Senarai Pokemon dalam Pokemon Go

Macam yang semua tahu sekarang, Pokemon Go sudah boleh dimuat turun di App Store dan Play Store.

Ramai orang yang bercakap mengenainya. Boleh dikatakan banyak juga kontroversi mengenai permainan Pokemon ni. Ada yang siap kata haram main permainan ni. Ada sampai 2 muka surat panjang sebab musabab kenapa orang Islam tak boleh main Pokemon. Ada negara yang telah โ€˜banโ€™ permainan ini iaitu Iran. Selain daripada mufti di Malaysia, di Arab Saudi juga ada yang menyatakan Pokemon Go adalah haram.

Yay! Dah boleh main dah Pokemon Go di Malaysia!
Yay! Dah boleh main dah Pokemon Go di Malaysia!

Walaupun ada macam-macam tentangan, dah 50 juta orang memuat turun permainan ini.

Ada laporan yang menyatakan bahawa Pokemon Go boleh membantu budak dengan autisma dan Asperger.

Selain daripada Malaysia, ada beberapa negara lain yang turut boleh memuat turun ke dalam telefon mereka iaitu Kemboja, Brunei, Kepulauan Solomon, Laos, Indonesia, Filipina, Thailand, Singapura, Vietnam, Taiwan, Papua New Guinea, Fiji, Persekutuan Mikronesia dan Palau.

Malangnya tak semua telefon boleh menggunakannya. Ada sesetengah yang tidak mampu menampung Pokemon Go. GPS juga perlu dibuka.

Kalau anda salah seorang yang sedang bermain permainan ni, berhati-hati ya. Jangan melintas jalan tanpa tengok kiri kanan ya?

Inilah senarai monster yang saya dah tangkap setelah 24 jam bermain Pokemon Go.

Senarai Pokemon saya di dalam Pokemon Go
Senarai Pokemon saya di dalam Pokemon Go

Apa yang saya tahu ialah terdapat 151 pokemon di dalam versi ini. Anda macam mana? Berapa banyak Pokemon anda dah tangkap sekarang ni?

Di dalam post ini juga saya senaraikan Pokemon yang ada dalam Pokemon Go. Gotta catch them all!

Pada AwalnyaEvolusi #1Evolusi #2Evolusi #3
BulbasaurIvysaurVenasaur
CharmanderCharmeleonCharizard
SquirtleWartotleBlastoise
CaterpieMetapodButterfree
WeedleKakunaBeedrill
PidgeyPidgeottoPidgeot
RattataRaticate
SpearowFearow
EkansArbok
PikachuRaichu
SandshrewSandslash
Nidoran (f)NidorinaNidoqueen
Nidoran (m)NidorinoNidoking
ClefairyCleafable
VulpixNinetales
JigglypuffWigglytuff
ZubatGolbat
OddishGloomVileplum
ParasParasect
VenonatVenomoth
DiglettDugtrio
MeowthPersian
PsyduckGolduck
MankeyPrimeape
GrowlitheArcanine
PoliwagPoliwhirlPoliwrath
AbraKadabraAlakazam
MachopMachokeMachamp
BellsproutWeepinbellVictreebell
TentacoolTentacruel
GeodueGravelerGolem
PonytaRapidash
SlowpokeSlowbro
MagnemiteMagneton
Farfetch'd
DoduoDodrio
SeelDewgong
GrimerMuk
ShellderCloyster
GastlyHaunterGengar
Onix
DrowzeeHypno
KrabbyKingler
VoltrobElectrode
ExeggcuteExeggutor
CuboneMarowak
Hitmonlee
Hitmonchan
Lickitung
KoffingWeezing
RhyhornRhydon
Chansey
Tangela
Kangaskhan
HorseaSeadra
GoldeenSeaking
StaryuStarmie
Mr. Mime
Scyther
Jynx
Electabuzz
Magmar
Pinsir
Tauros
MagikarpGyarados
Lapras
Ditto
EeveeVaporeon (Guna Water Store)Jolteon (Guna Thunderstore)Flareon (Guna Fire Store)
Porygon
OmanyteOmastar
KabutoKabutops
Aerodactyl
Snorlax
Articuno
Zapdos
Moltres
DratiniDragonairDragonite
Mewtwo
Mew

Macam saya cakap sebelum ini, sekarang ini terdapat sebanyak 151 pokemon semuanya tetapi tidak mustahil ianya akan bertambah daripada semasa ke semasa.

Anda dah tangkap banyak mana? Hari pertama je saya dapat tangkap berbelas, tapi selepas tu langsung tak. ๐Ÿ™

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *