Secawan Koko Kehidupan

Review Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Untuk Yang Kerja Kerajaan

Untuk mereka yang nak tahu bagaimana untuk lulus kerja kerajaan, boleh baca yang ni...

1

Pernah dengar tak Pakej Lengkap Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan?

Di dalam post ini saya akan bercerita mengenai pakej itu.

Apa yang bagusnya pakej ni?

Untung tak?

Macam yang anda tahu, terdapat banyak jawatan kosong ada dalam kerajaan.

Ramai orang menganggap bahawa kalau nak lulus sesuatu temuduga kerajaan tu memerlukan kabel.

Sebenarnya tak. Tak perlu pun.

Ya… Ada cara untuk lulus tanpa perlu berbuat begitu.

Biasanya sesi-sesi temuduga ini dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

kerja-kerajaan
Mungkin satu hari nanti anda boleh kerja di Putrajaya di salah satu kementerian di sini.

Bila anda hadiri temuduga, ada beberapa perkara yang perlu dibuat untuk menarik mereka untuk memutuskan anda layak untuk bekerja dengan kerajaan Malaysia.

Kerja kerajaan adalah sesuatu yang ramai orang terutama sekali mereka yang baru sahaja habis belajar kerana kerja ini lebih selamat dan pelbagai manfaat boleh didapati apabila bekerja dengan kerajaan.

Ada beberapa masalah yang sering dihadapi oleh mereka yang ingin mendapat kerja kosong kerajaan. Biasanya mereka…

1. Dah dipanggil untuk temuduga, tapi tak pernah dapat.
2. Berulang kali isi borang permohonan kerja tapi masih lagi tak lagi dipanggil hadir temuduga.
3. Takut sangat bila dah dapat.
4. Tak tahu nak jawab apa
5. Lemah bahasa Inggeris sampaikan bila disoal dalam BI, tak tahu nak jawab apa.
6. Tak tahu apa soalan yang bakal ditanya semasa sesi temuduga nanti.

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

rahsia lulus temuduga kerja kerajaan
Panduan ni boleh bantu untuk lulus temuduga dengan SPA.

Sebenarnya itu adalah nama panduan yang ajar dengan terperinci mengenai bagaimana untuk lulus temuduga kerajaan.

Salah satu perkara yang diutarakan semasa ke laman web tu ialah terdapat beberapa skim yang akan pekerja kerajaan dapat bila berkhidmat dengan kerajaan.

Antara manfaat bekerja dengan kerajaan (admin: mungkin saya boleh buat blog post mengenai manfaat kerja gomen pula kot lepas ni) ialah:

1. Elaun Kos Hidup (COLA)
2. Elaun Perumahan
3. Imbuhan Tetap Khidmat Awam
4. Kenaikan Gaji Tahunan
5. Cuti Tahunan Ikut Kelayakan
6. Pinjaman Komputer & Kenderaan
7. Cuti untuk Bersalin
8. Pinjaman Perumahan (rasanya ini akan ditukar ke bentuk lain)
9. Boleh pilih caruman KWSP ataupun pencek
10. Peluang naik pangkat
11. Biasanya lebih banyak masa untuk bersama keluarga

Malangnya, saingan sangat banyak sekarang ni. Jadi siapa yang ada panduan ini lagi senang nak lulus sebab ada beberapa tips yang sangat berguna.

Tip-tip yang diberikan terbahagi kepada empat modul.

Modul 1 – Rahsia Persiapan Temuduga

  • Apa 4 tindakan yang harus dilakukan sebelum menghadiri temuduga. Persedian tak cukup tanpa empat ni.
  • Dengan pakaian tertentu boleh dapat markah percuma 5% begitu sahaja.
  • Bagaimana untuk melatih diri untuk hebat berkata-kata di hadapan panel penemuduga dan terus memukau mereka?
  • Untuk mereka yang cuak ditemuduga dalam bahasa Inggeris: ketahui cara untuk kuasai bahasa tersebut dalam masa singkat khas untuk temuduga…
  • Bagaimana nak jangka soalan-soalan yang akan ditanya semasa temuduga? Teknik-teknik mudah yang diajarkan dalam ebook ini boleh bantu

Modul 2 – Teknik Menjawab Soalan Temuduga

  • Cara nak jawab soalan-soalan “killer” mengenai jawatan yang dipohon. Kalau tak tahu teknik ini, susah nanti…
  • Soalan yang menguji skil komunikasi. Soalan-soalan ini akan menguji kemampuan, kekreatifan, keyakinan, kebolehkerjasamaan, kematangan dan kebolehan diri.
  • Ketahui contoh-contoh soalan yang menguji cara pengurusan masa dan stress semasa bekerja. Ini sangat penting untuk penjawat awam. Faham-faham je lah kan… Ramai orang suka mencemuh pegawai kerajaan di Facebook. Agak susah tapi jangan risau. Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ini boleh bantu bongkar jawapannya.
  • Menjawab soalan yang menguji “Essential Professional Skills” anda yang bermaksud ke-professionalan anda dalam melakukan kerja. Budaya kerja professional amat dititikberatkan dalam sektor awam demi menjaga kredibiliti.

Modul 3 – Rahsia Kejayaan dan Kegagalan Calon Temuduga

  • Kisah mereka yang dah berjaya menjadi penjawat awam.
  • Kisah mereka yang gagal dalam temuduga untuk menjadi penjawat awam.
  • Apa yang anda perlu buat dan elakkan semasa menghadiri temuduga kerja kerajaan supaya anda tidak lagi melakukan kesilapan yang sama.
  • Boleh bagi motivasi untuk dapatkan kerja di sektor awam ni. Ada stu cerita dalam ni ialah cerita sedih yang boleh buat anda menitis air mata dan lebih menghargai hidup.
  • Kisah seorang manusia yang banyak membantu ramai rakyat Malaysia untuk kerja kerajaan dengan memberi maklumat mengenai jawatan kosong dalam sektor awam.

Modul 4 – Rahsia Penulisan Resume Temuduga

  • Peneragan mengenai resume… boleh tengok sama ada resume bagus atau tidak.
  • Ada acuan (templat) khas resume yang boleh digunakan di dalam modul ni.
  • Acuan resume bahasa Melayu dan bahasa Inggeris disediakan.

Banyak lagi sebenarnya tapi tu boleh baca di laman web rasmi.

Mengikut pihak admin Kerja-Kerajaan, mereka yang patut beli panduan ini ialah mereka yang:

  • Baru diberhentikan kerja disebabkan kegawatan ekonomi yang melanda baru-baru ini.
  • Yang bekerja di sektor swasta yang rasa kerjaya anda kurang selamat.
  • Baru saja menamatkan pengajian di sekolah mahupun di universiti yang masih tercari-cari kerja.
  • Berada di semester akhir di universiti mahupun di sekolah yang sedang merancang kerjaya anda.
  • Mempunyai anak, mahupun ahli keluarga yang lain yang kerjanya “menanam anggur”.
  • Menginginkan kehidupan yang lebih terjamin dan selamat.
  • Sememangnya berminat untuk berkhidmat dengan kerajaan MALAYSIA.

Untuk mereka yang berminat untuk mendapatkan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan, mereka boleh pergi ke laman web Kerja-Kerajaan untuk maklumat lanjut.

Kalau anda ingin mengetahui tip-tip kerjaya, anda boleh langgan emel kami di

Dapatkan Tips Kerjaya Yang Terbaik Di Sini

 

 

1 Comment
  1. ismail ahmad says

    Kadang tu susah juga soalan panel ni.. ada yang tak dijangka

Leave A Reply

Your email address will not be published.