Merasa Samsung Series 5 Dengan Chrome OS

Hari ini saya ingin memperkenalkan Samsung Series 5 yang dibangunkan dengan Chrome OS. Tapi sebelum itu sila jawab soalan ini. Adakah anda mahu…

Netbook yang tak slow? Sesuai untuk jari panjang? Boleh “sleep” dan bangun balik dalam masa kurang daripada 5 saat? Boot dalam masa 8 saat? Jika ya…

Nantikan netbook Series 5 daripada Samsung. Ianya menggunakan Chrome OS (ya… bukan Windows 7 Starter!) yang open source jadi kalau anda suka hack menghack, atau anda seorang yang suka menggunakan netbook untuk melayari Internet sambil buat kerja, netbook ini untuk anda.

Cepat pantas memang layan habis guna laptop netbook ini. Kecil sahaja netbook ini. Ada 3.5mm headphone / mic jack, dua USB 2.0 port (standard sekarang), SD card slot di depan, socket video out yang kena ada dongle special untuk buat apa-apa yang useful, switch dev mode (untuk jailbreaking hehe), full-size SIM card slot, dan bateri yang tak boleh ditanggalkan (buat apa tanggalkan pun kan, 3 tahun sekali confirm tukar netbook atau notebook baru)

Bateri dia juga bertahan lama. Ada yang kata bateri dia boleh bertahan 1,000 kali pusingan (maksudnya anda kosongkan dan penuhkan balik 1,000 kali pun tak rosak lagi). Kalau nak guna untuk tujuan pembelajaran atau business bagus juga — sebab dia bertahan lama, kuranglah sikit perbelanjaan untuk beli bateri atau netbook baru untuk pelajar atau pekerja.

Ada sebaris F-key (Page Back, Page Forward, Refresh, New Window, Volume, Screen Brightness) dan apa yang anda lihat di atas ialah muktamad (maksudnya takkan tukar lagi — salahkan Samsung kalau mereka tipu ok?).

Tapi yang problem satu—penutup LCD ini. Kalau buka jauh ke depan, dia automatik tertutup. Sebenarnya tak kesah pun, tapi saje je nak cari benda untuk dikutuk tentang netbook ini.

Di bawah ni video daripada Engadget:

Ada orang kata Apple buat produk lagi bagus, tapi pada harga RM1,300, boleh tahan gak netbook ni. Netbook ni takde HDMI, tapi sape nak pakai HDMI dekat netbook kan? Tak kesah. Netbook ni dijual pada harga lebih kurang $450, jadi kat Malaysia harganya lebih kurang RM1.3k. Boleh tahan untuk netbook yang laju.

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *