Secawan Koko Kehidupan

Petua Kuruskan Badan Termudah

0

Ini mungkin petua kuruskan badan yang paling anda tidak jangka.

Tidak ada magik, tidak ada benda khurafat yang anda perlu buat.

Petua yang saya nak berikan kepada anda ialah petua yang membolehkan anda membuat ton badan yang menarik dan lemak-lemak anda terbakar.

Pada awalnya anda hanya memerlukan 10 minit. Setelah anda sesuaikan diri, anda boleh tingkatkan lagi masa yang anda gunakan sehingga ke 30-minit akhirnya.

Naikkan sedikit demi sedikit. Tak perlu paksa diri anda sangat-sangat.

Ini akan membentuk satu kecergasan yang membolehkan anda mempunyai gaya hidup yang lebih aktif.

Jadi, apa petua kuruskan badan yang nak saya kongsikan?

Buat Senaman Berasaskan Berat Badan (Bodyweight Training).

“Tiidaaaakkkk!!”

Mungkin itu dalam otak anda sekarang kan? Dengan rasa kecewanya lagi.

“Saya ingat encik bagi saya petua kuruskan badan yang senang!”

Sebenarnya ada beberapa senaman yang sangat mudah untuk anda lakukan dan itu adalah petua saya: gunakan senaman yang senang dibuat dan buat perlahan-perlahan sehinggalah badan anda dapat mengadaptasi ke tahap lebih tinggi.

Jangan takut… ini ada lima senaman yang anda boleh buat di depan komputer sekarang juga. Oh, pastikan ada ruang ya.

(Dan kalau malu tunggulah bila tidak ada orang tengok!)

1. Jumping Jacks

Cuba buat. Anda akan rasa letih dan jantung anda seperti pam lebih banyak darah dengan melakukan jumping jacks ni.

2. Foot fires

Senaman di bawah ini akan melatih satu badan anda (full body exercises)

3. Basic Burpee

Melatih satu badan anda juga seperti di atas. Di dalam video ini pergerakan dibuat agak perlahan jadi anda boleh naikkan tempo supaya lebih banyak berpeluh.

4. Push-up Burpee

Ni akan melatih badan anda untuk menjadi lebih “explosive”. Ini satu ujian untuk menguji kecergasan anda.

5. One-leg Burpee

Bila anda sampai ke tahap ini anda memang hebat kerana anda berjaya meningkatkan tahap badan anda ke tahap ini.

Itu dia lima senaman yang saya nak tunjukkan kepada anda. “Dahsyatkan” petua saya berikan ni?

Jangan risau jangan risau.

Bila kita mempunyai gaya hidup yang sihat dengan selalu menggerakkan badan kita seperti menggunakan senaman-senaman yang saya tunjukkan di atas, terdapat pelbagai manfaat yang akan anda dapat dari senaman anda.

Itu sebenarnya petua kuruskan badan termudah bagi saya — dengan bersenam dengan hanya menggunakan berat badan sahaja.

Kalau anda nak lebih banyak tip macam mana untuk mempunyai hidup yang lebih cergas dan lebih sihat (dan turunkan beberapa kilogram!), anda boleh klik butang di bawah untuk mengetahui mengenai newsletter kami iaitu “Kesihatan @ Kokotiam”.

 

[maxbutton name=”kesihatan-kokotiam”]

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.