Tahu Khasiat Buah-Buahan Yang Anda Selalu Makan?

Nak tahu khasiat buah yang anda suka tu?

Yep. Apa manfaat makan buah-buahan tu?

Di bawah ini saya senaraikan buah-buah yang kita senang nak dapat dan khasiatnya untuk anda sebagai pemakannya. 🙂


Gambar oleh goosmurf

1. Durian
– Kaya dengan tenaga, mineral dan vitamin
– Mengandungi vitamin C. potasium, protein, dan lemak.
– Mempunyai kandungan fiber yang tinggi
– Merupakan sumber vitamin B kompleks seperti niacin, riboflavin, pantohenic acid (vitamin B5), pyridoxine (vitamin B-6) dan thiamin (vitamin B-1). Penting kerana badan mendapatnya hanya dari sumber luaran sahaja.

2. Rambutan
– Kaya dengan fructose dan sucrose.
– Digunakan secara tradisional di Malaysia dan Indonesia untuk mengubati diabetes dan hipertensi.
– Mempunyai antioxidant bernama flavonoid. Sebahagian jenis flavonoid dipercayai boleh mengurangkan kolestrol dan mempunyai sifat-sifat anti-kanser dan anti keradangan.
– Kaya dengan vitamin C. 10-12 biji rambutan memberi sebanyak 75-90 mg asid askorbik, lebih daripada separuh kandungan yang direkomen untuk diambil setiap hari. Antioxidant penting, vitamin C menghalang sel badan daripada rosak akibat free radicals dan membantu penyerapan iron.
– Buah ini juga mengandungi manganese, yang diperlukan badan untuk mengeluarkan dan mengaktifkan sebahagian enzim.

3. Buah oren
– Kaya dengan fiber yang bernama pectin. Baik untuk mereka yang mempunyai berat badan berlebihan. Pectin melindungi mucous membrane di dalam kolon dengan mengurangkan tempoh pendedahan kepada badan toksik dan mengikati bahan kimia yang menyebabkan kanser di dalam kolon. Pectin juga berpotensi untuk mengurangkan tahap kolestrol di dalam darah dengan mengurangkan penyerapan semula di dalam kolon dengan mengikatnya dengan bile acids di dalam kolon.
– Sumber vitamin C yang baik (60% daripada keperluan, mengikut Dietary Reference Intakes)
– Mengandungi pelbagai phytochemicals seperti Hesperetin dan Narigenin. Kedua-dua ini adalah flavanoids yang boleh ditemui di dalam buah sitrus. Narigenin mempunyai kesan bio-aktif terhadap kesihatan manusia sebagai antioksida, “pembunuh” free radical, anti-keradangan, dan immune system modulator. Bahan ini dilihat mampu mengurangkan oxidant injury terhadap DNA di dalam kajian vitro.

4. Pisang
A banana a day, keeps the doctor away. Hehe bukan epal! :p
– Memberi tenaga
– Penuh dengan potassium, iaitu mampu membantu sistem peredaran darah untuk memberi oksigen kepada otak. Dengan kata lain, meningkatkan performance.
– Boleh mengurangkan sembelit!
– Mengandungi tryptophan iaitu bahan kimia yang boleh membantu minda untuk berehat supaya anda berasa lebih gembira.
– Potassium juga boleh meningkatkan kecerdasaran minda.
– Bagus untuk perempuan mengandung kerana mengandungi bahan penenang. Boleh digunakan untuk melawan morning sickness.

Ini baru bahagian pertama. Akan ada lagi banyak buah yang saya pasti, tak ramai tahu kebaikannya 😉

Stay tuned for more people! 😀



Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca dan suka membuat sesuatu.

2 padangan di “Tahu Khasiat Buah-Buahan Yang Anda Selalu Makan?”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *