Sumber Rujukan Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41

Masa untuk peperiksaan penguasa kastam sudah diketahui.

Peperiksaan akan diadakan pada 6.9.2014.

Di dalam post ini saya ingin memberikan kepada anda contoh-contoh soalan yang boleh membantu anda di dalam peperiksaan penguasa kastam W41 nanti.

Kalau nak dapat kemaskini post ini dan panduan lengkap peperiksaan penguasa kastam gred W41, anda boleh isi borang di bawah untuk melanggan e-mel daripada kami.

 

Klik Sini Untuk Dapatkan Tips

 

Dah sedia?

Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam

Terdapat tiga kategori soalan yanga da dalam peperiksaan ini iaitu: Pengetahuan Am, Daya Menyelesaikan Masalah, dan Ujian Psikometrik.

Kita tengok contoh satu demi satu.

Macam biasa, seperti peperiksaan penolong penguasa kastam, masa yang diperuntukkan di Seksyen A ialah 40 minit.

Di sini anda diuji tentang pengetahuan anda mengenai Malaysia dan dunia. Berapa banyak yang sebenarnya yang anda tahu mengenai apa yang berlaku. Kalau anda tak tahu, anda tidak dapat menjawab peperiksaan penguasa kastam gred W41 ini dengan betul.

Biasanya, anda kena tahu apa ayng berlaku dalam pengurusan sumber ekonomi dan kewangan, perdangan antarabangsa, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan negara, undang-undang, bidang sains, bidang sosial, bidang sukan, bidang agama dan jangan lupa juga… urusan perkastaman.

Contoh Soalan Seksyen A – Pengetahuan Am

Contoh Soalan:

Jabatan Kastam Diraja Malaysia terletak di bawah

A. Kementerian Kewangan

B. Kementerian Dalam Negeri

C. Kementerian perdagangan Antarabangsa dan Industri

D. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan

Tahu apa jawapan untuk soalan di atas?

Adakah di bawah KDN? Adakah di bawah MITI? Ataupun di bawah KPDNKK?

Jawapan untuk soalan di atas ialah A. Anda dapat teka jawapan itu dengan betul? Soalan itu agak mudah kan?

Jom kita tengok satu lagi soalan.

Pembentukan Kesatuan Kastam persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada?

A. 1952

B. 1948

C. 1957

D. 1949

Ini soalan lebih kepada sejarah. Boleh juga ditanya di dalam peperiksaan penguasa kastam. Ini adalah soalan mengenai sejarah kastam.

Tahu apa jawapannya? Adakah tertubuhnya kesatuan kastam ini pada tahun merdeka ataupun sebaliknya?

Jawapannya ialah 1948. B.

Macam mana? Anda salah ataupun betul?

Contoh Soalan Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Di sini anda perlu meluangkan 45 minit masa anda untuk menjawab soalan.

Seksyen ini memerlukan anda untuk menyelesaikan masalah menggunakan teknik-teknik logik. Bahagian pertama dalam seksyen ini memerlukan anda berfikir kuat sedikit. Cuba tengok soalan di bawah.

exam-penguasa-kastam-selesai-masalahCuba anda tengok. Macam susah kan? Jangan bimbang. Jom kita tengok satu demi satu.

Kita nampak ada kotak 4 darab 4. 16 kotak semuanya. Yang berwarna hitam ada di hujung sebelah kiri dan dibezakan dengan dua kotak.

Yang bergaris pula ada di sebelah kanan dan dibezakan dengan satu kotak.

Cuba anda tengok corak perubahan setiap satu yang berwarna hitam dan yang bergaris.

Yang atas sekali itu bergerak satu kotak ke bawah. Kotak di bawah sekali bergerak ke atas kanan.

Yang bergaris paling atas tu pula turun ke bawah dan ke  kiri. Jadi anda akan nampak pergerakan sebegini:

Maaf ya nampak tak profesional. Saya bukan pereka grafik huhu
Maaf ya nampak tak profesional. Saya bukan pereka grafik huhu

Jadi, cuba tengok balik jawapan yang diberi. Anda tahu dah jawapannya?

Jawapannya sebenarnya ialah C.

jawapan-selesai-masalah

Pening? Anda hanya perlu fikirkan soalan itu secara logikal dan anda boleh menjawab soalan yang diberi itu.

Cuba tengok soalan logik ini. Adakah anda dapat menjawabnya?

soalan-logik-ptd-dan-jawapan

Cuba tengok gambar di atas. Ada beberapa objek iaitu:

1. Bulatan
2. Kotak
3. Segitiga hitam.

Kita kena cari apa rajah yang diwakili oleh Z.

Kita tahu objek paling kanan sekali ialah gabungan dua objek.

Bahagian atas sekali adalah gabungan bulatan dan segi tiga.

Bahagian paling bawah sekali pula gabungan kotak dan bulatan.

Anda kena tahu apa “peraturan” yang digunakan oleh pencipta soalan untuk dua objek itu bergabung.

Kita tengok kedua-dua gabungan objek di bahagian kanan sekali.

Semuanya digabungkan dengan bahagian paling kiri… DAN dengan objek yang tidak disenaraikan dalam baris itu.

Bulatan dengan segitiga hitam.

Kotak dengan bulatan.

Dan jawapan untuk yang Z itu ialah…

Segitiga hitam dengan… kotak.

D ialah jawapannya.

Ini satu lagi soalan untuk anda fikirkan untuk bahagian ini.

selesai-masalah-penguasa-kastam

Senang sahaja kan sebenarnya soalan-soalan peperiksaan penguasan kastam ini?

Selain daripada itu, anda juga perlu menginterpretasi data. Ini contoh soalan yang ada.

carta-bar-exam-penguasa-kastam

Cuba kira.  Di bawah ialah teknik menjawabnya:

teknik-jawab-exam-penguasa

Dan jawapannya ialah… A. Anda dapat jawapan yang sama?

interpretasi-data-penguasa-kastam

Sekarang anda perlu interpretasi data yang ada di atas.

Dah buat pengiraannya?

Dah tahu jawapannya?

Ini teknik menjawabnya.

cara-jawab-interpretasi-data

Jawapannya ialah… C.

Anda konfiden tak menjawab soalan matematik dalam peperiksaan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam seperti SPA?

Sebagai contoh untuk peperiksaan penguasa kastam W41 ini, anda akan berjumpa soalan-soalan seperti:

jawab-soalan-matematik

Kalau anda pakar matematik, anda mesti tengah tersenyum tengok soalan ini kan?

Teknik menjawab soalan di atas ialah:

cara-jawab-matematik

jawapan untuk soalan di atas ialah: A.

Ni ada satu lagi untuk anda tengok. Boleh tak anda jawab soalan di bawah ni.

dafas31

Ini cara nak jawab soalan di atas:

eryhw12

Jadi tahu jawapannya? Jawapannya ialah B.

Kita pergi seksyen seterusnya iaitu…

Contoh Soalan Seksyen C – Ujian Psikometrik

Di dalam bahagian ini, anda perlu menjawab 200 soalan dalam masa 60 minit.

Banyak kan?

Cuba bahagi 200 soalan / 60 minit (3600 saat) = anda ada 18 saat sahaja untuk menjawab satu soalan.

Calon seperti anda perlu menjawab soalan yang akan memberi identifikasi personaliti calon di dalam beberapa kategori iaitu:

  • kebolehan bersosial
  • kemahiran berkomunikasi
  • tahap toleransi
  • kepimpinan anda
  • kestabilan  emosi di waktu kritikal
  • integiriti anda
  • kejujuran
  • disiplin

Sebenarnya bahagian ini dialih dan diperbaiki dari Seksyen Sahsiah dan Minat (yang ada dari tahun 2009 – 2012).

Di dalam bahagian ini anda akan ditanya mengenai situasi-situasi dan apa yang anda akan lakukan semasa mengalami situasi tersebut.

Contoh soalan ujian psikometri seksyen C adalah seperti di bawah.

1. Jika saya rajin bekerja, saya berharap majikan akan memuji saya.

A. Setuju B. Tidak setuju

Siapa tak nak dipuji bila rajin bekerja kan? Jawapannya ialah… A.

2. Apabila seseorang itu berubah tingkah laku, ia mungkin disebabkan oleh perkara tersirat yang saya dapat fahami.

A. Ya B. Tidak

Kenapa seseorang itu berubah tingkah laku? Selalunya tentang benda yang kita tak tahu (tersirat). Jadi bila dia berubah tingkah laku, saya akan faham keadaan tersebut. Jawapannya A.

3. Saya akan gagal bila saya mencuba sesuatu.

A. Ya B. Tidak

Anda tidak boleh mudah menyerah. Anda perlu tunjukkan bahawa anda boleh menangani kesukaran dan mencapai kejayaan. Jawapannya ialah B.

Contoh Soalan Berkaitan GTP

Kalau saya tanya soalan berkaitan Program Transformasi Kerajaan, anda dapat jawab tak soalan-soalan yang saya kemukan?

Bayangkan kalau secara tiba-tiba anda perlu menjawab soalan berkaitan GTP. Anda nak jawab macam mana?

1. Menteri apakah yang bertanggungjawab dalam NKRA rasuah?

A. Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

B. Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili

C. Datuk Seri Mohd Shafie bin Haji Apdal

D. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Soalan di atas memerlukan anda untuk betul-betul tahu kerja-kerja menteri kita. Ramai orang selalu mendengar khabar angin mengenai mereka tapi sebenarnya sejauh mana kita tahu tugasan mereka? Cuba tengok senarai di atas kembali.

Siapa yang sebenarnya bertanggungjawab untuk NKRA rasuah?

Jawapannya ialah… A.

2. Di Dalam Doing Business Report, World Bank meletakkan Malaysia sebagai negara yang ke…

A.  Ke-10 terbaik dunia

B. Ke-53 terbaik dunia

C. Ke-24 terbaik dunia

D. Ke-6 terbaik dunia

Anda rasa apa jawapan untuk soalan di atas? Untuk memberitahu anda jawapannya, saya sertakan di sini kedudukan terkini (2014) di dalam laporan Doing Business yang disusun oleh Bank Dunia.

doing-business-malaysia

Dah tahu jawapannya? Jawapannya ialah D. No-6 dunia.

2. Di manakah di antara berikut BUKAN salah satu NKRA di bawah GTP?

A. Mengurangkan Jenayah
B. Membanteras rasuah
C. Mempertingkatkan Infrastruktur Asas Luar
D. Meningkatkan Integriti

Jawapan untuk soalan GTP di atas ialah… D. Anda boleh rujuk di laman web GTP untuk maklumat lanjut 🙂

Peperiksaan ini ialah peperiksaan online. Anda boleh membuatnya di mana-mana asalkan ada talian Internet. Selalunya orang menghadapi masalah semasa menjawab soalan jadi anda perlu bersedia sebaik-baiknya untuk pelbagai kemungkinan yang ada.

Walaupun panduan dengan contoh-contoh soalan ini ringkas, saya harap panduan ini dapat membantu anda untuk menjawab peperiksaan penguasa kastam W41 anda nanti.

Ingat apa yang saya katakan mengenai panduan lengkap peperiksaan penguasa kastam?

Anda akan mendapat maklumat mengenai…

  • Tip-tip untuk menghadapi stress sebelum dan semasa peperiksaan.
  • Panduan lengkap untuk peperiksaan penguasa kastam W41 dengan lebih daripada 60 contoh soalan yang akan dibuka jualan tidak lama lagi.
  • Kata-kata motivasi untuk menguatkan semangat anda menghadapi peperiksaan.

Saya akan hantar e-mel kepada anda dari semasa ke semasa untuk memastikan anda lebih bersedia untuk peperiksaan ini.

Anda boleh klik butang di bawah dan ikut petunjuk yang diberikan.

 

Klik Untuk Dapatkan Tips Power Exam Ni

 

Saya akhiri post ini dengan ucapan…

keep-calm

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

3 padangan di “Sumber Rujukan Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *