Senaman Yang Boleh Buat Di Depan TV

Apa senaman yang boleh buat depan TV?

Tak payah gerak di mana-mana. Buat sahaja bila iklan datang. Apa senaman yang boleh buat macam tu? Di bawah ini saya senaraikan lima senaman yang boleh anda buat.

senam-depan-tv
Maksimakan penggunaan masa anda.

1. Angkat Kaki Anda

Angkat Kaki Anda. Biarkannya tergantung. Cuba buat selama mana yang mungkin. Anda akan melatih kaki anda terutama sekali di bahagian bawah peha anda. Buat cukup lama dan anda akan rasa seperti bahagian bawah peha (dan peha anda) seperti membakar. That’s good.

Buat sebanyak mana yang anda boleh. Sampai iklan habis ke.

2. Buat Crunches

Yang ini anda boleh buat perlahan-lahan. Buat sepuluh kali kemudiannya rehat. Sepuluh kali, rehat. Buat berkali-kali. Jangan buat sampai dah tak boleh buat. Buat maksima sehingga anda rasa macam anda sudah capai 80% kemampuan diri. Ini akan melatih bahagian abdomen anda. Senaman ini patut dibuat paling akhir sekali kalau anda ingin membuat lain-lain senaman.

Variasi senaman ini ialah side couch crunch.

Cuba tengok senaman di bawah:

3. Floor Scissor Abs

Ini anda kena buat di atas lantai. Ini juga senaman yang akan melatih abs. Pertama, anda baring di lantai. Kemudian, angkat kaki kanan anda sehingga betul-betul 90 darjah. Kemudian turunkan sedikit demi sedikit sehingga kaki anda berada di lantai. Kemudian angkat kaki sebelah kiri pula. Buat sehingga sepuluh kali.

Anda boleh letakkan tangan anda di lantai untuk menyokong badan anda.

Scissors Abs
Sumber gambar: Pop Sugar

4. Wall Squats

Sambil tengok cerita pun boleh buat ni. Anda sandar ke dinding. Kemudiannya perlahan-lahan turunkan badan anda sehinggakan anda berada dalam posisi seperti duduk di atas kerusi.

Cuba buat posisi ni selama 10 saat kemudiannya rehat selama seminit. Kemudian ulang dan ulang lagi. Sehingga 10 kali.

5. Berpusing-pusing Semasa Duduk

Letak tangan di pinggan anda kemudiannya pusing ke kiri perlahan-lahan. Kemudiannya pusing ke kanan perlahan-lahan. Ini sangat mudah. Anda boleh buat berkali-kali kalau nak.

Banyak kan senaman yang boleh buat depan TV? Tak payah keluar rumah pun boleh bersenam.

Senaman sebenarnya adalah untuk memastikan setiap otot anda bekerja. Walaupun ada senaman di atas adalah sangat mudah, ia memastikan anda tidaklah hidup secara pasif.

Kalau anda perlukan lebih banyak tips tips kecergasan dan kesihatan, anda boleh klik butang di bawah untuk mendapatkan tips terus ke dalam emel anda.

Klik Untuk Tips Percuma Kuruskan Badan & Bina Badan

 



Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca dan suka membuat sesuatu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *