Mahasiswa dan Hak Mengundi

Sedar atau tidak, ramai mahasiswa di Malaysia ini mengambil remeh tentang Pilihanraya di Malaysia. Mereka hanya menumpukan kehidupan di kampus tanpa mengetahui apa-apa mengenai isu semasa. Bagi golongan mahasiswa tersebut, apa yang berlaku mengenai isu semasa terutamanya dasar kerajaan tidak memberi kesan terhadap hidup mereka. Sebenarnya apa dinikmati oleh golongan mahasiswa pada masa ini adalah hasil daripada dasar-dasar kerajaan sebelum ini. Oleh itu, golongan mahasiswa perlu tahu siapa kerajaan dan cara untuk memilih kerajaan. Mengikut kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof  telah memberitahu kebanyakan orang Melayu tidak mendaftar sebagai pemilih dan golongan ini juga terdiri daripada mahasiswa.

Bagi pendapat penulis, setiap daripada kita yang bergelar mahasiswa telah mempunyai 2 hak. Antara hak yang pertama adalah hak mendapat kebebasan akademik dan hak kedua adalah untuk mengundi pemimpin atasan. Oleh sebab itu di mana-mana IPTA mahupun IPTS apabila untuk memilih barisan Majilis Perwakilan Pelajar(MPP) mereka akan menggunakan sistem undian seperti Pilihanraya. Namun walaupun sudah didedahkan sistem Pilihanraya ketika di Universiti, masih ramai mahasiswa yang memandang remeh tentang daftar pemilih. Kita sebagai mahasiswa sebenarnya harus sedar bertapa pentingnya pilhanraya kerana itu yang akan menentukan nasib kehidupan generasi akan datang.

Mahasiswa sebagai golongan yang menjadi pencetus perubahan masyarakat seharusnya sedar tentang kepentingan mendaftar sebagai pemilih terutamanya ketika suasana politik di negara kita yang sudah tidak stabil. Oleh itu, sebarkan pesanan ini kepada rakan-rakan mahasiswa di seluruh negara agar melakukan tanggungjawab sebagai pengundi dan dengan tangan ini kita menentukan masa depan negara. Jika pada masa akan datang, berlakunya sesuatu yang tidak kita inginkan maka janganlah berasa menyesal kerana anda sudah diberi peluang untuk menjadi pengundi tetapi mensia-siakan. Oleh itu, mahasiswa yang bertanggungjawab akan mendaftar sebagai pemilih dan akan mengundi apabila berlakunya Pilihanraya kelak.

P/S : Untuk menyemak status anda sebagai pengundi boleh merujuk di dalam website ini :

http://daftarj.spr.gov.my/

Diterbitkan oleh

Albert

Founder Kokotiam

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *