Secawan Koko Kehidupan

4 Mainan Untuk Bayi 6 Bulan

Tak payah pening. Ini senarai mainan untuk bayi 6 bulan yang anda boleh beli hari ini juga.

0

Tak tahu nak beli apa mainan untuk bayi 6 bulan dan ke atas?

Dalam post ini saya kongsikan senarai mainan yang boleh anda berikan kepada anak anda. (Ataupun anak kawan anda.)

Kenapa nak beli mainan untuk bayi?

Pada fasa awal inilah mereka boleh banyak belajar. Belajar bagaimana untuk menggunakan imaginasi dan deria yang mereka ada. Biasanya kita akan latih pergerakan dan juga imaginasi melalui mainan-mainan ni.

Dan yang penting sekali… Semuanya boleh dibeli di Lazada dengan mudah!

Itu la yang penting hehe.

Jom kita tengok satu demi satu mainan yang ada.


Stack and Roll Cups

Ini mainan yang senang untuk anak anda main.

  • Sesuai untuk bayi 6 bulan sehingga 36 bulan.
  • Boleh dipegang, susun atau kumpulkan.
  • Senang disusun bertingkat-tingkat.
  • Datang dengan 10 warna yang ceria.

Keretapi

Anak saya suka yang ni. Terutama sekali kalau saya buat bunyi dan saya yang gerakkan. Dia selalunya jatuhkan je haha.

  • Tiga keretapi yang boleh dicantumkan dengan tayar
  • Timbunan, susunkan, atau sambungkan
  • Besar dan senang dipegang
  • Karakter haiwan yang comel

Teether Bermuzik

Budak-budak kan suka bunyi? Ni mainan yang sesuai.

  • Lembut dan boleh digigit
  • Pemegang yang senang dipegang untuk tangan yang kecil
  • Goncangkan untuk bunyi yang menyeronokkan
  • Untuk teething yang senang di rumah ataupun apabila sedang berjalan-jalan.

Kiub Aktiviti

Boleh merangsang imaginasi budak.

  • Lima sisi yang penuh dengan aktiviti
  • Senang untuk bayi pegang
  • Warna yang cerah dan karakter yang fun
  • Pintu slaid untuk Peek-a-boo , slider rama-rama, singa, dan kelawar ada di dalamnya.
  • Membantu menguatkan deria bayi dan kemahiran motor halus

Setakat ini ada 4 mainan tetapi saya akan kemaskini dan letakkan lebih banyak lagi mainan untuk bayi 6 bulan pada masa akan datang.

Ingat. Kanak-kanak cepat bosan. Jadi kita kena rangsang sifat ingin tahu mereka dengan permainan-permainan baharu. Tak semestinya kena membazir pun.

Tengok je mana yang boleh beli… dan beli itu je. Saya beli satu demi satu bukannya sekali harung.

Lainlah kalau duit jatuh dari langit. Itu memanglah boleh beli macam tu je.

Kalau ada apa-apa cadangan mainan yang boleh dibeli untuk bayi 6 bulan, cuba letakkan di bahagian komen ya?

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.