Jam Tangan “Touchscreen” – Garmin’s Forerunner 610

Pernah tak anda terfikir betapa susahnya nak menentukan butang ini untuk ape dan butang itu pula untuk ape pada jam anda terutamanya bila anda tergesa-gesa ingin menggunakannya? Bagi mereka yang tidak begitu mengambil tahu tentang fungsi setiap butang jam mereka, tentu sekali anda bersetuju dengan  pendapat ini. Maka, dengan itu tercipatalah jam tangan yang menggunakan sistem “touchscreen” seperti mana yang terdapat di mana-mana telefon bimbit yang menggunakan sisten “touchscreen”.

 

hhmmmm….jam tangan yang ade fungsi “touchscreen”? Tentu nampak “cool” kan kalau dapat memilikinya.

Sambung membaca Jam Tangan “Touchscreen” – Garmin’s Forerunner 610

10 Tips Diet Seimbang Yang Boleh Pakai

Kebelakangan ini, saya dapat lihat ramai orang sedang memikirkan untuk menguruskan badan atau berdiet lebih-lebih lagi sekarang ni merupakan cuti semester.

Segelintir daripada mereka berpendapat bahawa berat badan mereka semakin meningkat (padahal xde perubahan pun,kih3), dan mungkin ini salah satu sebab mengapa ramai orang sedang memikirkan adakah patut mereka berdiet.

diet

Aktiviti berdiet ini bukan sahaja popular dikalangan wanita (mostly wanita la, hehehe) tapi jugak dikalangan lelaki yang mengimpikan bentuk badan yang hot dan seksi.

Sambung membaca 10 Tips Diet Seimbang Yang Boleh Pakai

Boys Before Flowers a.k.a Boys Over Flowers

Sinopsis :

Geum Jan Di merupakan seorang gadis biasa dimana keluarganya memiliki kedai cucian-kering yang terletak berhampiran kolej yang mewah dan terkenal, Shin Hwa. Jan Di terserempak dengan 4 lelaki terkaya dan penuh dengan ego ketika dia menghantar dobi ke kolej itu. 4 lelaki kaya itu dikenali sebagai F4 dan terkenal kerana menyebabkan kesulitan bagi sesiapa yang menentang mereka. Ketua F4 tersebut, Jun Pyo tanpa diduga telah jatuh hati kepada Jan Di sedangkan Jan Di membencinya dan menyimpan perasaan terhadap salah seorang ahli kumpulan F4 tersebut,Jin Ho. Apakah yang akan berlaku terhadap mereka setelah pelbagai konflik dan masalah menimpa mereka. Saksikan drama yang paling popular di korea ini dalam, Boys Before Flower.

Sambung membaca Boys Before Flowers a.k.a Boys Over Flowers

Witch Yoo Hee a.k.a. Witch Amusement

Sinopsis :

Sebagai pengarah syarikat pengiklanan ayahnya, Ma Yoo Hee (Han Ga In) dikenali sebagai nenek sihir dikalangan pekerjanya kerana kekejamanya dan tidak belas kasihan. Setelah beberapa siri usaha yang gagal untuk menyewa pembantu rumah, dia bertemu dengan Chae Moo Ryong (Jae Hee), bekas pelajar perubatan yang becita-cita untuk menjadi tukang masak terkenal. Sebagai cara untuk membayar hutangnya kepada Yoo Hee kerana melanggar keretanya, Moo Ryong bersetuju untuk menjadi pembantu rumah tangga dan pelatih urusan cinta peribadi selama satu bulan. Lebih mengejutkan, Moo Ryong bejaya menukar rupa paras dan personaliti Yoo Hee menjadi lebih menawan sehingga kedua-dua kawan lamanya Johnny Kruger (Dennis Oh) dan kekasih pertamanya Joon Ha (Kim Jeong Hoon) tertarik dengannya. Walaupun mempunyai kekasih, Sung Mi (Jun Hye Bin), Moo Ryong akhirnya menemukan dirinya telah jatuh cinta pada Yoo Hee.

Sambung membaca Witch Yoo Hee a.k.a. Witch Amusement

You’re Beautiful

Sinopsis :

Syarikat pengurusan kumpulan idola A.N.JELL berkeras untuk menambah penyanyi lelaki baru kepada kumpulan tersebut disebabkan lead vokal mereka,Tae Kyung,mengalami masalah sakit suara. Namun, ahli baru itu, Mi Nam, harus pergi ke Amerika untuk memperbaiki matanya yang mengalami kegagalan untuk berfungsi sebelum menandatangani kontrak. Agennya mencadangkan idea untuk meminta pertolongan saudara kembar perempuannya, Mi Nyu, untuk menggantikan tempatnya seketika bagi menandatangani kontrak tersebut. Mereka berdua dibesarkan di sebuah rumah asuhan anak yatim dan Mi Nyu, yang telah bersiap sedia untuk menjadi biarawati, terpaksa bersetuju dengan rancangan ini kerana dia tidak mahu merosakkan peluang abangnya untuk menjadi terkenal yang akan membuatkan mereka lebih mudah untuk mencari ibu mereka. Apakah yang akan terjadi apabila Tae Kyung dan rakan-rakannya mendapat tahu bahawa Mi Nam yang berada di sisi mereka bukan Mi Nam yang sebenar dan merupakan seorang perempuan. Saksikan drama yang mencuit hati ini dalam drama “You’re Beautiful”.

Sambung membaca You’re Beautiful