Reviu Google Pixel 2: Patut Tak Anda Beli Handphone Android Ni?

Baru-baru ni saya baru sahaja mendapatkan Google Pixel 2 untuk isteri saya sebagai hadiah hari kelahirannya.

Serius power.

Dalam post ni saya akan ceritakan mengenai telefon ini dan kenapa anda patut dapatkannya berbanding iPhone 8.

Apa yang bagusnya dengan Google Pixel 2 ni?

Menggunakan Qualcomm Snapdragon 835 dengan GPU Adreno 540. RAM yang ada juga cukup banyak untuk multitasking iaitu dengan 4GB RAM. Kapasiti permulaan ialah 64GB dan di Malaysia biasanya anda kena tambah RM500 untuk mendapatkan versi 128GB.

Di bawah gambar-gambar yang diambil menggunakan telefon ini.

Warna yang anda nampak itu sama seperti apa yang saya nampak dengan mata saya sendiri. Maknanya warna yang ditangkap adalah sama seperti mata kita nampak. Bagus betul color reproduction kamera Pixel 2 ni.

Orang yang pakai Pixel 2 juga akan mempunyai langganan Google Drive tanpa had. Ini bermakna anda boleh menyimpan sebanyak mana gambar atau video yang anda tangkap di dalam Google Drive tanpa sebarang masalah. Unlimited!

Oreo 8.1 membolehkan pengaktifan Visual Core di mana pemprosesan gambar HDR+ enhanced menjadi lebih cepat.

 Menggunakan Pixel Visual Core, HDR+ boleh dijalankan 5 kali lebih pantas dan penggunaan tenaga 1/10 daripada menjalankannya di atas application processor (AP).

Apa yang kurang bagus?

Bateri pendek betul. Macam yang isteri saya pakai, tak sampai 24 jam pun. Kalau pakai selalu, (ambil gambar terutamanya), 9-11 jam dah habis dah kena caj dah bateri.

Tapi yang bagusnya dengan telefon Google Pixel 2 ni kan, standby time lama betul. Satu malam hilang beberapa peratus je bateri kalau dibiarkan je. Notifikasi masuk macam biasa je.

Ini reviu yang dikeluarkan oleh GSM Arena:

Spesifikasi Penuh Google Pixel 2:
Dimensi: 145.7 x 69.7 x 7.8 mm (5.74 x 2.74 x 0.31 in)
Berat: 143 g (5.04 oz)
Badan: Front glass, aluminum body, partial glass back
SIM: Nano-SIM dan eSIM (tiada di Malaysia lagi)
Mempunyai persijilan IP67 (boleh masuk air sehingga 1 meter selama 30 minit)
Jenis paparan: AMOLED capacitive touchscreen, 16 juta warna
Size paparan: 5.0 inci, 68.9 cm2 (~67.9% screen-to-body ratio)
Resolusi: 1080 x 1920 pixels, 16:9 ratio (~441 ppi ketumpatan)
Multitouch: Ya
Perlindungan paparan: Corning Gorilla Glass 5
OS: Android 8.0
Cip: Qualcomm MSM8998 Snapdragon 835
CPU: Octa-core (4×2.35 GHz Kryo & 4×1.9 GHz Kryo)
GPU: Adreno 540
Saiz Storan: 64/128 GB, 4 GB RAM
Kamera utama: 12.2 MP (f/1.8, 27mm, 1/2.6″, 1.4 µm, Dual Pixel PDAF), OIS, phase detection & laser autofocus, dual-LED flash, check quality
Ciri-ciri kamera: Geo-tagging, touch focus, face detection, HDR, panorama
Ciri video: [email protected], [email protected]/60/120fps, [email protected]
Kamera kedua: 8 MP (f/2.4, 27mm, 1/3.2″, 1.4 µm), 1080p
3.5mm jack: Tiada
WLAN: Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, dual-band, Wi-Fi Direct, DLNA, hotspot
Bluetooth: 5.0, A2DP, LE, aptX HD
GPS: Ya, dengan A-GPS, GLONASS, BDS, GALILEO
NFC: Ya
Radio: Tiada
USB: 3.1, Type-C 1.0 dengan sambungan yang boleh dibalikkan (PowerDelivery 2.0)
Sensor: Fingerprint (di belakang), accelerometer, gyro, proximity, compass, barometer
Bateri: Li-Ion 2700 mAh bateri yang tidak boleh ditanggalkan

Kalau nak dapatkan telefon ni (susah sikit nak cari di Malaysia), boleh klik di sini untuk beli di Lazada.

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *