Rahsia Pengurusan Kewangan Peribadi

Kalau anda buat semua ni, mungkin tak yang anda akan menjadi lebih senang hidup?

Cuba tengok senarai ni. Adakah ini rahsia nak uruskan duit kita?

  1. Bagaimana untuk menjual (di dalam perbentangan dan dalam copywriting)
  2. Bagaimana untuk berunding (menang, menang dan bukannya perang)
  3. Kreativiti (ambil kertas, tulis senarai idea, setiap hari)
  4. Kepimpinan (memberikan kepada orang lain lebih daripada apa yang anda harapkan untuk diri sendiri)
  5. Networking
  6. Hidup dengan tema dan bukannya gol (gol akan menyebabkan anda serabut ayam
  7. Ciptaan semula (yang akan terjadi berkali-kali di dalam hidup)
  8. Seks idea (kena pandai keluarkan idea. Gabungkan. Pandaikan diri dalam penyatuan idea tu
  9. Peraturan 1% (setiap minggu jadi lebih baik dalam bentuk fizikal, emosi dan mental)
  10. Peraturan Google – sentiasa menghantar kepada orang lain kepada sumber terbaik walaupun pesaing. Manfaat yang akan anda dapat akan berlipat kali ganda.
  11. Sentiasa memberi kepada orang di dalam network anda. Nilai network anda akan meningkat secara linear jika anda tahu lebih ramai orang… TETAPI kalau anda tahu orang, membantu orang, anda akan dapat tengok peningkatan berganda dari network anda.
  12. Bagaimana untuk gagal supaya kegagalan itu menjadi satu permulaan
  13. Alat mudah untuk meningkatkan produktiviti
  14. Bagaimana untuk pakar satu bidang. Anda tak boleh belajar di sekolah dalam setiap “bidang” yang dibahagikan ke dalam ruang masa yang sama selama sejam. Kepakaran bermula apabila pendidkan formal berakhir. Cari topik yang menyebabkan hati anda terbakar. Kemudiannya bakar hidup anda dengan api tu. Tenaga yang kuat daripada api bernama semangat anda itu akan membawa anda kepada kepakaran. Mastery.
  15. Hentikan bunyi bising: berita, buku nasiat, caj demi caj dalam segala bahagian hidup. Buat bunyi anda sendiri daripada orang lain yang buat bising.

Bagi anda pula. Bagaimana? Apa yang menyebabkan kewangan berubah? Apa rahsia yang anda tahu unuk  menguruskan kewangan?

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *