Kenapa Tak Letakkan Harapan Tinggi Untuk Diri Sendiri?

I was very rigorous with myself, and I think the reason I was in because I had this sense of mission. I wanted to get beyond the low expectations intellectually that even my father had. – Daniel Everett, Ph.D. Dean of Arts and Sciences at Bentley university (Di dalam temu ramah untuk buku Mastery yang ditulis oleh Robert Greene)

Untuk berjaya bukan mudah. Michael Jordan gagal dalam 9000 kali lontaran. Berkali-kali diberi kepercayaan untuk memenangi satu pertarungan (dan gagal) dan dia juga sentiasa melakukan kesilapan semasa berada di atas gelanggang. Dan sebab itulah dia berjaya. Apabila anda ingin melakukan sesuatu, terdapat dua attitude yang boleh anda ambil:

  1. Janji hantar yang siap
  2. Janji bagus yang siap

Anda boleh memilih salah satu daripada dua ini. Apabila anda meletakkan expectation yang tinggi untuk diri anda, anda secara automatik akan memilih nombor dua sebagai cara untuk memastikan setiap end product anda akan berkualiti tinggi.

Anda tidak hanya bercakap kosong dan mengatakan “dah siap”. Anda akan buat berkali-kali sehingga siap kerja anda itu. Dan ianya siap dengan bagusnya.

Apabila ia telah siap dengan bagus, anda bolehlah hantar kerja anda kepada klien anda dan anda tahu di dalam hati anda, anda sudah membuat yang terbaik untuk klien anda tidak kira berapa banyak kali anda edit. Itulah hasil terbaik yang boleh anda berikan pada waktu itu.

Kejayaan tidak datang bergolek. Apabila kita meletakkan satu tahap pencapaian yang tinggi, kita secara tidak langsung mengatakan kepada diri kita, push yourself.

Tolak diri anda ke atas supaya lebih berdaya saing dan tidak hanya bergantung kepada rasa kasihan klien anda ataupun orang yang telah memberikan kerja itu kepada anda. Ini juga akan menjadi daya motivasi dalaman anda. Apa tidaknya, anda meletakkan tanggungjawab untuk perform ke atas diri anda sendiri.

Anda expect diri anda untuk perform dan anda cuba sebaik mungkin untuk melakukan tugas itu.

Anda rasa tugas itu senang? Push yourself. Buat sampai satu tahap anda rasakan, ha… aku rasa ini yang paling bagus yang boleh aku buat dan hantar kerja terbaik anda kepada klien anda.

Dia pasti akan berterima kasih kepada anda. Kalau dia tidak berterima kasih pun, sekurang-kurangnya anda tahu anda sudah mencuba yang terbaik.

Ada juga keadaan apabila anda sudah rasa itu effort terbaik anda, tetapi ada benda yang perlu dibaiki. That’s fine. Itulah self-improvement.

Kita belajar daripada kesilapan. Kita boleh cuba untuk tidak mengulangi perkara yang sama 🙂

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *