Manfaat Stress Untuk Orang Beriman

Sedikit perkongsian hari ini tentang stress, kalian pasti pernah mangalami stress. Stress adalah reaksi tabii tubuh badan kita terhadap rangsangan fizikal dan emosi, oleh sebab itu, stress adalah fitrah manusia, maksudnya, ianya pasti akan berlaku kepada manusia.

Firman Allah SWT yang bermaksd: “sesungguhnya manusia dijadikan bertabiat terus gelisah. Apabila ditimpa kesusahan, dia berasa keluh kesah. Dan apabila mendapat kesenangan dia sangat bakhil.” (surah al ma’arij : 19-21)

Stress ialah suatu yang perlu diuruskan dengan baik. Tanda kesempurnaan manusia adalah apabila dia tidak sempurna dan stress antara bukti manusia tidak sempurna.  Oleh sebab itu dalam beberapa keadaan manusia memerlukan stress, ianya akan menjadikan manusia lebih tabah dan tekun berusaha. Namun, jangan berlebihan kerana ia akan mengakibatkan masalah.

Eustress vs Distress

Hasil penyelidikan, pakar-pakar telah membahagikan stress kepada dua iaitu Eustress dan Distress. Eustrees apabila ia terkawal dan membawa manfaat. Manakala distress apabila ia berlebihan dan membawa mudarat. Sebagai manusia, adalah satu cabaran bagi kita untuk menguruskan stress, bagaimana kita mendapat manfaat dan menolak muudarat dari stress. Allah SWT telah berfirman yang bermaksud : “Sesungguhnya, berjayalah mereka yang membersihkan jiwanya. Dan rugilah mereka yang mengotorinya. “ (Surah al-Shams  91: 9-10)

Sebenarnya Allah SWT telah mencipta stress, supaya manusia meningkatkan tumpuan minda terhadap sesuatu tugasan. Ia juga merupakan satu mekanisma yang berlaku dalam tubuh  badan manusia untuk menghadapi sebarang situasi yang mencabar dari luar. Secara saintifiknya, apabila berlaku stress medulla oblongata akan merembeskan hormone adrenalin dan kelenjar adrenal akan mengeluarkan hormone kortisol dan bekalan darah yang berlebihan akan dihantar ke otot berbanding ke system penghadaman.

Sistem tubuh manusia sangat rumit namun teratur. Begitu hebatnya ciptaan ilahi. Ini membuktikan bahawa misinya sebagai hamba Allah swt sebagai kalifah menyebabkan manusia dikurniakan pelbagai keistimewaan yang tidak diberikan kepada makhluk lain.

Apakah pula manfaat stress?

  • Stress akibat takut gagal, menyebabkan kita bangun berusaha dengan lebih gigih.
  • Stress dengan hubungan kita yang tidak mesra dengan ibu bapa, menyebabkan kita bertindak meminta maaf, berterus terang dan melakukan tindakan -tindakan positif bagi membetulkan keadaan.
  • Stress jerana jahil akan mendorong seseorang itu bangun menimba ilmu.
  • Stress kerana merasakan diri berdosa akan mendorong orang yang masih ada sekelumit iman dalam hati beristighfar, bertaubat dengan bersungguh-sungguh  dan berazam tidak akan mengulangi tidak akan mengulangi dosa-dosa silam.
  • Stress kerana merasakan diri tiada pencapaian dalam hidup akan memotivasikan diri berusaha meraih kejayaan dalam hidup.
  • Stress kerana melihat perbuatan mungkar berleluasa akan menyebabkan jiwa memberontak inginmenlaksanakan amar makruf nahi mungkar

yang pentingnya, kita harus pandai mengawal stress, jangan sampai kita pula yang dikawal oleh stress. Insyaallah, jika kita mampu mengawalnya dengan baik, kita akan dapat manfaatnya..amin..

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *