3 Rempah-Ratus Untuk Memecah Rekod Surat Jualan Anda

Ingin menaikkan prestasi surat jualan anda? Sudah bosan dengan apa yang anda dapat selama ini dan mahukan performance yang lebih baik?

Post ini untuk anda. Ia lebih kepada penulisan dan ia boleh digunakan untuk memecahkan rekod jualan anda. Jadi jika anda ada satu surat jualan dan anda ingin meningkatkan jualan, apa yang perlu anda lakukan untuk memastikan ianya terjual dengan baiknya?

#1 Spesifik

Anda perlulah mempunyai surat jualan yang menyatakan nombor dengan jelas. Anda tidak perlulah menyorok di belakang perkataan ‘lebih hebat’, ‘mantap’, ‘terbaik’ dan sebagainya kerana janji melampau tanpa sebarang nombor spesifik di belakangnya hanya akan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Mereka tidak ingin mendengar janji manis anda. Anda perlu spesifikkan janji manis anda.

Adakah dia akan kurus? Berapa lama dia boleh kurus? Apakah berat spesifik akan kurang?

Boleh jimat duit? Berapa banyak duit yang boleh dijimatkan, berapakah cara yang digunakan untuk menjimatkan wang tersebut?

#2 Setiap janji dibuat disertakan bukti

Apabila anda sudah memberi janji-janji yang spesifik, pastikan anda membuat janji spesifik disertakan dengan bukti bahawa janji itu… mungkin. Dan bukan sahaja janji kosong tetapi janji yang boleh ditunaikan oleh produk anda.

#3 Jaminan yang dibuat adalah realistik

Dan jika anda lihat jaminan anda, lihat bagaimana mengayatnya. Adakah cara anda mengayatnya adalah realistik? Adakah mereka ingin membeli produk anda jika mereka tahu anda membuat jaminan tersebut? Adakah pembaca tahu anda akan memenuhi janji tersebut?

Di atas adalah tiga teknik untuk meningkatkan prestasi surat jualan anda. Ada cara lain yang ingin dikongsikan?

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *