Secawan Koko Kehidupan

Kalau Rasa Hidup Ni Tak Bernilai, Baca Ni

0

Life begins at 1.

Bukan satu seperti satu yang kita anggap masa tu. Bukan ikut tahun.

Tapi ikut detik.

Detik pertama kita buka mata itulah waktu kita. Waktu hidup kita bermula. Ramai orang hidup dengan pelbagai mimpi dan kebanyakan mimpi kita adalah indah-indah belaka. Hidup ini macam tulah: kalau takde mimpi indah, tidak rasalah nikmat hidup dunia.

Semua orang ada kisah mereka yang tersendiri. Itu tak dapat kita nafikan. Hidup ini bukanlah sesuatu yang kita sangkakan hanya satu perjalanan yang mudah.
Tak.

Hidup ini ada pelbagai jenis perjalanan. Dan tak tahu pun sama ada ianya bagus ataupun tidak. Kita kena lalui barulah kita tahu sama ada kita mahukannya ataupun tidak.

Ramai orang bimbang. Bimbang yang hidupnya tersalah arah. Ada yang sampai mahu membunuh diri sebab terlalu terkesan dengan keadaan yang membelengui diri.

Hidup!

Hidup saya katakan. Diri cik dan encik semuanya berharga. Mana tahu apa jenis contribution yang boleh diberi kepada dunia. Yang akan mengubah apa yang negatif itu menjadi positif.

Perasan kan?

Hidup ini semuanya pelbagai. Pelbagai onak duri kehidupan. Mungkin sebab itu kehidupan dipanggil kehidupan. Bunyi “dup” bila hati kita berdegup. Dan “hi” untuk “hihi” iaitu bunyi bila kita tersengih. (Oh semua tu tidak ilmiah ya, hanya kata-kata saya semata-mata).

Tak banyak yang kita boleh buat sebenarnya. Sekurang-kurangnya kita kena tempuh hidup dengan apa yang boleh kita buat.

Jangan takut. Jangan bimbang. Perjalanan hidup anda masih jauh lagi.

Leave A Reply

Your email address will not be published.