Apa Yang Perlu Anda Sediakan Sebelum Menyewakan Rumah Anda

0

Dah ada rumah? Nak sewakan rumah tu?

Sekiranya anda sudah memiliki sebuah rumah (dan tak duduk rumah tu), langkah terbaik untuk tambah duit dalam poket adalah dengan menyewakannya kepada orang lain.

Tidak kiralah jika anda mempunyai banyak rumah sekalipun, tetapi tidak bijak menguruskannya lambat laun ia boleh mendatangkan kerugian kepada anda sendiri.

Hal ini kerana pelaburan hartanah bukan sahaja untuk dijadikan aset semata-mata, tetapi anda boleh berusaha untuk berfikir bagaimana mahu menjana wang daripadanya.

#1 Persediaan Surat Perjanjian

Menyewakan rumah kepada orang lain tanpa menyediakan sebarang surat perjanjian boleh mengundang banyak risiko.

Sekiranya tidak ada sebarang perjanjian sah, maka pemilik boleh mengundang risiko sama ada penyewa melarikan diri, ataupun perabot rumah dibawa keluar.

Surat perjanjian juga mampu dijadikan sebagai satu bukti kepada pihak berkuasa terutama mahkamah sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.

Antara kandungan surat perjanjian yang boleh dimasukkan adalah seperti jaduan pembayaran, penjagaan infrastruktur rumah.

Boleh google surat perjanjian kalau tak tahu.

Namun ada satu perkara lagi pemilik rumah terlepas pandang, iaitu memasukkan perjanjian tentang pelepasan tanggungjawab pemilik sekiranya berlaku sesuatu kejadian.

Antara benda yang anda boleh masukkan (tapi jangan gelak): mengenai serangan nyamuk Aedes.

Penyewa boleh mengemukakan saman sekiranya pemilik gagal menyediakan kawasan yang selamat. Itu penting surat perjanjian.

#2 Penerimaan Pembayaran Deposit Dan Utiliti

Pemilik boleh berhadapan dengan risiko sekiranya menyewakan rumah tanpa mengambil sebarang deposit.

Antara kerugian besar yang terpaksa diterima oleh pemilik adalah bekas penyewa meninggalkan bil-bil lama tertunggak mencecah ribuan ringgit.

Deposit juga boleh membantu pemilik melancarkan aliran tunai terutama apabila penyewa gagal menjelaskan yuran sewaan pada bulan tersebut.

#3 Penstrukturan Hartanah

Bagi menjamin keselesaan penyewa, pemilik rumah tu kena menyediakan infrastruktur seperti kipas angin, lampu dan lain-lain lagi.

(Tapi kalau ada penghawa dingin lagi bagus! hehe)

Antara teknik untuk menaikkan kadar sewa ialah, anda boleh tambah bilangan perabot utama di dalam rumah.

Antaranya seperti TV LCD (sekarang ni 32 inci sekitar RM1,500 semasa saya tulis post ni), ruang dapur, meja makan, katil, tilam dan sebagainya.

Penyediaan aset sebegini merupakan satu pelaburan yang bagi saya amat berbaloi.

#4 Temuduga

Kebiasaannya sesi temuduga hanya dijalankan bagi individu yang mahu mencari pekerjaan, tetapi ia juga boleh diserapkan dalam aspek pencarian penyewa.

Bagi mencari penyewa yang berkualiti, pemilik perlu mengadakan temuduga ringkas bagi mengenalpasti tentang identiti penyewa, pekerjaan dan sebagainya.

Bayangkan, betapa berisiokonya sekiranya anda menyewakan hartanah kepada penjenayah tanpa anda sedari.

Siapa sangka kan?

Leave A Reply

Your email address will not be published.