Manfaat Berhenti Onani Yang Anda Tak Tahu

Manfaat berhenti onani?

Biar saya ceritakan kepada anda dalam post ni.

Ini adalah sedutan bab daripada satu e-book yang sedang saya siapkan mengenai “Langkah Pertama“, iaitu suatu e-book yang ditulis untuk mereka yang mahu berhenti onani dan melakukan aktiviti yang memberi impak positif dalam hidup mereka.

Saya menulis perenggan ini pada pukul 10:13 pagi pada hari Sabtu. Sekarang ini seorang sahaja di rumah. Tidak ada sesiapa yang akan menganggu saya pada waktu ini.Saya boleh menggunakan masa ini untuk melakukan aktiviti yang kita bincangkan dalam e-book ini ataupun saya boleh menulis kepada anda, si pembaca, mengenai manfaat berhenti menonton bahan lucah dan onani.

Dan ini hasilnya.

Semuanya seperti jelas.

Apa manfaat berhenti onani?
Apa manfaat berhenti onani ya?

Tidak kabur.

Itu adalah salah satu manfaat yang dilaporkan apabila berhenti onani. (Untuk makluman kalau tak tahu, onani dan melancap itu perkara yang sama).

Apabila orang telah berhenti menonton bahan lucah dan onani, mereka melaporkan pelbagai manfaat.

Sama ada itu hanya placebo ataupun tidak, ramai orang berjaya mengubah hidup mereka selepas mereka berjaya untuk mengatasi ketagihan ini.

Ketagihan ini bukan mudah. Macam yang anda baca dalam bab-bab sebelum ini, ketagihan ini seperti sesuatu dadah. Responnya seperti dadah, dan otak memprosesnya seperti dadah. Itu yang menyebabkan onani ini sesuatu yang sangat merbahaya. Bahaya bukan kerana tidak mampu kita lawan, tetapi ianya seperti satu lawan yang sangat besar untuk kita lawan.

Dan selalunya kita akan kalah kerana ia sesuatu yang sangat sedap untuk kita rasai.

Cuma di dalam e-book ini anda sendiri sudah tahu bahawa apa yang sedap tak semestinya bagus untuk kita.

Bukan sedap je yang kita nak. Tapi yang lagi baik untuk diri kita ialah sedap dan bagus.

Di dalam bab ini saya akan ceritakan beberapa perkara yang menarik iaitu manfaat-manfaatnya.

Apa sebenarnya manfaat-manfaat setelah kita berhenti menonton bahan lucah dan onani?

Jom kita perg satu demi satu manfaatnya.

Pemikiran Lebih Jelas

Itulah manfaat pertama yang saya tulis di dalam bab ini pada pembukaan buku ini. Manfaat ini bagi saya sangat bermanfaat terutama sekali dalam menangani hidup kita yang serba mencabar sekarang ini.

Apabila kita mempunyai fikiran yang lebih jelas, kita akan mampu melakukan lebih banyak perkara antaranya ialah mampu untuk menangani situasi yang sukar dan mencabar.

Bagi saya itu manfaat berhenti onani paling besar bagi diri saya.

Cuba baca apa yang ditulis di bawah.

Ini ialah hari ke-21 tidak PMO tidak MO. Selalunya akan ambil masa 10 hari untuk perasan perbezaan dalam tahap tenaga saya.  Saya 47 tahun. Pada hari ke-21 saya lebih bersemangat semasa bekerja, mempunyai lebih banyak tenaga sepanjang hari dan secara umumnya rasa lebih positif tentang hidup ini. Saya rasa saya berfikir dengan lebih jelas lagi dan lebih tenang semasa dalam situasi yang menekan. Masih perlu membaiki diet saya dan gerakkan bontot ni ke gim, tapi kalau tahap tenaga saya terus begini, saya percaya ini akan menjadi satu cabaran yang kurang daripada sebelum ini.

Disiplin Kendiri: Disiplin Yang Semakin Tinggi

Salah satu manfaat yang mungkin ramai orang terlepas pandang ialah kita sebenarnya membina disiplin kita dengan menguasai kehendak/nafsu kita sendiri. Berapa ramai orang sebenarnya telah gagal apabila berhadapan dengan nafsu mereka?

Ramai.

Tak ramai yang boleh dengan bangganya berkata saya dapat mengawal diri saya daripada melakukan perkara-perkara yang kurang elok. Walaupun kita tidak cakap kepada orang lain, tapi kita boleh cakap kepada diri kita sendiri bahawa setiap hari anda cuba berhenti, setiap harilah anda membina disiplin diri anda.

Disiplin ini boleh membantu anda dalam mengejar cita-cita atau hobi anda supaya dapat membuka pintu baharu untuk masa hadapan.

Bagi saya manfaat berhenti onani yang paling besar ialah kemampuan untuk lebih berdisiplin.

Disiplin ni macam otot; lagi banyak senam, lagi kuat otot tu.

Yang membezakan antara mereka yang berjaya dan kurang berjaya ialah orang berjaya biasanya mempunyai semangat kendiri yang lebih tinggi berbanding yang kurang berjaya.

Apabila anda mula berada di dalam perjalanan bernama “Langkah Pertama” ini, anda sebenarnya mengorak langkah ke dunia baharu yang dicipta oleh anda sendiri.

Lebih Banyak Masa

Pernah terfikir tak berapa banyak sebenarnya masa yang anda gunakan untuk menonton bahan lucah dan apa kesannya dalam hidup anda?

(Anda baca post ni mestilah anda tahu tentang kesannya kan? Yang anda nak tahu ialah macam mana nak berhenti dan gunakannya untuk ubah hidup anda).

Masa yang dibebaskan setelah anda berhenti menonton dan onani ini boleh digunakan untuk apa yang saya katakan sebagai pursuit of happiness.

Orang selalu cakap tentang betapa seronoknya mengejar impian dan bila anda sudah berhenti benda-benda sebegini, anda bolehlah menggunakan masa terluang untuk membina skillset yang baharu. Dengan skill yang baharu ni lah anda boleh “membeli” lebih banyak masa di masa hadapan nanti.

Dengan masa yang lebih banyak, anda boleh melakukan aktiviti-aktiviti seperti

  • meluangkan masa bersama keluarga atau orang yang tersayang
  • pergi melibatkan diri dengan NGO ataupun aktiviti kemasyarakatan
  • mungkin belajar bagaimana untuk menjaga diri dengan lebih baik
  • berjalan-jalan mencari pengalaman baharu

Keyakinan Lebih Tinggi

Salah satu manfaat apabila kita berjaya mencapai satu objektif hidup kita ialah kita akan semakin yakin dengan diri kita.

Salah satu kajian yang ditekan di dalam buku Smartcuts ialah apabila seorang doktor itu berjaya membedah seorang pesakit itu, dia akan meningkatkan lagi kejayaan untuk pembedahan seterusnya dan seterusnya.

Tapi menariknya ialah, kalau kita tengok orang lain gagal, kita akan belajar daripada perkara itu dan kadar keberangkalian untuk kita berjaya akan meningkat.

Itu yang terjadi apabila doktor bedah melihat pembedahan yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka. Kita akan mendalami perkara-perkara atau lebih tepat, kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang lain dan cuba mengelak daripada melakukan perkara yang sama.

Keyakinan yang lebih tinggi dan lebih banyak masa membawa kita kepada manfaat berhenti onani seterusnya iaitu…

Mengorat Perempuan Menjadi Lebih “Asli”, Tidak Kekok dan Lebih Mudah.

Manfaat ini mungkin boleh dikatakan sesuai dengan lelaki tetapi sebenarnya perempuan pun boleh . Ini juga boleh diaplikasikan kepada wanita juga. Maksud saya ialah, apabila “mengorat” ini menjadi mudah, ini bermakna interaksi sosial menjadi lebih mudah.

Perasan kekok semakin kurang dirasai kerana keyakinan anda menjadi lebih tinggi hasil berjaya menawani nafsu sendiri.

Ramai lelaki takut untuk mendekati gadis yang diminatinya kerana satu sebab yang mudah: mereka takut ditolak. Penolakan itu yang menyebabkan ramai lelaki tidak mendekati seseorang gadis itu.

Lelaki takut ditolak kerana mereka tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Keyakinan diri yang rendah menyebabkan mereka tidak mampu menerima penolakan gadis pilihan hati mereka.

Kalau anda perasan, tak ramai orang mengejar gadis-gadis  cantik kerana mereka takut gadis cantik ini menolak mereka. Selalunya orang akan memulakan langkah mereka melalui laman sosial seperti Facebook tetapi apabila dah tiba masanya untuk berjumpa, mereka kekok dan tidak menunjukkan kelakian mereka.

Mereka seperti takut sangat dan dengan muka merahnya tak tahu nak buat apa pada ketika itu.

(Tapi ada juga keadaan yang perempuan tu sendiri suka laki macam tu – kerana bila situasi ini terjadi, mereka tahu laki itu jarang keluar dengan perempuan dan tak jenis bermain-main dengan perempuan).

Tapi semua itu lihat kepada keadaan sebab setiap wanita adalah berbeza dan mereka mempunyai tahap-tahap yang berlainan. Ada yang lebih suka lelaki yang pandai cakap dan tak malu-malu sangat (sikit-sikit takpe).

Cuba tengok video di bawah yang menceritakan kenapa dia berhenti onani:

Menarik kan manfaat berhenti onani di atas?

Apa yang anda baca di atas hanyalah sebahagian daripada e-book Langkah Pertama. Anda boleh ketahui mengenai e-book itu di dalam blog post ini.

Untuk mengetahui bagaimana anda boleh berhenti melakukan onani selama-lamanya, klik butang di bawah.

Klik Sini Untuk Mulakan Langkah Pertama

 

 

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

2 padangan di “Manfaat Berhenti Onani Yang Anda Tak Tahu”

  1. Saya sekarang dlm fasa utk berhenti ketagih PMO . Porn mastubate , orgasm. Banyak utubers sokong dan bt video pasal nofap. Doa kan saya.. ggwp

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *