Manfaat Pisang Untuk Kita

makan-pisang

Minat Pisang?

Tahukah anda di dalam pisang ada beberapa manfaat. Manfaat itu datang daripada gula semulajadi – sucrose, fructorse dan glucose dan digabungkan dengan fiber. Pisang boleh memberikan tenaga dengan cepat dan berpanjangan kepada anda.

(Sebab tu orang bina badan suka pisang!)

Selain itu ada beberapa manfaat lain. Antaranya ialah:

1. KEMURUNGAN

Menurut kajian yang dibuat oleh MIND ke atas orang yang mengalami kemurungan, ramai yang berasa lebih baik apabila memakan pisang. Ini kerana pisang mengandungi trytophan, sejenis protein yang badan gunakan untuk menjadikan serotonin dan serotonin terkenal untuk membuatkan anda rasa tenang, menaikkan mood dan membuatkan anda lebih gembira.

2. SINDROM PRA-HAID (PMS)

Lupakan pil – makan pisang. Vitamin B6 di dalamnya akan mengawal tahap glukosa di dalam darah, yang akan memberi kesan kepada mood anda.

3. ANEMIA

Kaya dengan zat besi, pisang boleh menstimulasi pengeluaran hemoglobin di dalam darah dan dapat membantu dalam kes anemia.

4. TEKANAN DARAH

Buah tropika yang unik ini kaya dengan potasium tetapi rendah dalam kandungan garam, menyebabkannya terbaik untuk mengalahkan tekanan darah tinggi sampaikan Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (US FDA) telah membenarkan pengeluar pisang untuk memasarkan pisang sebagai produk yang boleh mengurangkan risiko darah tinggi dan strok.

5. OTAK

200 pelajar di Twickenham di England telah dibantu di dalam peperiksaannya dengan memakan pisang semasa sarapan, masa rehat dan makan tengahari. Kajian telah menunjukkan bahawa buahan yang penuh dengan potasium dapat membantu proses pembelajaran dengan membuatkan pelajar lebih sedar

6. SEMBELIT

Kaya dengan fiber, memasukkan pisang di dalam diet dapat membantu mengembalikan pergerakan di dalam perut anda, membantu menyelesaikan masalah ini tanpa perlu bergantung kepada julap.

6. PEDIH ULU HATI

Pisang mempunyai kesan antasid semulajadi di dalam badan, jadi jika anda mengalami pedih ulu hati, cuba makan pisang.

7. MORNING SICKNESS

Makan pisang antara waktu makan membantu memastikan tahap gula di dalam darah pada tahap optimum dan mengelakkan morning sickness.

8. GIGITAN NYAMUK

Sebelum pakai krim gigtan serangga selepas digigit nyamuk, cuba gosok di tempat yang terkena itu dengan bahagian dalam kulit pisang. Ada yang kata teknik ini berkesan untuk mengurangkan bengkak dan gatal-gatal.

9. SARAF

Pisang kaya dengan vitamin B yang boleh menenangkan sistem saraf. Lebih berat badan dan bekerja? Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan di tempat kerja akan menyebabkan orang untuk makan makanan ‘nikmat’ seperti coklat dan cip. Melihat kepada 5,000 pesakit hospital, pengkaji mendapati orang yang paling obese ialah orang yang bekerja di dalam kerja tekanan tinggi. Laporan mendapati untuk mengurangkan keinginan makan, kita perlu mengawal tahap gula di dalam darah dengan memakan makanan berkarbohidrat tinggi setiap dua jam untuk memastikan tahapnya mantap.

10. ULSER

Pisang yang digunakan sebagai makanan untuk melawan gangguan usus kerana teksturnya yang lembut dan kelicinannya. Ia juga meneutralkan lebihan asid dan mengurangkan iritasi dengan melapik bahagian dalam perut.

11. SUHU BADAN

Banyak budaya melihat pisang sebagai buah yang menyejukkan dan boleh mengurangkan suhu fizikal dan emosi seorang bkala ibu. Di Thailand sebagai contoh, wanita mengandung memakan pisang untuk memastikan anak mereka dilahirkan dengan suhu yang sejuk.

Pisang memang ubat pelbagai penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mengandungi EMPAT KALI protein, DUA KALI karbohidrat, TIGA KALI fosforus, LIMA KALI vitamin A dan zat besi, dan DUA KALI vitamin lain dan mineral. Potasium juga ada di dalamnya. Boleh dikatakan buah ini ialah buah yang paling bernilai yang boleh kita makan dan kalau kita biasa dengar an apple a day keeps the doctor away, kita boleh tukar kepada:

A banana a day keeps the doctor away.

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *