Malaysia vs Singapura: Semangat Pada Minit-minit Akhir

Itu yang berlaku di AFF Suzuki cup Sabtu lalu. Di mana Malaysia pada minit-minit akhir berjaya mendapatkan 2 gol.

Gol Malaysia dijaringkan oleh Safee Sali, Safiq Rahim dan Indra Putra Mahayuddin. (Tapi tidak ada percubaan seperti Amri pada perlawanan Malaysia vs Thailand haritu)

Gol Singapura pula dijaringkan oleh Khairul Amri.

Faktor X memainkan peranan yang besar untuk memastikan Malaysia menang. Tidak menyerah. Mencari peluang.

Semangat dan fokus itu penting. Ketenangan dan menggunakan perasaan takut apabila seri untuk push diri sendiri sehingga berjaya mencipta peluang untuk menjaringkan gol.

Apabila pemain Malaysia fokus, pemain boleh mencari kemenangan.

Peluang demi peluang berjaya dicari. Mungkin kerana Dollah Salleh berjaya menyuntik semangat ke dalam setiap pemain semasa waktu rehat separuh masa.

Permainan melibatkan semua orang.

Ultras Malaya juga ada di situ.

Hasil tambah tolak darab bahagi, akhirnya berjaya mencipta kejayaan.

They deserve a little break.

Tapi tak dapat nak senyum juga bila bersedia untuk perlawanan seterusnya. Sebab sekarang ini terdapat beberapa pemain yang tidak dapat bermain kerana telah mendapat 2 kad kuning.

Bagaimana Dollah Saleh akan membuat percaturan nanti?

Adakah dia akan menurunkan Abdul Manaf Mamat dan Indra Putra Mahayuddin?

Itu percaturan yang dia harus fikirkan sebelum bertemu dengan Vietnam.

Vietnam dikatakan kuat dan merupakan juara grup A. Mereka tidak pernah kalah dalam perlawanan kumpulan. Vietnam ranking FIFAnya 15 kedudukan lebih tinggi daripada Malaysia.

Sekarang kita kena bersedia untuk bersedia untuk segala kemungkinan.

Berapa jauh kah tim Harimau Malaya akan pergi dalam Piala Suzuki ini?

Adakah Malaysia akan memiliki piala AFF Suzuki nanti dan mengulangi prestasi 2010 dahulu?

Adakah Malaysia nanti akan berjaya melawan Vietnam akibat semangat minit-minit akhir seperti berlaku di dalam perlawanan Malaysia bertemu Singapura ini?

Kita tengok nanti…

Starting Lineup Malaysia vs Singapura AFF Suzuki Cup 2014

Khairul Fahmi

Zubir Azmi

Muslim Ahmad

Mahali Jasuli

Shukor Adan

Gary Steven Robbat

Azamuddin Akil

Amri Yahyah

Safee Sali

Nor Shahrul Idlan Talaha (Mat Yo)



Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *