Komik: Nasihat Seorang Angkasawan Kepada Orang Ramai

nasihat-chris-hadfield  Chris Hadfield (Ogos 1959 – ) ialah angkasawan dari Kanada yang bertugas di atas International Space Station.

Dia akan menjadi komander dari Kanada yang pertama di ISS apabila Ekspedisi ke-35 mengambil alih pada Mac ini.

Hadfield telah menjadi selebriti Internet, menggunakan media social dan YouTube untuk berkongsi kehidupan seharian di atas ISS.

Dia selalunya akan membuat twit gambar yang amat mengagumkan di bumi (ini sebahagian daripada gambar terbaik beliau) dan mempunyai saluran YouTube dengan pelbagai video tentang bagaimana dia mengoperasi tangan robot gergasi sampai ke video dia memakan sandwic mentega kacang (roti tidak digunakan kerana serdaknya).

Petikan ayat ini diambil daripada sesi di Reddit ‘Tanya Saya Apa-apa’ di mana Hadfield telah mengambil bahagian semasa berada di atas ISS. Ada pemuda bertanya Hadfield apa nasihat yang boleh diberi untuk mereka yang bercita-cita menjadi angkasawan dan petikan di ataslah jawapannya.

Sumber: Zen Pencils

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *