Apa The Secret Life of Walter Mitty Ajar Saya

Baru-baru ni tengok movie ni. Secret Life of Walter Mitty. Movie ini mengenai Walter yang tidak pernah mengembara.

AMARAN: Banyak spoiler dalam ni!

Jika anda perlukan penaik semangat, movie ini boleh membantu. Cuba tengok trailernya:

Ada beberapa perkara yang saya belajar dalam movie ini. Antaranya ialah:

1. Mengambil peluang yang datang pada kita

Apabila peluang datang kepada kita, kita perlu mengambil peluang itu. Kalau kita tidak ambil peluang itu, macam mana kita nak tahu sama ada berhasil ataupun tidak kan?

Itu yang cuba disampaikan melalui watak Walter Mitty ni. Mula-mula ingat cerita ni akan membosankan, tetapi terfikir saya dibuatnya. Hidup ni entah berapa banyak peluang yang datang memanggil… Malangnya tak mengikut panggilan peluang tersebut.

Ada kawan ajak mengembara… Ada duit… Tapi tak pergi.

Ada syarikat… Panggil… tak pergi.

Prospek bersedia nak bagi duit dekat kita… Tanya… Tak pergi.

Peluang itu kadang-kadang datang hanya sekali dan jika peluang itu dilepaskan… tak dapatlah kita akan peluang itu.

2. Kadang-kadang kita tidak boleh menganggap sesuatu tetapi kita perlu betul-betul tahu

Ramai orang suka menganggap. Anggap bukan-bukan biasanya. Dalam cerita ni, Walter Mitty ingatkan heroin (Cheryl Melhoff) ni dah kahwin, tapi rupa-rupanya tak. Heroin dengan ex-husband dia belum baik lagi cuma hanya datang ke rumah heroin untuk betulkan peti ais.

Setelah Walter penat-penat pergi Iceland… Greenland… Balik dengan hadiah… masa sampai rumah Cheryl… ex-hubby Cheryl yang buka pintu. Terkejut Walter Mitty tengok. Dia ingat Cheryl dah kembali dengan husbandnya. Jadi Walter pun pergi begitu je…

Dan buang pemberian penting yang ada “rahsia”!

(Kena tengok cerita tu kalau nak tahu ye hehe)

3. Pengalaman semasa perjalanan akan mematangkan kita

Apabila kita berjalan ke arah satu tempat.

Kita akan belajar.

Kita akan rasa takut.

Kita ingat nak berjaya tu susah.

Nak sampai tempat yang tempat kita nak sampai tu susah.

Tapi kita kena buat.

Mesti buat. Kalau tak buat, nanti kita tak sampai destinasi kita.

Hidup ini adalah berdasarkan berapa banyak peluang yang kita ambil dan apakah pengorbanan yang kita sanggup buat. Apabila kita tahu berapa banyak kita dah korbankan, kita akan sukar melihat ke belakang dan akan cuba terus mara ke hadapan.

Apabila kita tiba di destinasi yang ingin kita pergi, pandangan kita akan berlainan. Lebih luas.

Banyak pengajaran yang dapat dalam cerita ni. Dalam movie ni ada lagu yang sentiasa keluar iaitu lagu di bawah ni:

Ground control to Major Tom.. Ground control to Major Tom… Hehe.

Apa pun, movie ini patut tengok. Memberi inspirasi dan ada satu dua benda kita boleh belajar apabila menonton filem ini.

walter-mitty-teaser-poster

Apa “secret life” anda?

Jom kembara dalam hidup Walter Mitty sebelum mulakan perjalanan!

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *