Pening Bila Tak Ada Duit Bila PKP

Ada satu benda yang memang betul-betul berlaku: mereka yang kerja dapat duit harian tak dapat duit semasa PKP.

Ini satu masalah yang sukar.

Sebelum ni, jual nasi lemak, dapat RM1 setiap jualan. Tapi bila ada PKP ni, tak boleh.

Masa inilah kita kena kreatif mencari duit.

Ada yang mula jual nasi lemak online.

Ada yang berinisiatif kumpulkan semua vendor dalam satu Facebook group supaya orang di sekeliling tempat tersebut boleh beli makanan beramai-ramai.

Macam saya, saya baru dapat 1/4 gaji saya. Nampaknya, saya tak lama lah dekat syarikat saya berada sekarang ini. Semasa PKP ni lah kena laksana impian saya. Jadi fulltime trader, dengan pengaturcaraan dan berbisnes sebagai hobi sahaja.

Ini membolehkan saya mempunyai lebih banyak masa, dan tak pening kepala.

Kita kena cari jalan kita.

Kawan saya mempunyai bisnes buku dan dia juga tidak boleh menjual bukunnya seperti biasa. Jadi dia mengubah modus operandinya kepada konsep dropshipping di mana dia akan hantarkan buku itu kepada pelanggan orang yang menjadi agennya.

Masa yang luar biasa memerlukan tindakan yang luar biasa.

Kita semua menghadapi masalah apabila COVID-19 ini menyerang.

Ini bukanlah perkara biasa dan mungkin sekali, ini adalah kemelesetan kewangan yang paling teruk pernah kita alami, kalah 1998.

Apa yang kerajaan cuba tolong kepada kita itu adalah satu benda yang bagus, tapi kita mesti tolong kita.

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *