Robot Gergasi Transformers 3: Dark of the Moon

Baru-baru ini saya baru sahaja menonton Transformers 3 dengan keluarga saya. Saya dari umur 5 tahun dah minat robot-robot ni. Mula dari Power Rangers dan apa-apa yang keluar di TV dengan ada robot di dalamnya. Gundam Seed (termasuk Destiny), Gundam 00, Zoids dan macam-macam lagi.


(Orang di atas tidak ada di dalam movie ini ya! Gambar oleh evilhomer12345)

Dan Transformers merupakan filem robot gergasi terbaru yang menyerang panggung wayang di seluruh dunia yang tidak anti-Transformers. Dalam Transformers 3 ni tidak ada megan fox, yang muncul dalam dua file transformers sebelumnya, dan digantikan oleh newcomer iaitu Rosie Huntington-Whiteley, yang agak hot tetapi lakonannya kurang mantap berbanding Megan Fox.


(Kredit gambar: Caliban 7)

Ceritanya begini (spoiler ahead!):

Masa dulu, masa Amerika lancarkan misi untuk hantar orang ke bulan, Neil Armstrong (orang pertama menjejakkan kaki ke bulan) dan rakannya Buzz Aldrin mempunyai misi rahsia untuk melihat satu kawasan yang telah mengalami satu impak.

Impak tersebut datang daripada planet Cybertron di mana satu spaceship cuba melarikan diri tapi ditembak dan mengalami kerosokan teruk.

Dan spaceship tersebut telah melalui wormhole dan sampai ke bulan dan mengakibatkan impak yang dikesan sampai ke bumi.

Jadi Neil dan Buzz pergi ke kawasan yang berlakunya impak tu dan terjumpa satu kapal yang sudah rosak teruk dan orang di dalamnya sudah mati. Setelah mereka melihat sekali lalu (dan mengambil beberapa benda), mreka pun balik.

Lepas tu… anda kena tengok sendiri. Cerita tu panjang mana, cuma banyak meletup, gaduh-gaduh. Plot dia simple, tapi kalau saya ceritakan terus di sini, tak seronok pula kan? Pokoknya ialah, Optimus Prime cedera AMAT TERUK, Megatron (ya… dia masih hidup), dan Prime Sentinel akan berlaga.

Dan hasilnya ialah, dengan RM13 (atau RM10), anda boleh tengok cerita selama 2 jam 20 minit ini. Ianya berbaloi untuk semua orang yang suka cerita Transformers.

Dengar cerita inilah filem terakhir Transformers yang diarahkan oleh Michael Bay. Jika ada filem baru dalam franchise ini, mungkin ianya akan diarahkan oleh orang lain. Jadi, boleh dikatakan inilah penutup cerita Transformers untuk Michael Bay.

Secara overall ceritanya agak best. Walaupun ada ayat yang terlampau cliche sampai nak tergelak saya dengar, tapi secara overall saya suka, terutama sekali dengan kepoweran Shockwave.

Sekarang Mercedez pun dah menjadi penjahat. Apa pun, tengok cerita ni di panggung wayang terdekat! Worth every cent.

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *