Kenapa Anda Tidak Ada Motivasi?

Apa yang memberikan kita motivasi?

Kenapa motivasi itu perlu?

Ataupun sebenarnya kita cakap je perlu tapi itu sebenarnya alasan?

Perasan tak kadang kala kita tak perlu buat apa-apa pun tapi hanya “mula” dan dalam masa sepuluh minit, inspirasi itu seperti datang sendiri. Seperti semasa saya menulis artikel ini untuk pembaca Kokotiam.

Inspirasi dan Motivasi.

Mana datangnya dua ini? Menurut kajian, kita mendapat inspirasi apabila kita mengaitkan dua perkara yang tidak ada kaitan pada awalnya sehingga ianya berkait rapat.

Kaitan inilah yang menjadikan atau lebih tepat, mencantumkan dua elemen menjadi satu. Sebagai contoh, enjin, dan tayar. Dua benda ni menjadi asas sebuah kereta. Tapi kereta tak lengkap tanpa kerusi, dan cermin yang melindungi kita dari angin yang kuat itu.

Begitulah inspirasi. Inspirasi membolehkan kita mempunyai idea untuk menulis dan tidak terlalu rigid dalam pengolahannya. Kalau terlalu rigid, orang yang membaca akan cepat bosan dan artikel seperti ini tidak akan dikongsi.

Tapi untuk inspirasi datang, tak semestinya kena tunggu motivasi. Motivasi datang bila kita mula bergerak. Macam… Kita jadi bersungguh-sungguh bila kita mula berkarya, bila kita dalam “The Zone” yang apabila diteruskan.. Akan menimbulkan inspirasi yang saya katakan sebelum ini.

Inspirasi, dengan kata lain, tidak datang semata-mata dengan melanguk ke atas tapi juga datang bila kita melakukan sesuatu ke arah objektif itu.

Kita akan perasan kaitan antara dua subjek atau objek yang tidak ada kaitan dan akhirnya kita boleh gunakannya untuk karya atau kajian kita.

Bertindak cipta motivasi. Motivasi cipta inspirasi.

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *