Saman Ekor

Saman ekor merupakan penahanan dan pemakluman serta pengakuan pengguna jalan raya itu memang berat sebelah dan membebankan. Hal ini bertambah bercelaru apabila pemilik kenderaan tidak memandu atau tiada di tempat yang dirakamkan kesalahan jalan raya itu dikenakan pendakwaan kerana dianggap bertanggongjawab terhadap kenderaannya. Ini turut melahirkan pelbagai masalah kerana ada pemilik kenderaan yang telah terjual lama tetapi masih belum bertukar nama menjadi mangsa. Selain itu, saman ekor memberi 1001 masalah kepada pemilik kenderaaan kerana kebanyakkan pemilik tidak sedar mereka telah dikenakan saman.

Secara jujur, kami di Kokotiam merasakan undang-undang saman ekor adalah terlalu barbaric  dan mirip kepada law of the jungle. Sebagai rakyat Malaysia, sudah tentu kita ingin undang-undang yang lebih adil dan memberi hak kepada setiap lapisan masyarakat. Apabila kita berfikir secara lebih mendalam adakah saman ekor ini cara bagi kerajaan untuk mengaut keuntungan daripada rakyat? Kami di Kokotiam ingin mahu para pembaca untuk membuka minda mengenai isu saman ekor dan janganlah kita terus menjadi ibarat seperti keldai yang ditarik tali oleh tuannya. Hanya mampu mengikut tapi tidak diberi peluang untuk memilih cara hidup sendiri. Semoga terdapat angin perubahan agar saman ekor terus lenyap dari bumi Malaysia tercinta ini.

Diterbitkan oleh

Albert

Founder Kokotiam

2 padangan di “Saman Ekor”

  1. Setuju..saman ekor memang menyusahkan..aku pernah terpaksa bayar saman yang sah2 aku tak ada kat tempat yang tercatat kononnya aku kena saman tu..memang ‘law of the jungle’ !

  2. betul tu…kata dah mansuh.tup2 tgk surat sampai umah. apa ni cakap talak selupa bikin

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *