Anda Dah Tengok Nasihat Pelaburan Ini?

Ini adalah satu post yang tersangat panjang. Tapi akhirnya berbaloi kalau anda baca: anda akan belajar mengenai pelaburan. Apa itu pelaburan. Dan cara untuk melabur.

Perkara paling bijak yang kita boleh buat untuk mendapatkan ilmu pelaburan yang hebat ialah melihat, mendengar dan MENGAPLIKASIKAN nasihat daripada orang yang berjaya dalam menguruskan pelaburan mereka.

Di dalam post ini, saya akan huraikan beberapa topik penting yang boleh membantu anda untuk membuat pilihan pelaburan yang bijak.

Dunia sekarang bergerak pantas dan duit juga keluar daripada poket kita lebih cepat daripada apa yang dapat kita bayangkan.

Satu pilihan pelaburan yang bijak dapat membantu untuk memastikan pulangan yang anda dapat itu adalah lumayan.

Dan paling penting ialah bagaimana untuk meminimakan risiko pelaburan.

Pengajaran Daripada Pelabur Bijak 

Ketahui Cara Yang Betul Dan Bina Kemahiran Untuk Melaburkan Wang Anda. 

Pernah dengar buku The Intelligent Investor yang ditulis oleh Benjamin Graham? Beliau merupakan mentor kepada Warren Buffet iaitu pelabur lagenda dan orang ketiga terkaya di dunia. Sebahagian daripada poin yang diberikan di dalam ini berasal daripada buku itu dan saya harap post ini dapat membantu anda membuat pilihan pelaburan yang terbaik.

Kenapa Melabur?

Mengapa anda melabur? Tak apa jika anda mempunyai banyak jawapan yang berbeza untuk pertanyaan ini, tetapi masalahlah kalau  anda tidak mempunyai jawapan langsung. Pelaburan adalah seperti memandu – ia  mesti dilakukan dengan mata terbuka luas!

kenapa-melabur

Apa Sebabnya?

Mempunyai sebab-sebab atau tujuan yang jelas untuk melabur adalah penting melabur dengan jayanya.

Seperti anda menguatkan badan di dalam gim, pelaburan boleh menjadi sukar, meletihkan dan bahkan merbahaya jika anda tidak berusaha ke arah matlamat dan memantau pergerakan ke hadapan.

Di sini kita boleh lihat beberapa sebab mengapa orang melabur supaya anda boleh membayangkan jenis pelaburan yang berkait dengan sebab tersebut.

Persaraan

Tiada siapa yang tahu sama ada skim pencen akan bertahan selama-lamanya.

Keraguan dan realiti inflasi yang memaksa kita untuk merancang persaraan kita sendiri.

Pada masa kini, pelaburan boleh menjadi alat untuk membantu anda mengukir jalan yang kukuh untuk bersara. Terdapat tiga aksiom  untuk melabur untuk tahun-tahun selepas anda habis bekerja:

  1. Lagi lama anda dengan persaraan, lagi banyak masa untuk duit anda berkembang. Ingat yang anda melawan harga yang semakin tinggi dan akan menjadi tinggi semasa bersara. Kalau pulangan pelaburan tidak melebihi kenaikan harga, sia-sia pelaburan tersebut.
  2. Lagi lambat anda mula, lagi kurang . Kena cari pelaburan lebih selamat seperti deposit tetap ataupun unit trust. Tapi, bila anda mula muda-muda, anda boleh ambil risiko lebih besar dengan harapan mendapat pulangan yang lebih.
  3. Lagi cepat belajar mengenai pelaburan, lagi senang nak tahu apa nak buat. Pakar kewangan susah nak dipilih, jadi kalau boleh belajar dahulu sendiri selagi boleh.

Melabur untuk persaraan adalah seperti pelaburan jangka panjang. Anda ingin mencari kenderaan pelaburan yang berkualiti untuk membeli dan meletakkan majoriti modal pelaburan anda.

Portfolio persaraan anda biasanya merupakan campuran saham, sekuriti hutang, dana indeks dan lain-lain instrumen pasaran wang. Peratusan campuran ini akan berubah mengikut objektif anda, biasanya bergerak ke arah pelaburan yang berisiko rendah.

Mencapai Impian Kewangan

Anda tidak semestinya sentiasa perlu berfikir jangka panjang. Pelaburan adalah seperti salah satu alat untuk membentuk keadaan semasa kewangan  anda sambil membina untuk menjamin masa hadapan.

Adakah anda ingin membeli kereta baru tahun depan? Mahu pergi bercuti? Kan bagus rasanya kalau percutian itu dibayar dengan dividen pelaburan anda sahaja?

Pelaburan boleh digunakan sebagai satu cara untuk meningkatkan pendapatan pekerjaan, membantu membeli benda yang anda perlukan.

Pelaburan anda akan berubah mengikut keperluan. Melabur untuk mencapai matlamat kewangan melibatkan campuran pelaburan jangka panjang dan jangka pendek.

Jika anda melabur dengan harapan untuk membeli rumah, anda akan hampir pasti akan mencari instrumen jangka panjang. Jika anda melabur untuk bercuti di tahun baru, anda mungkin mahu pelaburan jangka pendek yang membayar dividen atau bon dengan pulangan tinggi.

Jangan lupa! Anda perlu menentukan matlamat anda terlebih dahulu. Jika anda mahu pergi bercuti dalam tempoh setahun, anda perlu duduk dan tentukan kos percutian dan kemudiannya mencari skim pelaburan untuk memenuhi matlamat tersebut.

Jika anda tidak menetapkan sebarang destinasi, wang tunai yang sepatutnya digunakan untuk pelaburan pasti akan digunakan untuk tujuan lain yang kelihatan lebih mendesak pada waktu itu.

Melabur untuk mencapai matlamat kewangan adalah sesuatu yang sangat menarik. Ramai orang mencari peluang pelaburan di dalam waktu lapang mereka.

Bayangkan tekanan yang anda terima: kekangan masa dan berurusan dengan jumlah wang yang besar wang.

Akan ada pelbagai risiko yang akan dihadapi oleh anda dan ini sebenarnya akan memotivasikan diri anda untuk belajar mengenai pelaburan yang mempunyai pulangan yang lebih tinggi seperti growth stocks, menjadi pelabur aktif perniagaan dan lain-lain.

Dan untuk semua pelabur yang paling penting ialah: ROI. Return on Investment. Pulangan Atas Pelaburan.

dapatkan-gol-kewangan

Sebab Untuk Tidak Melabur

Walaupun ada macam-macam sebab untuk melabur, sebenarnya ada sebab untuk tidak melabur: hutang ataupun tidak cukup ilmu.

sebab-tak-melabur

Kenapa Jangan Melabur

Cuba kira. Kalau anda ada hutang RM10,000 dengan faedah sebanyak 9%. Dan di tangan anda ada RM10,000. Anda patut laburkan semuanya ataupun bayar sedikit demi sedikit hutang tu?

Kalau laburkan duit tu, anda kena cari pelaburan yang dapat membawa pulangan sebanyak 9% (tidak termasuk komisyen dan caj).

Anda tahu mana nak dapatkan pulangan pelaburan lebih daripada 9%?

Itu contoh yang sangat tak logik sebenarnya sebab bank tidak mengenakan faedah sebanyak tu, tapi lagi rendah. (Dan, jangan… jangan… pinjam dari Ah Long)

Terdapat pelbagai jenis hutang — kad kredit, mortgage, dan hutang PTTPN dan setiap satu mempunyai keutamaan yang berbeza-beza apabila anda ingin melaburkan duit apabila dibebani oleh hutang-hutang ini.

Apabila melibatkan kurangnya ilmu pelaburan, membuang wang anda sewenang-wenangnya ke dalam pelaburan yang anda tidak fahami adalah cara pasti untuk rugi cepat.

Kembali ke analogi gim tadi, anda tidak pergi ke gim dan membuat bench press sebanyak 500 kali pada hari pertama anda masuk ke gim.

Dengan kata lain, pengenalan anda kepada dunia pelaburan sepatutnya satu demi satu… sama seperti latihan membina badan.

Sebab-sebab untuk melabur mungkin berubah apabila melalui naik turun kehidupan. Ini adalah satu perubahan yang penting kerana sesuatu peluang dan risiko itu akan berubah dan keadaan kewangan juga akan mengalami perubahan. Ini adalah antara faktor luaran yang tidak dapat kita kawal tetapi dapat kurangkan pendedahan kepada risiko tersebut.

Walaupun tidak ada apa-apa yang berubah, lagi bagus untuk kita lihat kembali kepada pelaburan tersebut supaya kita tidak ditenggelami oleh arus perubahan yang terlalu mendadak. Sentiasa ingatkan pada diri mengapa anda melaburkan duit anda ke dalam peluang pelaburan tersebut.

Tentukan Apa Yang Baik Untuk Diri Sendiri

Apabila dah tahu objektif dan tahu berapa lama nak laburkan duit, anda kena tentukan berapa banyak anda sanggup risikokan.

Ingat aksiom ni: tidak ada pelaburan yang 100% tanpa risiko. Nak kahwin pun ada risiko. Untuk lelaki, kena queen control. Untuk perempuan, laki tak kasi buat apa-apa.

Cara mudah nak tahu risiko: lagi tinggi pulangan, lagi tinggi risiko. Kalau anda nak dapatkan 15% pulangan untuk pelaburan saham, anda perlu terima yang pelaburan anda boleh juga menjunam sebanyak tu (atau lebih lagi).

Masa inilah pentingnya objektif pelaburan: pelabur jangka panjang akan melalui je semua turun naik pasaran saham tapi orang yang perlukan duit tu untuk membayar yuran universiti anaknya mungkin akan serabut kepala dengan turun naik tu.

Kalau anda jenis yang risau dengan risiko, cuba cari pelaburan yang tidak menyebabkan kehilangan wang pelaburan tersebut.

Pelaburan ini mempunyai pulangan yang jauh lebih rendah daripada saham, tetapi senang sikit anda nak tidur pada waktu malam.

(Ni soalan kepada pembaca: tahu tak apakah pelaburan yang tidak menyebabkan kehilangan wang pelaburan tersebut?)

Tengok Betul-betul Pelaburan Tu!

Memahami tentang tahap toleransi terhadap risiko adalah penting apabila anda ingin membina satu portfolio yang dapat memberi pulangan yang bagus untuk diri anda.

Tapi macam mana nak buat?

Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan toleransi terhadap risiko pelaburan? Bahasa mudahnya ialah berapa banyak yang sanggup anda kendalikan sekiranya berlaku kerugian dalam portfolio.

Sama ada anda sanggup mengambil risiko yang banyak ataupun tidak.

Bila dah tahu berapa banyak yang sanggup anda laburkan, barulah tahu berapa banyak duit anda boleh gunakan untuk diletakkan dalam portfolio pelaburan anda. Sebelum tu, tengok dahulu apa jenis aset yang anda inginkan dalam portfolio anda.

Bagaimana nak tahu tahap toleransi terhadap risiko ini?

Ada beberapa soalan yang boleh dijawab di Internet yang boleh anda ambil. Sebagai contoh, State University of New Jersey mempunyai satu yang dapat membantu anda mengenali toleransi anda sendiri terhadap risiko pelaburan.

soal-selidik-toleransi-risiko

Selain daripada itu, anda kena fikirkan usia anda, jumlah pendapatan, pendapatan boleh guna, dan seperti yang saya katakan sebelum ini, iaitu objektif kewangan, dan paling penting dalam semua pelaburan… keupayaan untuk mengawal emosi.

Ada pelabur yang takut nak ambil risiko. Kalau takut, boleh masukkan dalam aset yang dikategorikan selamat seperti CD dan bon. Pelabur yang mempunyai toleransi sangat tinggi kepada risiko selalunya akan melabur dalam saham ataupun mengambil opsyen saham.

Melihat portfolio kehilangan banyak duit dan masih lagi boleh duduk dan yakin dengan keadaan portfolio adalah sesuatu yang sukar dibuat, jadi seseorang itu perlu faham apabila berada dalam situasi tersebut ataupun dia akan jadi kelam kabut bila itu berlaku.

Faham betul-betul toleransi terhadap risiko anda sendiri sebelum melabur dan kena faham yang keadaan kewangan semasa anda akan mengubah tahap toleransi anda. Fleksibiliti dan penyesuaian portfolio adalah sesuatu yang akan berlaku nanti.

Proses perancangan pelaburan terdiri daripada empat komponen penting, yang mesti bekerja bersama-sama untuk hasil yang optimum.

Adalah penting untuk melakukan penilaian sendiri terhadap keperluan anda sebelum mengambil apa-apa tindakan dan penggunaan pakar adalah disyorkan bagi memastikan proses yang berlaku jelas tanpa sebarang emosi.

Dengan persediaan yang betul dan dedikasi untuk melaksanakan rancangan tersebut, adalah mungkin untuk anda mencapai matlamat dengan cara yang akan membuat perbelanjaan dan tahap tekanan anda kekal rendah.

1) Tentukan Objektif

a) Sebab Pelaburan

b) Berapa Lama Melabur

c) Tahap Risiko yang Sanggup Diambil Untuk Pulangan

2) Jenis Produk

a) Dicukai vs Tidak Dicukai

b) Risiko Tinggi vs Risiko Rendah

c) Cair vs. Tidak Cair

d) Caj Mahal vs. Caj Rendah

4) Pengurusan Berterusan

a) Semakan Prestasi Setiap Suku Tahun

b) Semakan Prestasi Setiap 6 Bulan / 1 Tahun

c) Semakan Objektif Tahunan

Dana Bersama / Mutual Funds

Seseorang itu melabur ke dalam mutual funds untuk empat sebab: pengurusan profesional, kepelbagaian, senang, dan kebolehpasaran.

Dalam bahagian ini saya ceritakan beberapa manfaatnya yang menyebabkan mutual funds sesuatu yang menarik walaupun pasaran turun naik ikut mud.

menang

Bila Ekonomi Tengah Teruk

Pengurusan Profesional

Mutual fund menguruskan wang anda secara profesional. Pengurus mereka mempunyai latihan dan sumber untuk mengetahui apa yang berlaku di dalam pasaran.

Cuma fund managers tidak ada bebola kristal yang beritahu apa akan jadi pada masa hadapan… jadi jangan ingat pengurus dana tersebut boleh elakkan kesemua risiko melabur duit.

Undang-undang mewajibkan pengurus dana untuk memilih dan menguruskan pemegangan dana mengikut objektif dan polisi dana seperti yang tertulis dalam prospektus dana. Objektif ini dicipta untuk meminimakan risiko anda.

Kepelbagaian: Mengelakkan Daripada Letak Semua Telur Dalam Satu Bakul

Mutual funds membantu menghapuskan beberapa risiko yang terlibat dalam melabur dalam saham dan membeli saham dalam pelbagai jenis aset yang berbeza. Ingat Enron?

Tengok apa jadi bila letakkan semua masa hadapan… semua wang… pada satu syarikat. Dana bersama boleh menurunkan kos mempelbagaikan aset dengan berkongsi kos urus niaga dengan pemegang saham lain.

Walaupun setiap mutual fund membeli pelbagai jenis sekuriti, dana itu sendiri mempunyai pelbagai jenis dan klasifikasi. Ada yang khas untuk growth, ada yang dalam nilai (tak naik banyak tapi stabil).

Sesetengah melabur dalam negara, dan ada yang ke luar negara. Ada yang melabur hanya dalam bon, dan ada yang campuran saham dan bon. Portfolio yang pelbagai akan melabur ke dalam pelbagai jenis mutual funds.

Wajib: baca rumusan prospektus dan laporan tahunan. Kadang-kadang tajuk tu mengelirukan. Dana dengan perkataan “growth” dalam tajuknya tak semestinya melabur hanya dalam growth stocks.

Pelaburan oleh pengurus dana bersama anda mungkin akan berubah-ubah mengikut keadaan pasaran.

Kemudahan

Mudahnya mutual fund ini bermula dengan pembelian awal dan kemudiannya pengeluaran dan pelaburan semula dividen dan capital gain, menyimpan rekod dan laporan percukaian.

Mutual fund membuatkan semuanya senang dan secara purata nampak lebih murah (cuma perlu pastikan laburkan sejumlah wang dalam kadar yang ditetapkan).

Strategi ini sangat bermanfaat terutama sekali apabila pasaran sangat tidak menentu – anda akhirnya membeli lebih banyak saham apabila kosnya rendah.

Selalunya anda boleh mendapat semua bahan untuk dibaca di laman web dana tersebut ataupun telefon terus syarikat dana itu.

Kebolehpasaran

Kebolehpasaran maknanya anda boleh membeli ataupun menjual saham di dalam mutual fund.

Tidak seperti memiliki rumah, anda selalunya boleh menukarkan saham di dalam mutual fund untuk pelaburan lain ataupun wang tunai.

Kebolehpasaran memberikan anda fleksibiliti untuk mengeluarkan dan mengekalkan portfolio yang pelbagai.

Gaya Pemikiran Yang Betul

Pernah tak berasa kagum dengan pelabur hebat ni? Terfikir juga macam mana mereka boleh jadi hebat kan? Saya dah banyak kali terfikir.

Dan saya mengaku bila saya buat pembacaan demi pembacaan saya banyak belajar apabila mendalami diri pelabur-pelabur berjaya ni. Ini ada beberapa tips yang boleh saya kongsikan dan bagaimana anda boleh mengaplikasikannya seperti mana diaplikasikan oleh pelabur-pelabur lagenda.

minda

Keadaan Minda Yang Betul

Jangan jadi penumpang sahaja.

Tiada siapa yang akan memandu anda ke matlamat yang berjaya. Anda perlu bertanggungjawab untuk nasib anda sendiri, dan bersedia untuk bertindak untuk mencapainya.

Semua yang berlaku adalah tindak balas kepada tindakan yang anda ambil. Itulah dia sebab dan akibat. Apa anda buat, anda akan dapat kesannya.

Jadi tetapkan diri untuk ambil steering, jadi pemandu hidup, dan jadilah panduan anda sendiri. Terdapat banyak tanda-tanda di jalan raya sepanjang jalan untuk membantu.

Tanya diri anda soalan ini, “Di dalam perjalanan hidup saya, adakah saya mahu menjadi pemandu atau penumpang?” Dan buat keputusan berdasarkan jawapan itu.

Berpegang Dengan Keputusan Anda

Pelabur berpengalaman menumpukan banyak masa untuk menganalisis pilihan mereka dan mencari pilihan terbaik yang boleh mereka buat.

Apabila mereka telah melakukan semua tu, dan apabila mereka ‘rasa’ pilihannya tepat, mereka bertindak dengan tegas dan mula mengorak langkah mereka.

Ramai pelabur yang pertama kali mempunyai perasaann yang saya panggil sebagai “buyer’s remorse”, di mana mereka mempersoalkan tindakan mereka, dan bimbang sama ada ia adalah sesuatu yang betul.

Nasihat yang terbaik ialah kita perlu untuk melabur dan terus ke hadapan, dan percaya dengan tindakan anda.

Walaupun ada orang mempersoalkan keputusan anda, anda tidak patut mempersoalkan diri sendiri. Kecualilah kalau ada petanda yang tidak baik.

Jangan Biarkan Kebimbangan Menghalang Anda

Untuk melabur ni memerlukan anda untuk mempunyai mentaliti positif iaitu melihat gelas seperti separuh penuh dan bukannya separuh kosong.

Apabila peluang datang kepada anda, apabila anda dah buat semua kajian, dan nampak dan rasa macam OK, jangan benarkan diri untuk menjadi kaku kerana takut di hadapan peluang tersebut.

kebanyakan rasa takut kita adalah tidak rasional dan bila kita dengar pada perasaan kita semata-mata, peluang akan pergi begitu sahaja. Cuba tengok setiap kebimbangan dan cari jalan adakah sebarang penyelesaian untuk kebimbangan tu.

Kebanyakan kes adalah kerana minda separa sedar kita mahu menghalang kita daripada keluar dari zon selesa. Semua pelabur akan berasa cuak pada sesuatu ketika… tapi itu tak menghalang mereka untuk mencapai objektif kewangan.

Ada Kumpulangan Sokongan Sendiri

Individu yang negatif banyak menghabiskan masa dan tenaga dengan mencuba untuk membawa individu ke tahap mereka.

Jika anda dikelilingi oleh orang yang optimistik, maka anda lebih cenderung untuk kekal optimistik.

Pastikan anda bina rangkaian sokongan yang dapat menyokong anda, dan memantapkan tekad dan kepercayaan pada diri dan apa-apa tindakan yang akan anda ambil.

Anda tidak memerlukan seseorang yang cuba melemahkan anda dan mengurangkan keyakinan diri anda.

Terbuka Kepada Alat Pelaburan Baharu

Cara berfikir pelabur berjaya adalah berbeza dengan orang biasa. Mereka tak takut dengan hutang, tapi gunakan hutang itu untuk menghasilkan lebih banyak kekayaan.

Pernah terfikir tak dengan orang yang fikirnya betul-betul terbalik? Bagaimana hutang tu sesuatu yang sangat bahaya dan kena simpan duit untuk benda yang patut dibeli? Kalau pelabur kena tunggu selama tu, memang dia takkan sampai ke mana-mana.

Gunakan “8th wonder of the world” iaitu compounding. Itu merupakan salah satu alat bernilai di dalam toolbox seorang pelabur dan kalau digunakan dengan betul boleh mendapatkan keuntungan yang besar.

Untuk meningkatkan tahap anda ke tahap pelabur berjaya anda perlu berfikir cara pelabur berjaya. Jangan takut dan dipenuhi dengan keraguan diri. Fikir seperti seorang pelabur berjaya, dan anda akan menjadi pelabur berjaya.

no-1

Bagaimana Anda Ingin Laburkan Wang Anda?

Jangan melabur ke dalam produk yang anda tidak betul-betul faham. Cuba baca majalah dan buku-buku kewangan. Maklumat mengenai asas pelaburan dan bahasa pelabur boleh ditemui di dalam kedai-kedai buku dan juga perpustakaan.

Tanya orang yang anda percayai (seperti pakar kewangan ataupun agen) mengenai prospektus dan laporan kewangan tahunan. Baca semua tu. Kalau ada soalan, tanya kepada mereka sebelum melabur.

Anda mungkin ingin tengok firma broker saham, akauntan dan penasihat perniagaan yang dipercayai untuk mendapatkan pendapat kedua mengenai sesuatu pelaburan yang ingin anda buat.

Mempunyai rekod data yang baik, salinan borang yang anda tandatangani dan perbualan antara anda dengan mereka.

Tidak ada sesiapa yang melaburkan duit untuk hilang duit. Tapi sentiasa ingat yang pelaburan bermakna akan ada sesuatu tahap risiko. Sedar bahawa:

  1. Lagi tinggi Rate of Return, lagi tinggi risiko, ergantung kepada pergerakan dalam pasaran dan anda mungkin… mungkin hilang semua duit anda. Ada sesetengahnya akan membuatkan anda hilang lebih banyak daripada pelaburan anda. Tanya kepada penasihat kewangan anda mengenai perkara ini.
  2. Sesetengah pelaburan tidak boleh dijual ataupun ditukar kepada wang kertas dengan mudah. Kena tengok ada tak penalti ataupun caj yang akan dikenakan kalau nak jual sesuatu pelaburan sebelum tempoh matang.
  3. Pelaburan di dalam sekuriti yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat yang tidak mempunyai sejarah mungkin mempunyai risiko yang lebih besar.
  4. Pelaburan sekuriti termasuk mutual fund mengikut kefahaman saya tidak diinsurankan apabila berlaku kerugian pada harga pasaran.
  5. Sekuriti yang anda miliki mungkin mempunyai tawaran tender, pergabungan, pengorganisasian semula, ataupun aktiviti pihak ketiga yang akan mengganggu nilai pemilikan dan dividen anda. Sentiasa baca berita berkenaan saham yang anda dah beli tu terutama sekali berkaitan dengan apa yang saya sebut tadi. Pastikan anda betul-betul faham sebelum anda pertukaran ataupun penjualan berlaku. Dalam beberapa kes, kalau anda tak buat apa-apa boleh menyebabkan kesan yang tidak baik pada pelaburan anda.
  6. Kejayaan lampau sesebuah pelaburan pastinya bukan penentu kejayaan pelaburan pada masa hadapan!

High pressure sales pitch mungkin membawa masalah kepada anda. Kena hati-hati dengan sesiapa yang beritahu, “Labur cepat ataupun anda akan hilang peluang sekali seumur hidup seperti ini”.

Semoga post ini dapat membantu anda! Share pada rakan-rakan anda ya post ini? 🙂

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *