Nak Menderma? Cuba Baca Ni

0

NOTA EDITOR: Ini adalah kiriman salah seorang kawan admin yang ingin dipaparkan di blog ini. Nukilan ini ditulis oleh beliau untuk mengimbangi pandangan mengenai menderma ini.

— * — * — * —

Kita selalu mendengar mengenai kumpulan yang mempergunakan kanak-kanak untuk mengutip derma di atas nama institusi pengajian agama.

Kita juga sering mendengar sindiket tertentu yang membawa masuk warga asing untuk meminta sedekah di negara kita.

Sebahagian dari mereka ini diperlakukan bagai hamba abdi, duit koleksi mereka diambil hampir atau kesemuanya dan mereka hanya diberi makan cukup untuk hidup.

Ada diantara mereka dicacatkan dengan sengaja utk menarik lebih simpati dr orang ramai.

Begging racket atau sindiket derma telah lama berkeliaran dan sebahagian dari kita telah acap kali meminta tindakan kerajaan untuk bertindak.

Ironinya, apabila kerajaan bertindak ramai pula yang marah-marah.

Bisnes derma/sedekah ini teramat menguntungkan ia menjadi salah satu lifeline utk sindiket-sindiket pemerdagangan orang. Ia mengambil kesempatan dari ehsan kita yang sememangnya berhati lembut dan cepat kesian.

Bagaimanapun, sikap dermawan kita telah disalahgunakan dan menjadikan sindiket-sindiket sebegini cepat berkembang. Ini menjadikan mereka lebih aktif lagi dan berkemungkinan menculik dan menipu orang dgn menjanjikan pekerjaan disini tapi akhirnya menjadi peminta sedekah.

Pada pandangan saya, dengan menutup direct monetary line dari orang ramai akan menjadikan aktiviti sindiket-sindiket ini menguncup dan tidak lagi menjadikan aktiviti mengemis sebagai aktiviti utama.

Seharusnya, kita perlu lebih tahu ke mana duit derma kita pergi dan memastikan kumpulan sasaran menerima dan memanfaatkan 100% atau sebahagian besar derma kita.

Telah tiba masanya utk kita bertindak dgn memberi terus derma kita kpd institusi-institusi berdaftar seperti maahad tahfiz yang betul, sekolah-sekolah pondok, rumah-rumah anak yatim dan orang-orang tua (yangg adil terhadap penghuni-penghuninya).

Kita kena kikis sikap “ala takpe, kalau diorang tipu aku redha” atau tindakan kita akan mengundang orang-orang yang tak bersalah menjadi mangsa sindiket-sindiket ini.

Leave A Reply

Your email address will not be published.