Adakah Patut Seorang Wanita Didiskriminasi Kerana Berpuasa?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Diskriminasi di tempat kerja masih lagi berleluasa. Diskriminasi bukan dari segi perkauman. Tapi dari segi perbuatan. Perbuatan yang perfectly acceptable di tempat lain. Saya tidak ingin menyatakan tempat kerjanya. Ataupun siapakah dia, tapi cukuplah saya katakan ianya memang menyakitkan hati.

Dan ianya bukan mengenai anda membuat sesuatu, tetapi lebih kepada tidak membuat sesuatu. Apa yang saya maksudkan ialah berpuasa. Berpuasa bermakna seseorang itu akan menghindarkan perkara-perkara yang membatalkan puasa daripada terbit fajar hingga terbenam matahari. Alasan yang menyebabkan dia tidak boleh berpuasa ialah satu: performance akan berkurangan. Itulah sebab yang diberikan oleh pengurusnya.

Adakah itu alasan yang dapat diterima. Dapat diperakui oleh pihak kami bahawa berpuasa akan menyebabkan seseorang itu kehilangan sumber untuk mendapatkan tenaga selama tempoh berpuasa itu, tapi itu tidak menyebabkan seseorang itu perform di bawah tahap semasa dia tidak berpuasa.

Sekiranya dia memenuhi sesuatu objektif atau skop kerja yang diberikan, adakah patut untuk seorang pengurus menghalang pekerjanya untuk berpuasa?

Jika pengurus tersebut takut performance pekerjanya terjejas, bagaimana kalau dia membuat tawaran kepada pekeerja tersebut – kalau performance yang diberikan tidak sebaik performance semasa dia tidak berpuasa, dia perlu bertanggungjawab pada kehilangan jualan.

wanita-hijabBukankah itu lebih baik? Sekurang-kurangnya dia memberikan jalan kepada orang yang sedang berpuasa jalan untuk membuktikan bahawa kerjanya tidak terjejas disebabkan berpuasa. Seperti yang anda tahu apabila berpuasa, kita akan kurang berjalan. Kita akan kurang bergosip. Kita akan kurang melakukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah kerana kita sedang berpuasa. Setiap saat dibazirkan merupakan pembaziran tenaga. Lagi letih, lagi susahlah untuk meneruskan niat berpuasa itu.

Jadi tidak bolehkah pengurus tersebut membuat tawaran sebegitu?

Seorang pengurus perlu sedar bahawa setiap pekerja mempunyai kepercayaan yang berbeza. Untuk menguruskan orang daripada pelbagai kepercayaan, dia perlulah mengambil tahu perkara yang dititik beratkan oleh kepercayaan mereka supaya dia tahu bagaimana untuk menanganinya. Untuk bertekak dan menegakkan mitos bahawa berpuasa mengurangkan produktiviti adalah sesuatu yang tidak patut.

Jika pengurus tersebut mendapati pekerja tersebut kekurangan produktivit sewaktu bekerja, dia sepatutnya (dengan lembut) memberitahu pekerjanya bahawa apabila berpuasa, dia sepatutnya membuktikan bahawa puasa tidak mempengaruhi kekuatannya untuk bekerja. Jika ini dibuat dengan betul, perkara sebegini tidak akan berlaku.

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *