Cara Latih Otak Jadi Lagi Pandai

Otak anda mempunyai pelbagai rahsia yang masih lagi belum dirungkai.

Termasuk keupayaannya untuk mengubah bentuknya sendiri.

otak-kita

Contohnya, kalau anda selalu berjoging, otak anda menjadi semakin ligat berfikir. Neuroscientists telah membuat kajian dan mendapati pelbagai manfaat yang boleh anda dapat dengan bersenam. Itu sebabnya kadang-kadang dengar doktor ataupun artikel yang menulis badan cergas, otak cerdas.

Dalam kajian klinikal, senaman meningkatkan volum otak di dalam kawasan yang berkait rapat dengan pemprosesan eksekutif, menambah baik pemikiran di dalam kanak-kanak dengan celebral palsy dan menambah lagi skil phonemic di dalam budak sekolah yang sukar membaca.

– Dari kertas kajian Exercise is brain food: the effects of physical activity on cognitive function.

Di dalam post ini saya senaraikan empat laman web yang menawarkan latihan-latihan otak untuk membuatkan otak anda semakin senang berfikir.

Kebanyakan daripadanya dibuat dalam bentuk permainan supaya anda dapat menumpukan perhatian serta seronok melakukannya.

1. Lumosity (daftar percuma dan ada permainan percuma, tetapi perlu bayar untuk menggunakan ciri-ciri lanjutan di dalamnya)

latih-otak-lumosity

2. Cognitive Fun (percuma, daftar untuk simpan markah anda untuk mengetahui berapa banyak peningkatan anda semenjak anda mula bermain)

cognitivefun

3. Cambridge Brain Sciences (percuma, daftar untuk memantau kemajuan anda)

cambridgebrainsciences

4. Brain Metrix (percuma)

brainmetrix

Keempat-empat permainan di atas menggunakan prinsip yang dipanggil sebagai neuroplasticity.

Prinsip ini menyatakan bahawa otak kita ini sama seperti otot kita. Lebih banyak kita latih otak kita, lebih baik fungsi-fungsinya.

Dengan kata lain, idiom yang anda selalu dengar iaitu practice makes perfect sebenarnya memang betul di kaca mata sains…

Lebih banyak kita latih fungsi-fungsi otak kita (sama ada otak kiri atau otak kanan), semakin bagus kita dalam berfikir.

Akauntan sebagai contoh, pandai mengira sebab dia tiap-tiap hari mengira. Jadi otaknya sudah dapat mencongak nombor-nombor biasa kerana fungsi otak yang berkaitan dengan nombor sentiasa dilatih.

Pemain catur dan pengaturcara (programmer) pandai dengan logik kerana mereka selalu bermain dengan senario di dalam kepala mereka. Apabila buat A, apakah hasilnya. Kalau tak buat ini, apa hasilnya.

Otak kita sememangnya boleh dlatih.  Jangan ingin kita bodoh ataupun pandai sejak dari lahir — tapi anggap ianya sesuatu yang boleh ditingkatkan.

Fikiran Bertumbuh

Menurut Carol Dweck, terdapat dua mentaliti: pertama ialah Fikiran Kekal, dan kedua ialah Fikiran Bertumbuh.

Orang yang percaya bahawa fikiran kita kekal menganggap sesuatu kelebihan itu adalah hasil daripada bakat manakala orang yang percaya fikirannya boleh bertumbuh percaya yang sesuatu skil ataupun kebolehan boleh dipertingkatkan.

Formula yang anda perlu pegang di dalam minda anda ialah ini:

Lebih usaha = lebih berjaya

Menurut beliau, pelajar yang percaya bahawa kebolehannya boleh ditajamkan mempunyai prestasi lebih baik daripada pelajar yang percaya kebolehan seseorang itu hasil daripada bakat.

Jangan ingat anda berjaya sebab bakat semata-mata: tetapi ingat sebab usaha anda yang pelbagai itu.

Ini sesuatu perkara yang sangat menarik kerana ramai daripada kita di Malaysia suka menganggap kejayaan seseorang itu hasil daripada bakat semata-mata sedangkan bakat hanyalah bakat kecuali apabila digilap.

Otak juga memerlukan senaman otak untuk berjaya.

Kalau anda nak anak pandai, cuba asah mentalitinya supaya nampak kebolehannya itu boleh diasah dan mungkin jika apabila dia mempunyai sokongan positif, dia boleh menjadi sangat mahir di dalam sesuatu bidang minatnya.

Mungkin anak anda boleh jadi polyglot kalau dia suka belajar?

Otak merupakan satu topik yang sangat menarik. Baru-baru ini saya baru mendapatkan satu buku yang bertajuk Brain that Change Itself dan di dalamnya diceritakan mengenai prinsip neuroplasticity ini dengan lebih mendalam lagi.

Mungkin nanti saya boleh tulis satu post mendalam mengenai prinsip ini dan apa yang diceritakan di dalam buku itu.

Berapa banyak masa yang ingin anda gunakan untuk melatih otak anda?

Anda ada anak? Dah mula ajar anak anda bahasa Inggeris?

Bagaimana anda melatih anak anda untuk menjadi lebih pintar?

Itulah persoalannya sekarang ini.

Latih otak, cipta masa hadapan yang lebih cerah untuk diri, keluarga dan anak-anak anda.

Godspeed.

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *