Nak Dapatkan Soalan SPA Bocor?

Soalan SPA bocor?

Ramai yang ada di sini untuk mencari soalan bocor untuk peperiksaan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Soalan-soalan bocor ini boleh digunakan untuk lulus peperiksaan seperti peperiksaan penguasa kastam, PTD dan lainlain lagi.

Biasa saya beritahu anda: tidak ada soalan bocor yang dijual di Internet sekarang ini.

Mereka yang mengatakan mereka ada soalan-soalan bocor untuk peperiksaan tersebut sebenarnya menipu anda. Sesiapa yang mahu menduduki peperiksaan pasti ingin lulus peperiksaan yang mereka duduki.

Opportunists’ seperti mereka mengambil peluang untuk mendapatkan wang anda dengan mengatakan mereka ada soalan bocor sedangkan mereka tidak ada.

Memang ada panduan yang boleh anda gunakan untuk membantu anda menghadapi peperiksaan ini.

Tapi jauh sekali ianya sebuah soalan bocor. Panduan tersebut adalah koleksi contoh-contoh soalan yang boleh menyediakan diri anda untuk menghadapi peperiksaan.

Untuk bersedia, anda perlu tahu bentuk soalan SPA supaya anda dapat bersedia menghadapi soalan-soalan berbentuk begitu. Ini terutama sekali di dalam soalan-soalan berbentuk logik dan matematik.

Ramai orang terkandas di situ.

Mana tidaknya, mereka tidak bersedia untuk menghadapi jenis-jenis soalan yang dikeluarkan. Satu-satunya cara untuk bersedia ialah dengan melakukan contoh-contoh latihan dan mempelajari cara-cara untuk menangani peperiksaan itu.

Kami di Kokotiam juga ada menyediakan tip-tip belajar yang dapat membantu anda untuk bersedia untuk peperiksaan. Kalau mahukan contoh soalan SPA, anda boleh mendapatkannya di dalam blog ini juga.

Jangan risau bila anda tidak mendapat soalan spa.

Anda masih lagi boleh berjaya.

Ingat kata pepatah, practice makes perfect. Walaupun pepatah itu satu klise, tapi pepatah itu betul. Cuba jawab contoh soalan yang kami berikan di dalam blog ini. Kadang kala anda mungkin tidak dapat menjawabnya.

Jangan bimbang.

Anda cuba lagi dan lagi. Subscribe e-mail kami dan kami akan membantu anda untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan ini.

Anda perlu bersedia mentally untuk memastikan diri anda tidak kecundang semasa peperiksaan. Cuba anda tanya diri anda — apakah penyebab anda tidak berjaya? Kenapa anda rasa anda perlukan soalan sebegitu untuk berjaya?

Sedangkan… anda mampu berjaya tanpa menipu.

Cuba usaha. Apabila usaha anda berjaya, anda akan merasai kemanisan kerjas keras yang anda lakukan untuk berjaya. Sekurang-kurangnya anda dapat ilmu baharu semasa menyiapkan diri anda untuk peperiksaan SPA anda.

Anda boleh.

Tarik nafas dalam-dalam dan niatkan dalam diri anda, “saya sanggup berusaha untuk berjaya”. Perjalanan anda untuk berjaya akan diakhiri dengan anda semakin rajin — tidak malas berusaha, sanggup mencari maklumat, dan cuba memahamkan sesuatu yang baharu.

Untuk yang sudah bekerja, pasti itu sesuatu yang lebih berat, kan? Dengan kerja, belajar, dan kemudiannya bersedia untuk peperiksaan. Tiga sekali gus. Ada yang ada keluarga… lagilah.

Anda cuba dulu.

Cuba dan tengok hasilnya. Kita perlukan orang Malaysia yang sanggup berusaha untuk berjaya kerana akhirnya, kita akan bangga dengan diri kita dan dapat beritahu anak-anak kita tentang susah-payah hidup kita apabila mereka sudah besar nanti.

Kalau nak tips tips kerjaya untuk dapatkan kerja kerajaan dan swasta, boleh klik butang di bawah.

[maxbutton id=”8″]

 

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *