Secawan Koko Kehidupan

Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan 2017

0

Adoi… kenapalah kita kena bayar cukai kan?

Ramai orang mesti fikir sebegitu.

Tapi nak tak nak, walau apa pun pegangan politik anda, cukai adalah sesuatu yang perlu dan tak dapat dielak.

Bak kata Einstein, mati dan cukai je lah dua benda yang takkan berubah dalam dunia ini. Pasti ada.

Jadi, dalam post ni saya nak perincikan senarai pelepasan cukai pendapatan yang boleh anda dapat untuk taksiran tahun 2017 ini.

  
Individu dan saudara tanggunganRM9,000
Individu kelainan upaya (tambahan)RM6,000
Isteri / suami / bayaran alimoni kepada bekas isteriRM3,000
Isteri / suami kelainan upayaRM3,500
Belanja rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapaRM5,000
Belanja membeli alat sokongan asas untuk individu kelainan upaya (diri sendiri, pasangan, anak atau ibu bapa)RM6,000
Belanja perubatan penyakit serius atau kronik (termasuk belanja pemeriksaan penuh perubatan terhad kepada RM500 untuk diri sendiri, pasangan atau anak).

  • Kanser

  • Serangan jantung

  • Pulmonary Hypertension

  • Sakit Buah Pinggang Kronik

  • Sakit Hati (Liver) Kronik

  • Fulminant Viral Hepatitis

  • Tumor dan Kecacatan Pembuluh Darah di Otak

  • Melepuh dan Melecur Kebakaran Yang Keterlaluan

  • Pemindahan Organ Utama

  • Sindrom Parkinson

  • HIV & AIDS

  • Pemotongan Kaki / Tangan

  • Kederaan Kepala Akibat Kemalangan

  • Penyakit Kulit Kronik

  • Penyakit Mental

  • Diabetes Mellitus

  • Talasemia Major

  • Rheumatology

  • Leukemia

RM6,000
Yuran pendidikan (sendiri)

  • Kursus yang layak bagi peringkat Sijil / Diploma / Sarjana Muda - Undang-undang, Perakaunan, Kewangan Islam, Teknikal, Vokasional, Industri, Saintifik atau Teknologi

  • Kursus yang layak bagi Peringkat Sarjana / PhD - sebarang bidang atau kursus kajian

  • TIDAK LAYAK bagi yang menerima biasiswa

RM5,000
Belanja pembelian buku, jurnal, majalah atau penerbitan (dalam bentuk hardcopy atau elektronik tetapi tidak termasuk surat khabar atau bahan bacaan terlarangRM1,000
Pembelian komputer peribadi atau individu (dibenarkan 3 tahun sekali)

  • LAYAK untuk komputer meja, komputer riba, notebook dan ultrabook

  • TIDAK LAYAK untuk tablet, telefon pintar, komputer hybrid

RM3,000
Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) untuk anak
  • Jumlah simpanan dalam tahun 2015 tolak Jumlah pengeluaran dalam tahun 2015
RM6,000
Pembelian peralatan sukan (jenis sukan seperti di Akta Pembangunan Sukan 1997).


TIDAK LAYAK untuk pembelian pakaian sukan dan kasut sukan
RM300
Faedah pinjaman perumahan

  • Layak pelepasan sehingga RM10,000 setiap tahun asas untuk 3 tahun berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula dibayar

  • Syarat kelayakan:


    1. Pemastautin warganegara Malaysia

    2. Pembelian rumah kediaman terhad kepada satu unit sahaja dan tidak disewakan

    3. Perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10.03.2009 - 31.12.2010


RM10,000
Pelepasan anak

  • a) Bawah 18 tahun

  • 18 tahun dan ke atas:


    1. b) Bersekolah

    2. c) Belajar di Institusi Pengajian Tinggi

    3. d) Anak kelainan upaya

    4. e) Anak kelainan upaya yang belajar di Institusi Pengajian Tinggi


a) RM1,000
b) RM1,000
c) RM6,000
d) RM6,000
e) RM12,000
KWSP dan Insurans Nyawa (diri sendiri dan pasangan)RM6,000
Skim persaraan swasta dan anuiti tertunda yang diluluskan oleh Suruhanjaya SekuritiRM3,000
Insurans perubatan dan pendidikan (diri sendiri, pasangan dan anak)RM3,000
Pelepasan khas
  • Layak diberikan jika pendapatan agregat tidak melebihi RM96,000 dan terhad kepada pendapatan bercukai
RM2,000

Ada 18 semuanya. Ini berdasarkan taksiran tahun 2016. Untuk 2017, ada lagi sedikit tambahan.

Dalam Bajet 2017, Perdana Menteri ada cerita pasal pelepasan cukai gaya hidup meliputi pembelian akhbar arus perdana, telefon pintar dan tablet, langgan internet dan bayaran keahlian gimnasium.

Pelepasan ini diberi sehingga RM2,500 dan bermula pada tahun taksiran 2017.

Ada apa-apa lagi pelepasan yang saya tinggal? Boleh kongsikan di sini!

Leave A Reply

Your email address will not be published.