masa untuk si penipu melarikan wang mangsa-mangsa yang tertipu.

Kebanyakan program yang anda nampak dan orang cuba pancing anda dengan cara begini.

Dah faham bagaimana skim cepat kaya beroperasi?

Saya ulang balik: jangan tertipu!

Ada banyak cara lagi nak buat duit atau cari duit.

Skim-skim semua ni bukanlah salah satu daripada caranya.

Kalau anda ada pengalaman mengenai skim cepat kaya, anda boleh tulis komen di bawah untuk berkongsi dengan semua pembaca Kokotiam.

 

Photo by ~ezs

Leave A Reply

Your email address will not be published.