Senarai Soalan PTD 2019

Hi!

Dalam blog post ini saya senaraikan contoh soalan yang boleh keluar di dalam peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Pada tahun 2017 saya ada mengeluarkan satu senarai tapi yang ini paling terbaharu.

Saya dapat senarai ini daripada pelbagai sumber dan akan diletakkan sekali rujukan link jika ada.

Semoga membantu!

Oh kalau nak beli panduan PTD, boleh beli dari Tim Infokerjaya.

Boleh klik link ni kalau nak beli panduan PTD. Dah ramai orang berjaya dengan panduan ni!

Kalau nak dapatkan update setiap kali saya update post ni dengan senarai soalan baharu, boleh klik sini.

Peranan Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri adalah untuk 
A ) meningkatkan tahap keselamatan negara dari sebarang ancaman
B ) membangunkan infrastruktur teknologi perhubungan di Malaysia dan luar negeri
C ) memupuk semangat perpaduan yang tinggi di kalangan rakyat pelbagai bangsa di Malaysia
D ) meningkatkan kecekapan dan profesionalisme pegawai melalui latihan dan menjadi pusat penyelidikan

sumber gambar daripada Kosmo

Bagi menjalankan sesuatu pembangunan di atas sesebuah kawasan yang telah dibangunkan dengan tanaman kekal, Kerajaan boleh menggunakan kaedah _____________ bagi mendapatkan hak milik ke atas tanah berkenaan. 
A ) Perampasan Tanah
B ) Pajakan Tanah Milik
C ) Pengambilan Balik Tanah
D ) Lesen Pendudukan Sementara

Manakah antara berikut bukan contoh penggunaan Cloud Computing? 
A ) Dropbox
B ) Instagram
C ) Googe Docs
D ) E-mel rasmi Jabatan

Jabatan ini bertanggungjawab dalam pengurusan tanah supaya lebih cekap dan bermutu selaras dengan Dasar Pembangunan Negara yang merangkumi pengurusan tanah persekutuan, penyelesaian tanah dan penguatkuasaan. Peranan agensi yang dimaksudkan ialah 
A ) Pejabat Daerah dan Tanah
B ) Pejabat Pengarah Tanah dan Galian
C ) Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
D ) Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian

Apakah objektif utama Dasar Komoditi Negara, 2011-2020?
I . Memoden dan mentransformasi industri agar berdaya saing dan mampan
II . Meningkatkan pendapatan pengusaha industri termasuk pekebun kecil
III . Menjamin bekalan makanan yang mencukupi dan selamat dimakan
IV . Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan

A ) I, II dan III
B ) I, II dan IV
C ) I, III dan IV
D ) II, III dan IV

Dasar dan mekanisme pengurusan bencana negara telah diwujudkan menerusi Arahan MKN 20 oleh Majlis Keselamatan Negara. Apakah tujuan arahan ini diwujudkan? 
A ) untuk menggariskan dasar dan mekanisme pengurusan bencana secara menyeluruh
B ) untuk menjadi mekanisme dan panduan menyelamat kepada semua agensi terlibat
C ) untuk menjalankan operasi bencana agar tidak membahayakan petugas dan orang awam
D ) untuk menjadi mekanisme umum operasi menyelamat dan menyalurkan bantuan kepada orang awam bagi semua agensi

Sustainable Development Goal adalah komitmen global ke arah pembangunan yang lebih mampan, berdaya tahan dan inklusif. Berapakah matlamat dalam Malaysia Sustainable Development Goal? 
A ) 8
B ) 17
C ) 16
D ) 14

Berikut adalah kewajipan dan fungsi Pendaftar Wang Tak Dituntut (WTD) di bawah Akta Wang Tak Dituntut 1965 kecuali 
A ) Pemegang amanah terhadap WTD yang diterima.
B ) Memeriksa rekod syarikat bagi memastikan kepatuhan peruntukan Akta.
C ) Membayar balik WTD kepada empunya WTD sekiranya terdapat permohonan tuntutan.
D ) Mengenakan kompaun dan denda terhadap syarikat yang gagal mematuhi peruntukan Akta.

Pilih pernyataan yang tidak benar tentang konsep “Ketinggian Perlembagaan” di Malaysia. 
A ) Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi negara
B ) Yang di-Pertuan Agong tidak tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan
C ) Parlimen tidak boleh membuat undang-undang bagi perkara-perkara yang berada di luar bidang kuasanya
D ) Mahkamah mempunyai kuasa untuk membatalkan undang-undang yang didapati bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan

Tujuan utama pelaksanaan World Urban Forum adalah seperti berikut kecuali 
A ) Sokongan dan peningkatan kesedaran mengenai pembangunan perbandaran yang mampan
B ) Pengetahuan kolektif ke atas perbandaran yang mampan melalui debat terbuka, pertukaran pengalaman dan amalan terbaik.
C ) Koordinasi lanjutan dan kerjasama di dalam dan di antara kawasan-kawasan yang berbeza ke arah kemajuan dan pelaksanaan Agenda Habitat
D ) Penyelarasan dan perbandingan dikalangan pelaksana agenda pembandaran bagi mewujudkan polisi pembandaran yang seimbang

Manakah antara berikut bukan objektif sambutan Hari Habitat Sedunia? 
A ) Meningkatkan kesedaran masyarakat dunia mengenai keadaan petempatan manusia semasa.
B ) Komitmen global ke arah pembangunan yang lebih mampan, berdaya tahan dan inklusif.
C ) Hak setiap individu untuk memiliki tempat tinggal yang selesa.
D ) Mengingatkan masyarakat dunia mengenai tanggungjawab masing-masing terhadap masa depan penempatan manusia.

Manakah antara inisiatif berikut yang tidak dilaksanakan oleh Kerajaan dalam menangani kos sara hidup di Malaysia? 
A ) Pemberian subsidi kepada rakyat untuk barang-barang penting.
B ) Bantuan Persekolahan sebanyak RM150 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah
C ) Menyediakan kemudahan Klinik 1Malaysia di seluruh negara
D ) Menubuhkan bantuan kebajikan kepada warga tua, OKU dan ibu tunggal.

Pilih pernyataan yang salah. 
A ) Malaria adalah sejenis penyakit yang dibawa oleh nyamuk betina Anopheles
B ) Virus Zika dibawa oleh nyamuk Aedes
C ) Tuberculosis merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus
D ) Punca utama kepada penyebaran virus Rabbies dibawa oleh anjing

Siapakah yang mempunyai kuasa melantik Setiausaha Dewan Negara? 
A ) Yang di-Pertuan Agong
B ) Perdana Menteri
C ) Speaker Dewan Negara
D ) Speaker Dewan Rakyat

Malaysia bergiat aktif dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa yang membuka ruang dan jalinan kerjasama yang luas di peringkat global. Pilih pertubuhan yang tidak dianggotai oleh Malaysia. 
A ) North Atlantic Treaty Organization
B ) Non-Aligned Movement
C ) United Nation
D ) Association of Southeast Asian Nations

Semasa berlakunya sesuatu bencana dalam sesebuah kawasan, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Daerah ialah _______________ manakala Komander Operasi Bencana Daerah ialah _________________.
I . Pegawai Daerah
II . Ketua Balai Bomba Daerah
III . Ketua Polis Daerah
IV . Pegawai Keselamatan Daerah

A ) I dan II
B ) I dan III
C ) I dan IV
D ) III dan IV

Negara yang tidak melaksanakan VAT/GST sejak 10 tahun yang lalu ialah 
A ) Laos
B ) Turki
C ) Gambia
D ) Sierra Leone

Apakah pendirian Malaysia dalam menghadapi persekitaran global yang kompleks serta hubungan antarabangsa yang semakin berkembang?
I . menghormati kemerdekaan dan kedaulatan
II . sikap mencampuri urusan negara lain
III . penyelesaian masalah secara aman dan kewujudan bersama secara harmoni
IV . mengalakkan hubungan dengan kuasa-kuasa besar dunia

A ) I dan III
B ) I dan IV
C ) II dan IV
D ) III dan IV

Antara matlamat yang digariskan dalam Pelan Strategik Internet Of Things (IoT) Kebangsaan adalah
I . menjadikan Malaysia sebagai Pusat Pembangunan Serantau IoT
II . meningkatkan pembangunan modal insan bagi menyokong pertumbuhan sektor IoT
III . menyediakan ekosistem kondusif industri IoT
IV . memperkukuhkan keupayaan teknopreneur dalam lapisan perkhidmatan dan aplikasi

A ) I, II dan III
B ) I, II dan IV
C ) I, III dan IV
D ) II, III dan IV

Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB) merupakan inisiatif Kerajaan yang menawarkan pembiayaan bagi membantu syarikat-syarikat start-up melalui penyediaan geran sehingga RM500,000.00. Manakah antara berikut benar mengenai dana ini?
I . Permohonan hanya boleh dikemukakan secara atas talian
II . Pemohon hanya boleh mengemukakan satu permohonan sahaja dalam satu-satu masa
III . Dana SUPERB adalah khusus untuk usahawan yang belum pernah menerima sebarang bantuan kewangan
IV . Seorang yang bankrap tidak boleh memohon dana SUPERB

A ) I, II dan III
B ) I, II dan IV
C ) I, III dan IV
D ) II, III dan IV

Program 1AZAM diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan miskin tegar menjana peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan mereka. Agensi yang menerajui inisiatif di bawah Program AZAM Niaga adalah 
A ) Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat
B ) TEKUN Nasional
C ) Amanah Ikhtiar Malaysia
D ) Majlis Amanah Rakyat

Berikut adalah teras utama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam kecuali 
A ) Pengurusan Sisa Pepejal
B ) Pembersihan Awam
C ) Program Reduce, Reuse, Recycle
D ) Pengurusan Sisa Kumbahan

Yang mana antara berikut adalah merupakan klasifikasi dokumen terperingkat dalam Akta Rahsia Rasmi 1972.
I . Rahsia Besar
II . Embargo
III . Sulit
IV . Terhad

A ) I dan II
B ) II dan III
C ) I, II dan IV
D ) I, III dan IV

Apakah yang dimaksudkan dengan The Fourth Industrial Revolution?
I . Berbentuk siber-fizikal
II . Perkembangan Artificial Intelligent
III . Internet of Things
IV . Teknologi Automasi

A ) I, II dan III
B ) I, II dan IV
C ) I, III dan IV
D ) II, III dan IV

Pejabat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit menjalankan fungsi-fungsi di bawah kecuali 
A ) Mengawal selia industri pelaporan kredit
B ) Mengeluarkan laporan kredit pengguna
C ) Mewujudkan satu rangka kawal selia bagi agensi pelaporan kredit
D ) Menjamin perlindungan pengguna serta hak privasi data kredit pengguna

Mudah miskin merujuk kepada pendapatan bulanan isi rumah 
A ) di bawah RM940.00 dengan pendapatan per kapita di bawah RM240.00 ke bawah.
B ) di bawah RM580.00 dengan pendapatan per kapita di bawah RM140.00 ke bawah.
C ) melebihi Paras Garis Kemiskinan atau threshold di bawah RM1,500.00 bagi kawasan bandar.
D ) di antara RM1,500.00 dan kurang daripada RM3,860.00.

Sebahagian langkah amalan hijau yang sesuai dipraktiskan sebagai Green ICT di Malaysia adalah
I . membuat cetakan hanya jika diperlukan.
II . menghadkan waktu penggunaan komputer di pejabat.
III . menetapkan komputer dalam sleep mode apabila tidak digunakan.
IV . memastikan perkakasan ICT ditutup sebelum meninggalkan pejabat.

A ) I, II dan III
B ) I, II dan IV
C ) I, III dan IV
D ) II, III dan IV

28 ) Apakah peranan utama Dewan Rakyat? 
A ) Membahaskan undang-undang
B ) Meluluskan undang-undang
C ) Menggubal undang-undang
D ) Mengesahkan undang-undang

29 ) Klasifikasi terkini filem Malaysia mulai Januari 2012 dikategorikan kepada 
A ) Untuk Tontonan Dewasa dan Tontonan Umum
B ) 18SG, 18SX, 18PA dan 18 PL
C ) U, P13 dan 18
D ) U dan 18

30 ) Yang manakah merupakan jawatan tertinggi dalam perkhidmatan awam bagi Pentadbiran Kerajaan Negeri? 
A ) Setiausaha Dewan Undangan Negeri
B ) Ketua Setiausaha
C ) Menteri Besar
D ) Setiausaha Kerajaan Negeri
[03/11 20:15] Justin Peton: 31 ) Jabatan Imigresen Malaysia menyediakan perkhidmatan berikut kecuali 
A ) Mengeluarkan Visa, Pas dan Permit kepada warganegara asing yang memasuki Malaysia
B ) Mengeluarkan Pasport dan dokumen perjalanan kepada warganegara dan penduduk tetap
C ) Mengeluarkan Sijil Kerakyatan kepada bukan warganegara dan penduduk tetap
D ) Mengawal selia pergerakan keluar masuk orang di pintu-pintu masuk yang diwartakan

32 ) Susun semula aturan proses belanjawan negara mengikut susunan yang betul.
I . Pembentangan Perbelanjaan Anggaran Persekutuan di Parlimen
II . Pengeluaran Garis Panduan Penyediaan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan
III . Pengeluaran Waran Am oleh Menteri Kewangan
IV . Kelulusan oleh Menteri Kewangan dan Kabinet bagi Anggaran Perbelanjaan Persekutuan
V . Pemeriksaan dan Penyatuan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan

A ) II, V, I, IV, III
B ) II, V, IV, I, III
C ) III, II, V, I, IV
D ) III, V, II, I, IV

33 ) Pernyataan di bawah merujuk kepada konsep sesebuah Kerajaan Tempatan kecuali 
A ) bertanggungjawab terhadap hal ehwal tempatan yang telah diwakilkan kuasa tempatan.
B ) bertaraf lebih rendah daripada Kerajaan Pusat atau Pihak Berkuasa Negeri.
C ) mempunyai kuasa autonomi penuh dalam bidang kewangan dan pentadbiran.
D ) memberi kemudahan dan perkhidmatan kepada penduduk sesebuah kawasan.

34 ) Manakah antara berikut tidak membentuk dan mempengaruhi hubungan luar Malaysia? 
A ) Ciri-ciri Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan
B ) Lokasi Malaysia yang strategik di Asia Tenggara
C ) Demografi penduduk yang unik
D ) Ideologi politik

35 ) Bilakah urusan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya boleh dimulakan? 
A ) Setiap tahun
B ) Selepas lima tahun
C ) Selepas lapan tahun
D ) Bila-bila diperlukan
36 ) Yang manakah bukan faedah pelaksanaan program Skim Latihan 1Malaysia kepada para graduan? 
A ) Mendapat latihan insaniah dan latihan di tempat kerja
B ) Meningkatkan nilai kebolehgajian graduan dalam pasaran kerja
C ) Mendapat kemudahan elaun sebanyak RM 1,500.00 dari syarikat
D ) Mendapat pendedahan dan pengalaman kerja di syarikat terkemuka

37 ) Apakah tujuan penubuhan Bomba Sukarela? 
A ) Mengawal pili bomba yang terdapat di kawasan masing-masing
B ) Penubuhan pasukan pemadaman dan penyelamat bagi mengambil tindakan segera jika berlaku kebakaran
C ) Mengeratkan koordinasi dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta agensi- agensi lain berkaitan keselamatan kebakaran
D ) Memberikan khidmat nasihat kepada masyarakat setempat terhadap bahaya-bahaya dan langkah-langkah pencegahan kebakaran

38 ) Agensi yang ditadbir di bawah Kementerian Dalam Negeri adalah 
A ) Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Polis Diraja Malaysia
B ) Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Polis Diraja Malaysia
C ) Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Polis Diraja Malaysia
D ) Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Polis Diraja Malaysia

39 ) Apakah tujuan dan objektif pelaksanaan Mystery Shopping yang dijalankan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri? 
A ) Menilai dan memantau prestasi penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan
B ) Mewujudkan pentadbiran Kerajaan dan Perkhidmatan Awam yang cekap
C ) Mengatasi masalah-masalah dan kelemahan antaranya pengurusan kewangan Kerajaan
D ) Mengenal pasti kelemahan dan masalah pelaksanaan usaha-usaha kemajuan pentadbiran

40 ) SPAM boleh mendedahkan anda kepada virus, phishing dan spyware. Langkah-langkah berikut perlu dilakukan apabila menerima SPAM, kecuali 
I . menggunakan perisian anti-spam.
II . memadamkan e-mel tanpa membukanya.
III . membalas e-mel supaya menghentikan perbuatan tersebut.
IV . membuka lampiran e-mel selepas diimbas dengan perisian antivirus.

A ) I sahaja
B ) II dan III
C ) III dan IV
D ) II, III dan IV
[03/11 20:22] Justin Peton: 41 ) Manakah antara berikut merupakan inisiatif Kerajaan Persekutuan dalam membantu golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah?
I . Program Perumahan Rakyat
II . Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia
III . Projek Perumahan Terbengkalai
IV . Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia

A ) I dan II
B ) I dan III
C ) I, II dan III
D ) I, II dan IV

42 ) Berikut adalah teras strategik RMK-11 kecuali 
A ) Meningkatkan pembangunan modal insan untuk negara maju
B ) Merekayasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan kemakmuran
C ) Menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan
D ) Meningkatkan taraf isi rumah B40 ke arah masyarakat kelas menengah

43 ) Manakah antara berikut tidak tersenarai sebagai barang kawalan di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan?
I . Bahan api diesel
II . Kayu getah
III . Besi
IV . Daging mentah

A ) I dan II
B ) II dan III
C ) II dan IV
D ) III dan IV

44 ) Apakah yang melayakkan seseorang untuk keluar mengundi sewaktu pilihan raya di Malaysia?
I . Warganegara Malaysia
II . Berdaftar sebagai pemilih
III . Penduduk Tetap
IV . Berusia 21 tahun ke atas

A ) I, II dan III
B ) I, II dan IV
C ) I, III dan IV
D ) II, III dan IV

45 ) Berdasarkan kempen Pengasingan Sisa Pepejal di Punca mengapakah seseorang individu itu perlu melaksanakan pengasingan sisa pepejal di punca?
I . mengelakkan pembuangan bahan yang boleh dikitar semula
II . mengurangkan peruntukan wang negara untuk proses pelupusan sisa pepejal
III . mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dihantar ke tapak pelupusan
IV . mengelakkan pencemaran bau oleh bahan yang merupakan sisa sesebuah isi rumah

A ) I dan III
B ) II dan IV
C ) I, II dan III
D ) II, III dan IV

46 ) Manakah antara berikut bukan agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia? 
A ) Jabatan Pembangunan Kemahiran
B ) Mahkamah Perusahaan Malaysia
C ) Pertubuhan Keselamatan Sosial
D ) Institut Sosial Malaysia

47 ) Program Transformasi Ekonomi yang berteraskan kepada fokus dan daya saing telah merangkumkan beberapa Bidang Ekonomi Utama Negara. Nyatakan jumlah Bidang Ekonomi Utama Negara yang telah dikenal pasti. 
A ) 11
B ) 12
C ) 13
D ) 14

48 ) Apakah asas yang diguna pakai oleh Malaysia dalam menangani isu pelarian Rohingya? 
A ) Dasar kemanusiaan
B ) Prinsip persaudaraan ASEAN
C ) Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967 PBB
D ) ASEAN : 1Visi 1Identiti 1Komuniti

49 ) Ciri-ciri utama Transformasi Nasional 2050 (TN50) ialah
I . bersifat kolektif dari segenap lapisan masyarakat
II . merupakan inisiatif jangka panjang
III . merupakan inisiatif jangka sederhana
IV . transformasi merangkumi pelbagai bidang dari Ekonomi, Alam Sekitar dan lain-lain

A ) I, II dan III
B ) I, II dan IV
C ) I, III dan IV
D ) II, III dan IV

50 ) Berikut adalah fokus trend yang diberi tumpuan dalam TN50, kecuali 
A ) Alam sekitar
B ) Ekonomi
C ) Teknologi
D ) Keselamatan

Luas suatu permukaan objek berbentuk segiempat sama ialah 1296 sentimeter persegi. Jika didapati luas imej segiempat sama itu berukuran 324 sentimeter persegi, apakah skala pembesarannya? 
A ) 1/2
B ) 1/3
C ) 1/4
D ) 1/5

Jaja, Jiji, Jojo, Juju dan Jijo masing-masing mempunyai 2 ekor haiwan peliharaan. Salah seorang daripada mereka tidak mempunyai kucing. Juju dan Jijo mempunyai kura-kura. Jojo memiliki kucing. Jaja, Jiji dan Jijo mempunyai ikan emas. Siapakah yang mempunyai ayam? 
A ) Jiji
B ) Jojo
C ) Jijo
D ) Juju

Zul berumur 3 tahun 10 bulan lebih tua daripada Zack. Zam berumur 6 tahun 8 bulan lebih tua daripada Zack. Jika Zul berumur 17 tahun 4 bulan, berapakah umur Zam? 
A ) 22 tahun 4 bulan
B ) 16 tahun 8 bulan
C ) 18 tahun 4 bulan
D ) 20 tahun 2 bulan

Pilih pernyataan yang benar.
I . Poligon ialah sebuah pentagon.
II . 5 ialah faktor bagi 10.
III . 144 adalah kuasa dua sempurna.
IV . 10 adalah gandaan bagi 100.

Pilih pernyataan yang benar.
I . Poligon ialah sebuah pentagon.
II . 5 ialah faktor bagi 10.
III . 144 adalah kuasa dua sempurna.
IV . 10 adalah gandaan bagi 100.

A ) I dan II
B ) I dan III
C ) II dan III
D ) II dan IV

Diberi bahawa p berubah secara langsung dengan (q2 +3) dan p = 10 apabila q = 1. Hitung nilai p jika q = 5. 
A ) 14
B ) 28
C ) 50
D ) 70

Diberi kecerunan satu garis lurus ialah –3/2 dan pintasan-y ialah 12. Hitungkan nilai bagi pintasan-x. 
A ) -12
B ) -8
C ) 8
D ) 12

Terdapat 4 buah fail di atas meja seorang pegawai. Fail E lebih berat dari fail F. Fail G pula lebih ringan daripada fail D. Fail F lebih berat dari fail D. Jika pegawai itu perlu menyusun fail tersebut dengan fail yang terberat berada di kedudukan paling bawah, susunan fail-fail tersebut dari atas adalah 
A ) D, F, G dan E.
B ) E, F, D dan G.
C ) G, D, F dan E.
D ) F, E, D dan G.

Sebuah bakul mengandungi 10 helai tuala biru, 15 helai tuala kuning, 18 helai tuala hijau dan beberapa helai tuala ungu. Jika satu tuala diambil secara rawak kebarangkalian mendapat tuala kuning ialah 1/4, maka cari kebarangkalian mendapat tuala bukan biru? 
A ) 2/3
B ) 5/8
C ) 4/9
D ) 5/6

Badrul menaiki lif dari lobi ke tingkat 10. Semasa dalam tempoh tersebut lif telah berhenti 4 kali dengan purata masa yang diambil setiap kali berhenti ialah 45 saat. Purata kelajuan pergerakan lif ialah 5km/j. Berapakah masa yang diambil untuk Badrul sampai ke destinasinya jika ketinggian setiap tingkat adalah 4 meter? 
A ) 4 minit 28 saat
B ) 4 minit 12 saat
C ) 3 minit 29 saat
D ) 3 minit 48 saat

Manakah antara berikut merupakan nombor yang boleh ditolak daripada 3535 dan akan memperolehi kuasa dua sempurna? 
A ) 59
B ) 54
C ) 47
D ) 35

Himpunan digit yang manakah bukan dalam kumpulan yang sama? 
A ) 3 0 0 3 1 1 0 0 3
B ) 3 3 5 5 2 5 2 2 3
C ) 4 6 5 6 5 4 6 4 5
D ) 0 0 3 3 3 2 2 1 1

Panjang sisi sebuah taman permainan kanak-kanak yang berbentuk segitiga bersudut tegak adalah dalam nisbah 3:4:5 dan ukuran kelilingnya ialah 180m. Cari luas taman itu dalam meter persegi. 
A ) 2700
B ) 2250
C ) 1687
D ) 1350

Kelab Sukan & Kebajikan Syarikat ABC mempunyai 200 orang ahli. Pada tahun 2016, seramai 80 orang ahli telah membayar baki yuran tahun 2015 dan 120 orang ahli membayar yuran 2016. Sehingga 31 Disember 2017, seramai 30 orang ahli membayar yuran tahun 2016 dan 50 orang ahli membayar yuran 2017. Sekiranya yuran tahunan ahli adalah RM50, kira jumlah yuran tertunggak seperti pada 31 Disember 2017. 
A ) RM2,500
B ) RM7,500
C ) RM10,000
D ) RM20,000

Permudahkan persamaan di bawah
(5n2 + mn) x [2m / n2 (m + 5n)] 
A ) 2m / n
B ) 2m / m + 5n
C ) 2m / n2
D ) m / n

Hezri memandu kereta dengan purata kelajuan 80 km/j sepanjang 52 km. Kemudian dia singgah membeli barang selama 45 minit. Dia meneruskan perjalanan dengan purata kelajuan 110 km/j hingga ke destinasi yang 2 kali ganda jauhnya daripada perjalanan sebelumnya. Berapakah masa yang diambil dari dia mula memandu hingga sampai ke destinasi pada hari itu? 
A ) 3 jam 11 minit
B ) 2 jam 21 minit
C ) 3 jam 27 minit
‌D ) 2 jam 45 minit

Banyak kan contoh soalan PTD 2019 ni? Harap dapatlah membantu tuan puan menjawab soalan.

Kongsikan dengan kawan-kawan supaya boleh discuss macam mana nak jawab soalan dengan mudah!

Nak dapatkan panduan PTD yang ada nota ringkas dan contoh soalan? Ketik link ni untuk maklumat lanjut.

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *