8 Personaliti Yang Menarik Hati Perempuan

Ramai lelaki frust bila tak dapat perempuan yang mereka nak.

Apa sebenarnya yang perempuan nak ni? Kenapa macam susah sangat je nak tackle perempuan?

Setelah mengkaji drama-drama Korea, Hollywood dan Melayu, saya dapati ada beberapa kategori lelaki yang dapat menarik perempuan.

Saya bahagikan kepada dua kategori iaitu Pencinta dan Pemberi.

Jom kita tengok kedua-duanya dan macam mana mereka dapat mengambil hati perempuan dan menjadikannya seorang pasangan.

pasangan

Lelaki Jenis Pencinta

– Budak Jahat

Inilah paling tipikal sekali. Mat Rempit, muka pecah macam tempatan tapi aweknya lawa. Sepatutnya awek dia tu cari orang lagi baik!

Tapi budak jahat macam diorang yang dapat. Kita dapat tengok juga orang Melayu suka menonjolkan watak-watak ini dalam filem mereka seperti Mr. Arrogant yang awalnya seperti tajuk, arrogant tetapi menjadi baik. Cuma dalam cerita Melayu wajiblah heronya seorang yang hensem kan? Cairrrr.

Macho itulah cara Budak Jahat.

– Pengembara

Siapa pernah tengok The Secret Life of Walter Mitty akan bersetuju kenapa ini sesuatu yang menawan.

Pengalaman hidup yang diceritakan itu boleh mencairkan perempuan itu untuk menerima lelaki itu.

Lelaki tu bukanlah paling hensem, paling hebat, tapi banyak betul benda dia boleh ceritakan melalui pengembaraannya. Orang sebegini selalunya introspektif, suka fikir banyak dan buku pun ada bersepah. Kisah hidup pelbagai yang boleh diceritakan.

Kisah hidup ialah senjata Pengembara.

– Pengorat

Ini yang orang panggil sweet talker. Mulut manis. Perempuan suka pada mereka ni. Mereka ni selalunya dilabelkan manja. Selalunya mereka ini dilihat amat memahami perempuan kerana pengetahuannya semasa berinteraksi dengan kaum Hawa itu.

Gelak ketawalah senjata si Pengorat.

– Artis

Di dalam masyarakat yang sukakan artis, ini sesuatu yang tidak mengejutkan langsung. Ramai orang sanggup beratur untuk mendapat tandatangan ataupun bergambar dengan mereka.

Kenapa?

Mereka mempunyai aura yang lain daripada lain.

Segala tingkah laku mereka boleh dilihat masyarakat umum dan peminat mereka mahu mendekati dan mengenali artis tersebut dengan lebih rapat. Orang ingin tahu apakah muka di sebalik personaliti mereka.

Anda tergolong dalam mana satu? Apakah personaliti yang menarik perhatian kekasih kepada anda?

Jom kita tengok satu lagi kategori iaitu lelaki jenis pemberi.

Lelaki Jenis Pemberi

– Orang Berjaya

Perasan tak, golongan artis selalu melekat kepada golongan orang berjaya?

Orang berjaya ini in every sense of words adalah mereka yang sudah berupaya dalam segala segi.

Orang berjaya berjaya menunjukkan kelakiannya melalui pencapaiannya di dalam hidup dan perkara-perkara yang dilakukan seharian.

Dia mengambil cabaran dan melakukan mengikut misinya.

Biasanya dia mempunyai beberapa personaliti yang diseneraikan di sini dan itulah yang membolehkan dia berjaya.

– Abah

Selalunya wanita juga sukakan pasangan yang mempunyai perangai seperti ayah mereka.

Mereka mahu dilindungi.

Seorang abah tidak akan mengenakan anaknya sendiri. Dia seorang pelindung dan mampu melindungi kekasihnya itu.

Lelaki dengan personaliti seorang abah itu seorang pelindung dan menunjukkan kasih sayangnya kepada pasangannya.

– Lelaki Biasa

Ini adalah seorang lelaki. Kalau saya, saya panggilnya Beta. Dia tidaklah hebat, tetapi ada wanita yang menerimanya sebagai kekasih hati.

Kenapa: kerana mereka nampak keserasian dengan lelaki biasa. Biasanya dia mempunyai sedikit beberapa personaliti tersenarai di atas.

– Budak-budak

Tak percaya kan ada kategori “budak-budak” dekat sini? Kenapa mereka bawah kategori pemberi? Perasan tak budak-budak ni seperti melekat kepada pasangan mereka?

Lelaki sebegini memberikan sense of importance kepada pasangan mereka dan akhirnya mereka pun mendapat perempuan yang mereka nak.

Itu dia. Lapan personaliti yang boleh menarik hati perempuan. Memikat mereka.

Apa pandangan anda? Setuju ataupun tidak?

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *