Ini Cara Untuk Menjadi Lelaki Sejati

Anda ingin menjadi lelaki sejati?

Tidak lama dahulu lelaki dilahirkan untuk menjadi pahlawan dan tidak mempunyai kepentingan lain kecuali untuk mempertahankan semangat kepahlawanan dan menyalurkan semangat itu kepada anak-anaknya.

Tapi dalam 500 tahun kebelakangan ini, lelaki seperti telah lupa akan gaya hidup sebagai seorang lelaki sejati serta menggantikannya dengan sikap senang berpuas hati yang dikatakan sesuai dalam dunia yang penuh kemudahan ini. Sebenarnya, tempoh masa kita terlupa tentang kepahlawanan kita hanyalah sejumlah kecil daripada kewujudan kita dan ini bermakna naluri pahlawan sebenarnya ada di dalam hati kita dan menanti untuk dibangunkan semula.

Lelaki sejati adalah seperti seorang pahlawan hidupnya didorong oleh naluri terus hidup dan takut pada mati.

Dengan ketakutan inilah yang membawanya untuk terus betahan dan sentiasa meningkatkan kebolehan diri. Di dalam kitaran hidup seorang pahlawan, yang paling hebat di dalam kitaran hidup itu yang akan terus hidup.

Tanpa kefahaman yang jitu tentang kefanaan hidup ini dan tanggungjawab untuk mencapai suatu kehebatan, kita senang berasa puas hati dan hidup tanpa sebarang motivasi. Lelaki sejati sedar akan perkara ini.

Kalau betul tidak ada apa-apa yang mendefinisikan kelakian lebih daripada individu yang bermotivasi dan mempunyai inspirasi untuk hidup dengan kesungguhan dan semangat untuk hidup, banyak pengajaran yang boleh kita ambil daripada pahlawan-pahlawan masa lalu yang akan membawa kita jauh ke atas jalan Kelakian.

Biasanya berlaku sesuatu perisitwa yang mengubah hidup yang menyebabkan naluri pahlawan di dalam diri kita bangkit kembali. dan menyebabkan seseorang itu kembali ke atas jalan untuk menjadi lelaki sejati.

Untuk kebanyakan orang, panggilan untuk melepasi kesukaran di dalam hidup mereka yang memerlukan semangat pahlawan.

Untuk Nabi Muhammad S.A.W, semangat baginda datang apabila dia perlu memberitahu orang ramai tentang agama Islam. Ya, dalam Islam pun ada cara untuk menjadi lelaki sejati.

Untuk Malcom X, semangatnya datang apabila bangsanya tertindas. Untuk Malala Yousafzai, semangatnya datang apabila dia tidak dibenarkan belajar.

Lelaki Sejati Mempelajari & Menguasai Badan Mereka. Walaupun ramai orang mengaitkan pahlawan dengan berlawan dan memburu, sebenarnya mengurusai badan ialah prinsp paling asas di mana kekuatan pahlawan dapat ditunjukkan. Dengan niat yang dikuatkan dan kekuatan untuk menbentuk disiplin dan kuasa dalam setiap aspek hidup anda yang akan membezakan pahlawan dengan orang biasa. Penaklukan pertama untuk mana-mana pahlawan sepatutnya ialah menguasai badannya sendiri.

Untuk pahlawan ini satu keperluan untuk terus hidup kerana keperluan fizikal yang dilaluinya. Lelaki sekarang patut cuba menjadikan prinsip ini sebagai sebagai salah satu objektif atas beberapa sebab. Sebab dan akibat kerja kuat dan pertambahan otot ialah satu mikrokosma dalam gambar yang lebih besar di dalam hidup di mana hanya kerja keras sahajalah pemangkin untuk kejayaan.

Satu lagi sebab penting untuk merangsang badan anda ke tahap paling kuat ialah senarai panjang manfaat fizikal seperti pegawalan hormon, kecerdasan mental, dan perasaan lebih sihat yang semuanya akan menambahbaik hidup anda secara fizikal, mental dan spiritual.

Lelaki Sejati Menggunakan Kematian Sebagai Panduan. Kita semua akan mati pada bila-bila masa. Mungkin hari ini, esok ataupun minggu depan. Anda boleh melawat kawan anda yang sedang nazak di hospital dan tiba-tiba anda pula yang dilanggar bas pada esok harinya. Sama ada anda ada masalah kesihatan atau tidak sebenarnya tidak penting di hadapan kematian anda sendiri. Kalaulah kita semua fikir tentang mati, anda rasa kita akan tengok TV ataupun fikirkan tentang macam mana nak beli gajet paling hebat sekarang? Takkan! Kita akan keluar hari ini dan buat benda yang kita nak buat (selari dengan tujuan kita) tanpa membuang masa kita kepada sesuatu yang kecil dan tidak penting. Lagi pun, tidak ada guru yang lebih baik dalam pengurusan masa melainkan kematian mengetuk pintu rumah anda.

Lelaki Sejati Memilih Laluan Dengan Menggunakan Kata Hati. Semua laluan adalah sama. Membawa kepada alam yang satu lagi. Pada akhir nyawa anda anda akan melihat kembali masa yang telah anda gunakan sama ada penuh dengan penyesalan ataupun kepuasan di atas pilihan-pilihan yang telah anda buat. Yang pentingnya ialah perjalanan itu, dan bukannya destinasi. Lagi bagus untuk anda mengikut jalan yang membawa anda kegembiraan sekarang, daripada memilih jalan yang menjanjikan kegembiraan apabila tiba di destinasi.

Menggunakan kematian sebagai salah satu panduan hidup anda akan melahirkan satu perubahan yang berbeza di dalam tahap kesedaran anda dan akan membawa anda untuk hidup dalam detik ini dan memilih jalan yang betul. Pahlawan yang memilih panggilannya yang tertinggi juga akan mencapai kejayaan terhebat, terus menguatkan peluang untuk kelangsungan keturunannya.

Lelaki Sejati Bertarung Setiap Pelawanan Seperti Itu Perlawanan Terakhir. Jika anda menggunakan kematian sebagai panduan dan hidup setiap detik anda sepenuhnya, anda akan berlawan setiap pertarungan di dalam hidup anda seperti inilah pejuang yang akan menentukan ataupun merosakkan segala yang anda usahakan selama ini.

Apabila anda mempunyai mentaliti ini anda secara semulajadinya akan membuat terbaik dalam segala sudut hidup anda dan peluang anda untuk berjaya akan jauh lebih tinggi. Ini ialah sejenis prestasi yang kita perlu harapkan daripada pemimpin-pemimpin hebat dan modal peranan kita jadi mengapa kita perlu merendahkan diri kita daripada mencapai kehebatan itu? Melalui konsep inilah anda boleh hidup dengan potensi penuh anda dan meningkatkan peluang untuk anda menjadi lelaki yang orang lain pula jadikan contoh untuk mendapatkan inspirasi mereka.

Melalui pengaplikasian idea-idea ini di dalam hidup anda seharian, anda akan dapat melihat perubahan yang berlaku di dalam penghasilan gol dan pengalaman anda. Anda juga akan mendapat kualiti seorang pemimpin apabila anda mula menyerupai intipati setiap lelaki secara rahsia inginkan. Anda akan bertukar daripada seorang mangsa keadaan kepada seorang yang hidup dengan niat. Hiduplah tanpa ragu-ragu dan yakin, dan anda akan mula menunjukkan keadaan yang akan mentransformasi diri anda daripada lemah kepada seorang pahlawan.

Muykens_Stages_of_life_of_a_man_BM_S_5260



Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca dan suka membuat sesuatu.

2 padangan di “Ini Cara Untuk Menjadi Lelaki Sejati”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *