Apa Matlamat Anda Kalau Anda Melabur Dalam Hartanah?

Apa yang anda fikirkan kalau anda ceburi bidang hartanah?

Bila cakap pasal matlamat, tidak semua orang mempunyai matlamat yang sama.

Namun kalau kita jelas dengan matlamat kita, kita dapat tahu tentang sasaran apa yang mahu kita capai.

Perkara pertama yang perlu kita tahu dalam bidang hartanah ini adalah seseorang itu boleh jadi kaya jika dia bijak mencari aset bukan wang tunai semata-mata.

Ini kerana ada meletakkan kayu ukur jutawan itu apabila seseorang itu berjaya memiliki kekayaan dengan wang tunai berjumlah jutaan ringgit.

Duit ialah raja, kata sesetengah orang.

#1 Nak Jadi Kaya Raya

Jika kita nak jadi kaya raya dalam masa yang singkat, kita sebenarnya berada dalam landasan yang tidak betul. Hartanah ni bukan dalam masa yang sekejap.

Untuk dapatkan aset pertama yang mencecah ratusan ribu, kita terpaksa berhutang dengan bank dengan kos yang tinggi.

Itu realitinya.

Kita boleh menjadi kaya dengan mencairkan aset-aset yang kita ada.

Namun, pelaburan hartanah tidak terkecuali berhadapan dengan risiko. Akibat terlalu ghairah membeli aset, kita terlupa tentang hutang-hutang yang perlu dijelaskan kepada pihak bank.

#2 Nak Hidup Senang

Bagaimana mahu mencapai kehidupan yang senang?

Kehidupan yang senang secara umumnya merupakan satu tahap kita berada dalam suasana yang tidak terlalu senang dan tidak terlalu sukar. Maksudnya di sini, kita menjana pendapatan daripada aliran tunai yang ada, disamping itu kita juga memiliki aset yang nilainya sentiasa meningkat.

Tidak pelik jika kita melihat seseorang kehidupannya agak sederhana, tetapi di sebaliknya memiliki beberapa buah rumah. Mendorong kepada kehidupan senang adalah berdasarkan kesungguhan seseorang itu mewujudkan pendapatan pasif. Kata orang, pendapatan pasif ini ibarat sebagai duit pencen bagi pelabur hartanah.

#3 Nak Membantu

“Saya melabur dalam hartanah kerana niat nak membantu”. Pernahkah kita mendengar kenyataan sedemikian. Mungkin ada, dan mungkin tidak. Tetapi sudah semestinya ada. Tetapi membantu yang bagaimana? Di samping kita melabur dan memiliki hartanah kita sebenarnya secara tidak langsung membantu golongan yang berpendapatan rendah khususnya. Anda kenal Abang Ensem? Beliau pernah bercerita di Facebook, beliau pernah menurunkan kadar sewa di salah sebuah rumah miliknya. Ia berikutan atas faktor pendapatan penyewanya yang agak kurang berkemampuan.

Biarpun menghadapi masalah dalam soal pendapatan, penyewanya tidak pernah culas malah awal membayar sewa pada setiap bulan. Lihat, sebagai pemilik hartanah secara tidak langsung kita telah membantu orang lain dalam mencari tempat berteduh. Bukanlah kita mahu membincangkan soal pahala ataupun kebajikan, tetapi itulah yang boleh memberikan kita  banyak ganjaran.

Rumusan

Tidak salah untuk mengumpul harta, tetapi salah jika tidak menggunakan harta dengan sebaiknya. Tetapkanlah matlamat dengan apa jua cara, asalkan matlamat kita sentiasa diredhai oleh Allah SWT. Jika kita mahu kaya, niatlah agar kita mampu mengeluarkan zakat dengan lebih banyak Insha Allah.



Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca dan suka membuat sesuatu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *