Cara Jawab Peperiksaan Akauntan W41

Untuk menjawab peperiksaan akauntan W41 bukan mudah. Tak ramai orang lulus. Tapi kita semua tahu ada empat seksyen untuk peperiksaan ini iaitu:

1. Pengetahuan am (pasal Malaysia)
2. Daya menyelesaikan masalah
3. Esei BM
4. Esei BI

Menurut buku panduan SPA sendiri, antara soalan yang boleh ditanya adalah seperti:

1. Manakah antara perkara berikut yang tidak diambil kira dalam menghitung susut nilai aset?

A. Kos Pembaikan C. Harga Kos Belian
B. Nilai Skrap Aset D. Jangka Usia Penggunaan Aset

dam banyak lagi. Di bawah ni saya tunjukkan cara belajar dan sumber anda boleh rujuk untuk jawab peperiksaan akauntan W41.

Bagaimana untuk belajar untuk peperiksaan

Ramai orang gagal menjawab peperiksaan seperti W41 adalah kerana mereka tidak tahu bagaimana untuk belajar. Kalau nak belajar betul, tak semestinya kita kena habiskan 2 jam sehari untuk belajar. Kadang kala walaupun dekat nak exam ni, belajar selama sejam sehari pun dah cukup.

Sebab itu kita kena belajar secara aktif. Maksudnya kita fokus kepada bahan yang ada di hadapan mata kita. Tutup Facebook, tutup Twitter, tutup emel dan gangguan-gangguan lain dan belajar bahan tu je. Di bawah ini ada satu piramid belajar yang patut anda tengok.

Nampak macam mana cara belajar tu penting? Ada gak tip kat dalam Kokotiam pasal ni dan anda boleh baca mengenainya.

Cuba anda tengok dua paling bawah tu. Speaking (70%) dan saying and doing (90%). Kedua-dua ni paling letih buat. Tapi ini yang membuatkan anda boleh belajar sekejap tapi amat efektif!

(Dan kemungkinan inilah rahsia kenapa top students belajar sikit, tapi senang faham).

Untuk fakta-fakta seperti pengetahuan umum yang ramai orang rasa membosankan, boleh guna teknik simulasi. Bayangkan kalau kita yang kena guna info yang tertera. Atau kita dalam mahkamah, kita kena ungkit fakta-fakta sejarah tu. Kita mainkan fakta-faktu tu dalam kepala kita. Masa ni otak anda akan lebih reseptif ngan maklumat dan senang untuk anda faham 🙂

Sumber rujuan yang boleh anda percayai

Jika anda ingin mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut, anda boleh membaca Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Akauntan Gred W41. Ia mengandungi pelbagai maklumat yang saya rasa mampu membantu anda untuk lulus di dalam peperiksaan akauntan w41 pada Mei ini. Kalau anda nak shortcut, anda nak senang, anda boleh baca panduan ini.

Ia didatangkan dengan pelbagai modul yang saya rasa boleh bantu anda. Cuba baca dan apply maklumat yang disampaikan dalam tu. Harap-harap anda akan berjaya dalam exam akauntan W41 akan datang ni! 😀

Klik link di bawah untuk mendapatkannya.

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *