Nota Buku The Go-Giver

Ini adalah buku yang saya dapatkan beberapa bulan lepas. The Go-Giver. Ia menceritakan tentang seseorang jurujual yang desperate untuk mendapatkan jualan.

The Go-Giver menceritakan tentang seorang lelaki muda yang bernama Joe yang ingin berjaya. Joe betul-betul “go-getter”, walaupun kadang-kadang lebih dia dia bekerja lebih keras dan lebih laju, semakin jauh dia dengan impiannya. Dan satu hari, dia terdesak untuk mendapatkan satu jualan penting untuk suku tahun jualan yang teruk, dia mencari nasihat daripada Pindar, konsultan lagenda yang dipanggil oleh ramai pengikut sebagai Tuan Pengerusi.

Dalam seminggu berikutnya, Pindar memperkenalkan Joe dengan beberapa “go-givers”; seorang pemilik restoran, seorang lagi ialah CEO, kemudiannya penasihat kewangan, broker hartanah, dan “Connector”, yang membawa mereka bersama. Kawan-kawan Pindar mengajar kepada Joe lima undang-undang untuk berjaya dan mengajarnya bagaimana untuk membuka dirinya kepada kehebatan kuasa memberi.

Joe mempelajari bahawa menukarkan fokus dia daripada mengambil kepada memberi – meletakkan kehendak orang lain dahulu dan sentiasa meletakkan nilai ke dalam hidup mereka – akhirnya akan membawa kepada pulangan yang mamat menguntungkan.

Penulisan yang cerdas dan anggun, The Go-Giver ialah buku yang membuka hati dan memberi inspirasi yang memberikan satu makna baharu bagi satu peribahasa lama Inggeris yang lama “Give and you shall receive.”

Di bawah adalah lima undang-undang yang diterangkan dengan lebih lanjut di dalam buku ini.

Lima Undang-undang Untuk Kejayaan Mendadak

Undang-undang Nilai

Nilai sebenar anda ditentukan seberapa banyak nilai yang anda berikan berbanding bayaran anda.

Undang-undang Pampasan (Compensation)
Pendapatan anda ditentukan mengikut berapa ramai orang anda bantu dan berapa baik anda membantu mereka

Undang-undang Pengaruh

Pengaruh anda ditentukan dengan berapa banyak anda letakkan kepentingan orang lain dahulu.

Undang-undang Kesahihan

Hadiah paling bernilai yang boleh anda berikan ialah diri anda sendiri.

Anda rasa ianya berkesan di dalam dunia sekarang ini? Ataupun sekarang ini dunia “kawan makan kawan”?

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *